Monday, January 24, 2011

BB

Alkesahnya berminggu juga Kak Ezah menjerukkan blog ni yek. Kalau datang santau rasukan ablasa Kak Ezah, sehari kalau boleh nak masukkan 24 buah entry. Ko hado?  Kalau idak tu jeruk pekasam je lah. Kak Ezah busy lah sikit lately maklom la dah bukak buku baru kan. Kak Ezah kan ibarat nian yang menyinari (sila muntah macam badang). Lagipun sekarang kena guna maksimum aircond kuasa kuda maklom lah cik B dan cik I kan dah nak keluar kan untuk tahun 2010 punya..Cik B memang di tunggu tunggu, cik I memang sentiasa di nanti nantikan harap 50% lah kalau boleh nak cik I 100% baru boleh pasang angan angan konkrit nak beli istana di Desa Park City (gigih sekali hangan hangan Kak Ezah)Hahaha fening tak? cik B cik I tu? Cik B bukan cik badak tu namanya kuwangajo nak ejek aku..Cik B = Bonus Cik I = Cik Increment :-)..Tapi tak kesah lah. Ada tu anggap sajelah rezeki anak.Walhal anak dapat apa la sangat paling koman pun menan or baju je ahaks. Sikit ke banyak ke Kak Ezah redha sebab Kak Ezah rasa azam 2011 Kak Ezah nak kurang kan browsing tenet tu cam poyo je kerana 9jam waktu bekerja ada la dalam sejam to sejam sengah je Kak Ezah fokus..yang lain jangan di tanya.

Baiklah kembali ke topik sebenarnya. BB. BB the most important thing untuk QRS. Bukan Blackberry tapi BantalBusuk. Hahaha..Tak tahu lah kenapa dalam berbelas pillow n bolster milik dia..yang satu ni la yang paling dia tak boleh tak ada kalau tak ada memang kami Kak Ezah dan Abang Abu mencarik pasal dengan QRS.

Bolster ni ada 2 bijik yang brand Anakku punya. Masa tu beli sekali tilam dan head pillow a.k.a bantal kerang tu. Jadi 1 di rumah 1 di sekolah. Setiapkali balik sekolah dia mesti cari bantal ini kalau tak serba tak kena. Bila dia dapat dia akan cium bertubi2 dan sentiasa akan berkepit ke mana jua walau apa keadaan dan menyebabkan Kak Ezah susah nak dapat masa yang sesuai untuk mencucinya. Jadi bila dia pergi sekolah adalah masa terbaek. Bantal ini selalu ada adegan tragis. Antaranya 2 yang tragis ialah apabila Kak Ezah nak bukak kepit2 baju seperti di bawah semasa Kak Ezah ketuk bantal tu..lalu jatuh terlepas dari tangan dan melayang ke Ground Floor dari tingkat 12. Bergegas gegar macam raksasa gorgon Kak Ezah berlari pergi ambik di bawah. Kemudian bila naik kena la cuci semula dan akibatnya malam itu dia  (QRS) sangat tidak boleh tidur lalu Kak Ezah dan Abang Abu mula mati kutu buntang pening2 unta tengah malam dan Kak Ezah decide untuk bagi saja bantal yang lembab itu. Euwwww..baru dia lena tidor. Abang Abu asyik salahkan Kak Ezah kerana mencari pasal sebab mencuci bantal itu.Habiss kalau dah benda tu melekit hitam lalu ke???

Walau cuba di replace dengan bolster lain mahupun yang terbaru 2 minggu lepas Abang Abu ada beli lagi bolster terbaru Jusco..namun semua itu sia sia. Feel memeluk itu tak ada kerana QRS sangat perfectionist akan meraba raba dulu tekstur bolster itu lantas melihat sambil berkata kata dalam hati agaknya "kenapa gambar lain? where is the girrafe? the rabbit ?the cow? yang Mama selalu ajar spell sambil tunjuk gambar ituuuu??" lalu dia terus reject.



