Monday, August 8, 2011

Rindu nya...Subhanallah...

Malam tadi genap seminggu sudah dalam bulan Ramadhan. Alhamdullilah masih lagi nyawaku berdenyut terus hidup melata di mukabumi Allah S.W.T ini.

Malam yang hening tatkala menidurkan anak kecil ku, sambil telinga mendengar suami yang sesudah pulang berterawih mengalunkan bacaan al - quran dari bilik sebelah, sambil jari menaip berbicara bersama teman di facebook, juga mata bersilih ganti antara berbicara tajuk tentang hidup, keinsafan, taubat dan mengimbau kembali saat saat indah di bumi barakah Makkah Al Mukkarramah..serta membaca status seorang teman yang kehilangan sahabatnya menemui jalan menuju Ya Rabb.. Sungguh terkesan rasa insaf dalam hati aku. Kalau mampu waktu itu juga aku ingin terbang terus di menyujudkan diri semula di hadapan Kaabah biar suara hati aku doa aku taubat aku di dengarNya dalam Ramadhan penuh kemuliaan ini..

Ye..perasaan pada kalian yang pernah menjejaki bumi suci itu tika rindu itu datang semula..sungguh sukar di titipkan dalam bentuk kata kata. Menyentap nyentap. Tambah lagi Ramadhan yang sedang di lalui sekarang ini. Bertuahnya diri mendapat segala kebaikan beribadah di sana.. Mengenangkan anak kecil aku selalu saja ke tempat buku bilik belajar dan buku yang akan di capai ialah buku buku panduan umrah kami tempohari, moga dengan itu satu petanda Allah. s.w.t. turunkan bahawa kami akan di beri lagi 'panggilan' ke sana. Rezeki mu anak...

Alunan bacaan Al Quran dari Sheikh Sudais menghasilkan pelbagai emosi tika ini..


Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit



No comments: