Friday, July 9, 2010

Tiada tajuk


Dalam keghairahan nak meraikan kemerderkaan berpantang ni tiba tiba emosi jadi tak menentu. Betul kata kawan ku...Di akhir2 pantang lah ko lagi rasa lemas sesangat. Sangat la betul. Lebih dekat nak habis pantang itu bermakna lagi dekat lah masa yang lebih mencabar aku dan husband dalam membesarkan zuriat kami. Sama seperti masa sebelum kawin aku gusar betul dengan kemampuan aku untuk menjadi isteri yang boleh fulfill semua requirement berumahtangga tapi alhamdullilah dah lepas satu stage dan sekarang menjelma lagi satu stage yang sangat mencabar dari stage pertama.


Sememangnya selepas tiap kali berbual dengan ibu mertua aku sentiasa rasa positif dan semangat. Dia kadangkala aspiration untuk aku dalam menjalani kehidupan seharian sebagai isteri dan yang terbaru sebagai ibu. Tetapi perbualan malam tadi memang rasa meruntun jiwa. Dari sebelum Q lahir dia sudah berpesan supaya aku TABAH kerana menjadi ibu dan isteri bukan mudah.


Dapat ke aku menjadi seorang mak yang TABAH KUAT SABAR POSITIF dan PROGRESIF di samping menjadi seorang pekerja kepada majikan yang mostly demanding bab quality kerja dan masa, menjadi seorang anak yang selalu mengambil berat hal2 keluarga di utara dan selatan walaupun sendiri sudah beranak pinak dan mampukah aku menjadi KUAT TABAH SABAR dalam menangani segala tanggungjawab rumahtangga tanpa lupa periuk belanga di dapur, baju untuk di basuh on time , rumah yang sentiasa bersih, pandai handle anak kepada seorang suami yang bekerja dan akan bergelar siswazah semula tidak lama lagi. Semua ini menuntut ketabahan dan kesabaran aku kerana ini semua adalah untuk masa depan yang baik bagi kehidupan kami sekeluarga. Doakan!


Wahai aura aura positif datang menjelma lah di kau di saat saat aku mulai jatuh dan longlai. Amin....

No comments: