Monday, December 6, 2010

Tak keruan dan bayi 6 bulan sudah

Perjalanan kami sekeluarga belum di tentukan lagi. Hati libang libu fikir macam2 benda. Yang di sana memang mahu di kejar2kan. Yang di sini kalau hari hari tak keruan payah jugak nak uruskan. Masa tetap berjalan.

Esok diam tak diam my little hero sudah masuk 6 bulan. Adoi kejapnya masa berlalu. Bila tengok dia baring tidur, tidak berbedung, tidak bersarung tangan, tidur terlungkup, freestyle segala adoi cairluluh hati aku. Besar sudah zuriat aku sekarang ni. Banyak juga peel peel dia yang semakin lama menunjukkan dia sudah besar antara yang paling bombastic ialah apabila mulut sudah mula bercakap. Perkataan "Mama" yang betul2 buat aku cair walau tengah stress aku suruh tidur dia tak mahu tapi tetap lawan mata dan bila menangis panggil "Mama" hilang stress. (Babah jangan jeles) Babah juga pernah sekali dia sebut. So sweet!

Tapi little hero ku masih belum meniarap stabil. Dia pernah 3 4 kali meniarap sendiri tapi tangan tak lepas. Lebih banyak masa dengan mengiring to the max kiri atau kanan atau baring tegak hisap kaki tarik stoking atau buat2 kejang atau pantang sesiapa melintas memang akan di depangkan tangan suruh di angkat..Aku memang amat amat risau dengan keadaan dia tak meniarap ini tapi ramai yang kata stay cool sebab tiap bayi lain2 movement nya progress nya. Bab kesihatan pula memang di doakan Qhalyf hari2 sihat sejahtera dan bersyukur pada Allah Qhalyf dari lahir hanya baru 2 kali demam lite lite dan 3 kali selsema batuk dan hanya cuma sekali dalam 3 kali tu batuk dan selsema teruk sikit, yang lain ok. Mama akan teruskan berdoa dan berusaha untuk tidak malas suapkan Qhalyf multivitamin syrup itu.

Bila google macam2 keluar pasal anak belum meniarap ini. Itu bermakna bukan aku sorang saje kan dapat masalah yang sama.

Link 1 Belum Meniarap

Link 2 Belum Meniarap

Link 3 Belum Meniarap

dan banyak lagi kisah2 anak belum meniarap.Ok letak la satu timeframe bagi Qhalyf bagi dia masa beberapa bulan lagi ok. Mama sedang bersabar ni. Sebab mama memang letak Qhalyf kat tilam/ toto di lantai suruh belajar meniarap, Qhalyf memang tak tidur buai..Mungkin rocker di sekolah buat Qhalyf rasa baring tegak lagi sedap. Maybe once kite confirm pergi mengembara nanti mama akan ambil balik rocker tu permenantly. Bak kata Aunty Amy ibu Zaeem..Qhalyf hanya ada masa beberapa jam saja di waktu malam lepas balik sekolah untuk berlatih..Mungkin juga kan.. Tapi bab lain Qhalyf memang ok perfect , bab ketawa berdekah2 bab sembur air liur, bab luah susu luah nestum, bab tanggalkan plastik remote control, bab kunci mulut kalo dah kenyang, bab jerit kuat2 macam nak tercabut tekak (di jusco paling scary sekali Qhalyf jerit mama tengah pilih bra :p), bab nak duduk sendiri dalam kereta tak nak baring, bab nak mandi diri tak nak baring, macam2 lagi... dan mama curious lah seems macam Qhalyf nak tumbuh gigi ke..wait n see ok..Semua ini ada hikmah dan anak mama memang born to be different kot :-)))

Bab makan pun Qhalyf ok juga. Tapi mama nak ajar disiplin makan. Pukul 12 dan pukul 6 setakat sebulan ini dengan hanya 5 skop di rumah 6 skop di sekolah. Semuanya berjalan lancar. Lepas ini boleh makan 3 kali sehari dan mama akan buatkan bubur. Tunggu lah habis pengembaraan kita baru kita mulakan home made food ni ya. Sekarang makan dulu yang instant ni.

Itu saje lah updatenya. Dah tak tahu nak tulis apa lagi..Tengah debar2 tunggu keputusan termasuk keputusan exam babah..:-) Penantian itu sungguh buat ku tak keruan.

3 comments:

Iszuanie Ilias said...

xper qhalyf baby yang baik... berbeza x mestinya pelik.... anyway perkembangan qhalyf mmg sweet n masih boleh dipertimbangankan sebagai tidak luar biasa....

» NAJA « said...

cubaan dia nak nerap ada 4 5 kali..semalam pun ada lagi..tapi tangan tersepit..dan dia dah nerap pusing 360 darjah..tp tu la dia masih sedap baring ngiring dan tegak..takpelah nanti nak doa banyak2 lagi..hehhe

Sal Abdul Rahman said...

esok2 bile die dh dapat kaki kot kamu yg pening kang..enjoy dulu moment ni..