Wednesday, July 7, 2010

Sesi berpantang

Berpantang buat pertama kali nya dalam hidup aku. So tepat pada hari ke 5 kelahiran Qhalyf aku terus di bawa pulang ke Ipoh. Mula2 berbelah bagi juga mahu pantang di JB atau Ipoh but untuk pertama kali nya memang la mahu di rumah sendiri kan.


Berpantang pun tak berapa rasa sangat nikmat berpantang kerana aku bersalin ceaser. Yang ada cuma balun pati ikan haruan, ikan haruan itself berekor ekor even susah nak cari tapi family members carikan susah payah, jelly gamat, antibiotik kasi luka jangan di baham kuman. Bertungku, berjamu, berbengkung semua nan hado. Dalam pada tak rasa nikmat pantang tu elok jugak ye tak kalo tak jenuh la aku nak bertungku bangun pagi2 segala :p
Berurut pun pada minggu ke 3 itu pun berurut ala lite lite ayu ayu gitu tak boleh kuat2.


Sikit punya aktif la aku, memang aku kene aktif sebab doktor kata nak elak darah beku naik ke jantung. Tu pasal beberapa jam lepas ubat bius aku habis di kerah nya aku berjalan ke toilet sendiri, baby meraung pujuk la sendiri dan etc. Oucchhh sungguh memeritkan masa tu. Berlinangan air mata tengah2 malam call husband suruh datang hospital balik lepas 5 minit je dia sampai rumah. Kesian sangat tapi aku mmg perlukan dia masa tu. Balik rumah pun aku aktif jugak since dah berpantang di rumah Ipoh which is mak pun pergerakan nya agak terbatas so kebanyakan perkara terutama handling my baby meraung tengah malam adalah sendiri. Ni semua menuntut pergerakan yang sangat banyak dan menjadikan luka jahitan aku melecet. After a week tengok tak cantum dan macam ade bleeding husband bawak pegi doktor specialist for dressing. So sampai sekarang masih berdressing sendiri dan alhamdullilah luka pun hampir cantum semula.


Sampai sekarang ni pun which is sebulan berpantang aku masih belum menikmati mandi aku dengan sepenuh jiwa raga nak berscrub bergosok segala. Sangat rindu sama glove body shop itu. Untuk masa 2 minggu pertama aku hanya lap2 cuci ape yang patut sahaja kerana takut luka basah dan masuk minggu ke 3 baru mandi lite2 sampai la sekarang ni. Kalau luka tu dah cantum sepenuhnya baru la aku confident nak mandi sungguh sungguh.

Tentang baby pulak dalam pantang ni dia actually well behave. Dia tak la melalak meraung berjam jam alhamdullilah setakat ni dan sangat berharap tak de menangis macam tu lepas ni baik lah sentiasa hendaknya. Dia bising pun sebab nak susu, sebab basah atau nak suruh orang dukung dia. Kalau berak tau pulak dia sambil menung. Hahaha. Niat dari preggy nak eksklusif BF baby dengan Medela Swing hadiah husband tak berapa nak kesampaian. Ini kerana masa lepas discharge dari hospital 3rd day tu, supply untuk baby tak berapa nak ade sebab belum berurut dan dia adalah sang lelaki yang nak banyak sangat susu sekali hisap mana nak dapat. Kerana ketidakcukupan tu lah menjadikan kuning dia tinggi sebab dia kekeringan dan kelaparan. Nasib baik tak kene extend lagi dok hospital. So terus decide utk campur dengan susu formula. Baru la dia lega sikit. Sekarang still pumping kalo berkesempatan.


Dah sebulan ni 2x kali dah bawak baby pegi klinik. First tu masa pusat dia nak tanggal dan dalam pusat tu tak berapa nak cantik. Doktor kata tu tunggul pusat. So lega..2nd time semalam sebab lidah dia yang putih tu susah nak cuci. Takut fungus dan bakteria. Menjerit jugak bila doktor tu cuci. Alhamdullilah lepas apply ubat tu untuk 2nd day dah nipis sikit. Last week pun Qhalyf ade demam. Punya la rengek2 dek gara gara cucuk BCG dia nak meletus. Pakai kan cool fever ok setel. Pheww punya la susah hati kalau baby ade sakit sikit kan.


Lagi 2 minggu nak berpantang berstoking dalam rumah. InsyaAllah by 21st July akan berangkat pulang ke KL. Masa mula2 sampai di ipoh dan husband kene balik tinggal kami berdua di sini punya la meruntun jiwa kerinduan. Setahun lebih hidup berdua terpaksa berjauh ya ampunnnnnn menyayat hati. Lepas ni dah balik KL teringat mak abah di rumah Ipoh pulak. Memang benar orang kata, orang dalam pantang memang banyak bermain emosi dan sungguh sensitif. Kepulangan ke KL nanti juga akan bermula titik tolak kami berdua berperanan sebagai ibu bapa dan handle lah anak sendiri dengan sebaik mungkin...Harap segalanya berjalan lancar dan baby tak de banyak hal..Amin...

No comments: