Tuesday, August 2, 2011

1st Ramadhan 1432H

Alhamdullilah berpeluang sekali lagi menikmati Ramadhan tahun ini. Cuaca kat sini pun cantik je tak terik sangat so so saje dan paling best bulan puasa balik jam 4.30petang. So hantar Qhalyf takmau la awal awal sangat macam selalu kan sebab nak sarapan, so biarkan dia lagi 5 minit pukul 9 baru masuk sekolah dan aku punch card ngam ngam jam 9 pagi. 

Sahur kami makan juga nasi sikit je la dalam 4 5 sudu sekadar alas perut dan kurma.  Kurma beli kat Mekah haritu ada lagi berbaki dan semalam ofis pun bagi sekotak lagi kurma.

Semalam berbuka lah kami tiga beranak, buka jam 7.30 petang sempat la balik solat dengan tenang, masak dan segala ada 2 jam lebih lagi kan. Menu pertama Ramadhan ialah ketam masak lemak cili api campur tomato (kalau ada nenas lagi best), ikan kembung goreng, sambal belacan dan sawi tumis air dengan fishcake. Wahh! Heaven! 

Qhalyf behave well sangat2. Duduk dalam highchair dia. Upah dia dengan fishcake, sayur dan keropok dan burppppp dia sendawa akibat kat sekolah pun cikgu dah pesan siap2 "kak dia dah makan banyak macam macam, mihun sup la, nasik dengan sup ayam la" so bagi elakkan perut Qhalyf meletop takmau suap dia nasik...


Malamnya aku memang la tak boleh nak pergi terawikh mana nak tinggal hero ni kan dan kebetulan masa balik semalam terpandang memo dari management yang solat terawih akan di buat di surau bawah rumah, so senang la suamiku itu pergi tak payah naik kereta bagai kan.


Harini dah tak tau nak masak apa. Ada terbrowse tadi nasi arab berempah. Mungkin kah? Yang pasti ayam merah dah melekat dalam kepala today. Sukses nampaknya azam tak mahu ke bazar Ramadhan..harap2 berkekalan...

2 comments:

sukahati said...

takpayah la g bazar kak ezahh....mahai...plus kak ezah ada masa nak masak2 kat umah...baik masak jer.....iols ni sampai umah pon 6.40 camtuhh ...huhuh

Sal Abdul Rahman said...

boleh punya..kalo dh smpei bleh wat bengkang, kuih sagu bagai misti boleh punya! caiyok caiyok!