Tuesday, January 25, 2011

Wabak Kaki Lenguh

Wabak ke? wakakaka tibai sajalah. Ini adalah seperti lazimnya setiap tahun 2x mesti akan berlaku keributan kesesakan dan segala je ke kalau dah nak dekat CNY. Wabak kaki lenguh a.k.a WKL ini akan melanda ketika anda memandu di kawasan2 yang sangat sangat sibuk bersusun kotak limau. Tahun lepas wabak ini boleh diterima hati lagi tapi tahun ini kerana sentiasa membawa penumpang kecil maka ianya menjadi satu perkara yang aku sangat fobia setiap pagi dan sentiasa kecut perut kalau tengok kereta turun bukit dan berhon hon dan tak bergerak.

Trafik menjadi sangat sangat sesak walau dalam kawasan rumah lagi belum keluar post guard lagi. Lenguh nya ya ampun kaki aku nak menekan clutch imbang minyak segala dan tangan dan mulut juga harus bekerja seiringan agar penumpang kecil tidak cranky tidak bosan atau membuat aksi akrobatik dalam carseat beliau. Kenapa la perlu dibina khemah2 gerai2 tepi2 jalan menjual kotak2 merah dan daging2 salai itu kerana tempat ini terlalu sempit. Tolonglahhhh..dah la aku tak boleh nak keluar rumah pukul 8.45am seperti biasa kena 8.20am sungguh membuang masa aku tahu tak.

Lagi satu aku tak pasti apa fungsi hon sebenarnya. Aku tak suke menghon unless kalo sangat terpaksa atau terkejut dan aku tak suke bunyi hon. Kalau aku tengah drive dan apa2 melintas ke aku terkejut dan lantas hon tapi ada segelintir manusia yang kereta dia stuck dalam traffic jam dan dia tiba tiba hon bertubi tubi. Apekes ko kan macam ko hon2 tu kereta ko boleh tumbuh sayap dan terbang lol.

Di ofis pulak tak tahu kenapa setiap kali menjelang festival ini semua orang akan macam pening2 lalat tak boleh bekerja di landasan yang betul semua mesti ribut. Semua projek2 yang rasa tak dapat settle sebelum seminggu dua sebelum festival ini semua kena keluar surat postpone dan ini akan mendatangkan kemarahan kepada client2 sebelah pantai timur esp. yang tak fikir pun festival ini festival terbesar orang2 sini. Baik management baik staff semua ribut termasuk aku sekali tak pasal pasal banyak CDH (carut dalam hati) dan sekali lagi wabak kaki lenguh melanda dek kerana terpaksa layan karenah boss yang otak macam tengah tak center tu. Lenguh weh kaki naik turun jalan sana sini weh...Mungkin bagi management diaorang pening pikir nak bayar bonus + yearly increment, bagi staff pulak pikir sampai pening ada ke takde bonus tahun ni berapa banyak increment tahun ni? Jadi semua telah seakan akan menjadi gila.

Ape lah yang aku nak merepek ni sebenarnya hehehehe

1 comment:

RZMs Mommy said...

hahahaaaaa..kamu mmg bulih buat novel psal kaki lenguh. btw aku yg kampeni bumi pon tgh bedebar2 menunggu bonus. haihhhhhhhh.....