Monday, October 18, 2010

Yang berlaku tetap berlaku dan terus berlalu dan apa akan berlaku seterusnya

Sabtu pagi yang agak indah tapi cuma sementara kerana tertulis perginya seorang Nenda tercinta..16/10/2010 opah akhirnya itu lah masa yang 'tertulis' bagi opah untuk pergi meninggalkan kami semua..anak2 dan cucu cucunya.


Dengan keadaan yang agak kabur semua perlu berfikir pantas dan sesuai dengan keadaan namun keadaan tidak mengizinkan juga aku menatap wajah opah buat kali terakhir. Tertulis juga opah seakan akan tak mahu menyusahkan sesiapa kerana pergi meninggalkan kami pada sabtu dan sebelah pagi tatkala semua orang baru mahu memulakan hari.


Kontroversi demi satu persatu mesti opah sedih di sana. Kerakusan dan ketaksuban kecetakan fikiran sesetangah pihak yang aku memang bangkang habis habisan namun hanya terlepas di tekak sahaja. Cukup2 lah..jalankan saje la apa yang di pertanggungjawabkan..dan lepas ni buatlah hal sendiri. Pergi lah ke mana korang bebas dan seronok nak pergi tanpa perlu pikir siapa nak jaga opah, siapa mahu bagi mandi, siapa mahu ganti lampin, siapa mahu bagi minum susu, siapa mahu panggil orang klinik kalau tiub susu tercabut, siapa mahu terima opah duduk rumah yang perlu ruang untuk opah sendiri..Pergilah semua menghayati kehidupan sendiri.

Buat opah yang lebih 6 bulan orang tak jumpe opah dan takkan jumpa lagi di dunia ini..Pertemuan dan genggaman tangan kita 6 7 bulan yang lepas di rumah anjang adalah yang terakhir. Dari apa yang mak cakapkan..raut wajah opah sungguh tenang, suci dan bersih,mungkin Allah dah lepaskan opah dari dosa dosa kecil kerana dari tahun 2000 opah mulai jatuh sakit..Mungkin juga raut wajah itu menunjukkan hati opah lapang meninggalkan kami semua kerana tak mahu ada lagi yang berlaga laga sana sini tak betul sedangkan masa itu opah langsung tak boleh berkata2 lagi hanya mata saja yang berkedip2 melihat dan tangan yang hanya menggegam kuat. mungkin dalam fikiran dan hati opah pemergian opah akan meredakan situasi tersebut. Mungkin juga ketenangan di raut wajah opah itu menunjukkan kegembiraan dan ketidaksabaran opah bertemu arwah Aki, arwah anak opah yang dah pergi masa kecil dan arwah Pakcik Nan juga mungkin mak dan Ayah opah..

Walaupun sangat terkilan kerana orang adalah seorang dari 4 orang cucu opah yang tak sempat mencium wajah opah buat kali terakhir di dunia ini orang harap opah tenang dan gembira di sana jangan ingat lagi apa yang sedih2 di sini.


Orang tak kan lupa apa apa rutin dan peristiwa sepanjang hayat opah bersama orang. Sejak dari orang kecik opah jaga orang kalau mak pergi kerja, opah amek orang balik sekolah, opah beli cikedis, cekelat udang, opah tumiskan megi tiap petang, opah ajar cicah biskut dengan air teh o, opah ajar mengaji, opah ajar amek wuduk, opah ajar sembahyang, opah anta pergi ngaji kat surau bawah dan semua semua lah. Hanya kenangan itu semua dan doa doa saja bekalan buat orang untuk opah yang telah berpisah dunia.


Terima kasih opah atas semua budi opah, kasih sayang opah, kesabaran opah dalam menjaga dan mendidik kami semua dengan penuh hemah dan cara tersendiri. Opah pergi meninggalkan lagi baki anak seramai 10 orang dan 41 cucu dan lebih kurang hampir 20 orang cicit. Mungkin bukan rezeki Qhalyf cicit opah yang bongsu sekali untuk bertemu moyang nya buat kali pertama dan terakhir dan tidak orang sangka ciuman orang pada opah dan genggaman tangan opah lebih kurang 6 bulan lepas adalah yang terakhir.

Sampai kite berjumpa lagi di dunia dan masa yang lain.Opah adalah opah yang terbaik dalam dunia dan tidak ada galang ganti nya. Selagi nyawa orang masih berdenyut darah masih mengalir yang membuat kan otak orang sentiasa menjalankan tugas untuk berfikir; orang akan tetap mengenang kenangan bersama opah akan harap ia sentiasa segar silih berganti dalam ruang hidup orang..


Al- Fatihah buat opah..Damailah di sana..