Adegan kedua juga ialah tadi. Membawa QRS ke NSK membeli barang keperluan perot jadi kalau dah bawak dia mesti ada stroller mesti ada BB kan..Di sebabkan Abang Abu yang jaga QRS sementara Kak Ezah pergi memilih barang barangan maka BB telah 3x di humban ke bawah atau mungkin terjatuh oleh QRS,  manakala dengan Kak Ezah pulak 2x jadi di mana dia sengaja menggelungsurkan badannya dan humban BB ke bawah sebanyak 2x. Maka 5x jatuhnya BB di lantai NSK yang membuatkan Kak Ezah mewarning QRS dalam kereta "tonite no BB for you!!" dan Kak Ezah pulak dengan bijaksana telah buat buat lupa terlupa untuk bawak naik dan terpaksa turun semula dan Kak Ezah mula berfikir untuk mencelup sekali dengan pantas dalam baldi yang penuh sebab terbayang lantai NSK dan Kak Ezah juga berpikiran mungkin basah kat cover saja kapas dalam tak basah, tapi sangkaan Kak Ezah sangat meleset kerana semuanya basah lencun. QRS sudah huk hek huk hek bising satu rumah Abang Abu telah mula bukak kitab bebel sambil Kak Ezah terbahak bahak gelihati sambil menseterika kan BB ini. Hasilnya juga agak2 lembab dan bila dia dah lembik tido Kak Ezah bukak kipas laju laju dan aircond paling sejuk untuk keringkan BB.

Bengong rotate clockwise tak menjadi. Rotate ler sendiri..Hehe
Inilah bayi 7 bulan ++ pemilik tetap BB yang sel otak tengah berkembang pesat dan sangat banyak peel yang kadang buat Kak Ezah stress sikit tapi suka lagi banyak lah..Sapa tak suka anak sendiri kan..

Note:
Kak Ezah = Aku ler
Abang Abu = QRS panggil Babahnya Abu..Ko ado??

4 comments:

sukahati said...

sekadar cadangan....beli bolster yg sama di Anakku lagi :p

» NAJA « said...

ye memang itu sudah di pikirkan..nak tgk dia nak tak dengan BB yang sama tapi baru..ke sebab dia nak bau dia tu kot..haha aku mau cuba nanti aku update

Iszuanie Che Ilias said...

hehehhehehehhe.......................... sure best kalu QRS nyaring jer jerit... mmg muntah badang mama dia bergegar blok aman puri

RZMs Mommy said...

kahkahkahhhhh...ni peel yg sama ngan kakak iraa yer. harap maklum. tu laa kamu, suka sgt kat iraa sampai peel dia pon melekat ke Q. iraa dlu nk tdo kna ada sapu tgn COTTON. harap maalom. kain lain x layan. tp start umo 7 bln dia sudh pandai upgrade ke ken slimut cotton dia sbb ibu dia basuh sapu tgn tetiap ari beganti 1-2 halei 1 ari sbb xmo dia attached mcm candu.

disebabkan dia sudah hapgrde ke candu baru, seminggu skali ibu dia mengerahkan kak besah membasuh slimut safe & sound bliau. sib baik laa ada 3 keping slimut tu. kalo kiranya bg slimut lain bliau akan humban ke bwh.tips disini yelah

1) menten teksture kain, gamba(if any), saiz

2) basuh jer candu demer tu. hygine is num 1.1st time kali pertama basuh mmg demer meroyan skejap. tp lama2 ok.melentur buluh bior ler dr rebungnya..demer br level anak rebung.

3)as long as those candu tu tak memudaratkan..let it be

aku skrng dlm prosess nk menjauhkan bliau dr candu no 1 iaitu PUTING. kakak zara aku dh berjaya psyco sampai dia sniri buang puting dlm tong sampah. iraa ni tunggu lah...masuk 2 thn tetiap ari ibu psyco! hahahaa....