Wednesday, December 8, 2010

Cerita macam macam

Saya tatkala kenyang selalu motivasi untuk tidak makan banyak lagi stop makan malam,stop masak malam..

Tapi sesudah saya membrowse blog kawan, blog2 cerita simple2 kehidupan, ada pulak adegan masak memasak, saya selalu tewas. Saya terus rasa termotivasi untuk mencuba apa kawan2 itu cuba. Tambah lagi kalau peti sejuk penuh stok dari NSK lagi saya super duper rajin. Kadang2 ada jugak kerajinan tu terbatas hanya di depan monitor ofis ni saje sebab bila balik rumah anakanda tercinta buat wayang makan stuck lah berjam jam depan muka dia..resepi hanya tinggal resepi..tapi masak tetap masak tapi bunga silat memasak tu kena lebih lagi la tung tang tung tang tak sampai sejam dah bulih makan (maknanya lauk simple saje lah).

Saya mahu mengikut kehebatan ibu mertua yang sangat rajin memasak dan cuba memasak sampaikan anak2 kalau di beri pilihan makan luar atau masakan mak, 100% masakan mak. Berkat air tangan ibu mertua saya, setiap masakan dia saya rasa macam saya boleh makan 10 pinggan sekali. Teh tarik ibu mertua saya yang guna susu tepung lemak berkrim tu sangat masyuk sekali. Say NO tu susu pekat manis katanya. Semua saya ikut step memasak dia kerana saya juga mahu menambat hati anak dia juger :p. Saya berazam untuk buat pada anak dan suami saya begitu juga lah. Kena rajin memasak. Kerana keberkatan ada di air tangan saya :-) Oh ya masakan mak saya di Ipoh juga terutama sambal tumis dan kari ikan nyok nyok masih yang terbaik setakat ini!

Tapi bagaimana pula saya perlu membanteras aktiviti makan banyak saya kalau saya dah masak penat2 tak mahu makan pulak. Larat ke ambik bau saja?

Sekarang ni saya tengah menggila mencari blog2 fb2 yang menjual baju/beg/kasut yang bagi deal baik punya. Saya sangat teruja kalo offer itu FREE POSTAGE..maka hasilnya di alam nyata pun membeli di alam maya pun membeli. Adoi parah juga gini tapi semua itu sudah best deal. Nasib baik warehouse sales di World Of Cartoon/ Nike Hytex tidak berapa semiak..Nasib baik..Hanya merembat stoking anakanda dan botol susu kaca dan bekas makan Pooh..Sekarang juga kepala sedang pusing juga kerana pemergian itu belum lagi confirm duit perlu di tahan2 kerana barang keperluan belum di beli tetapi deal jualan hebat di sana sini. Ohh ini dugaan Allah turunkan kot. Bertahan lah hati nafsu nafsi ku ini..Bertahanlah..

p/s: Bulan 12 adalah bulan gembira kepada isteri isteri OE(Malaysia) hahahaha...

4 comments:

Iszuanie Ilias said...

sila teruskan usaha anda.... kuikuikuikui macam terpanggil untuk tidak masak tp... adoi..... memasak adalah fav jadi bagaimana untuk diet????

» NAJA « said...

itu la masalah aku..suami pun ngeluh gemuk dah dia sarat sgt..tp aku tgk dia makan hebat..hehe

Sal Abdul Rahman said...

tetiba ptg2 ni aku rasa nak makan laksa! demm!!

» NAJA « said...

ahhhhh aku pun sama KL takde laksa best