Wednesday, July 7, 2010

Yippie!


Alhamdullilah..Happy One month young my baby MQR! Be a good son!

Selepas sebulan kelahiran baru berkesempatan nak update sikit detik kelahiran.
Citer nye panjang tapi untuk buat kenangan yang penting saje lah kan.



Minggu ke 38 kehamilan mama dah turun tanda..Turun darah. Masa tu di ofis punya la gelabah campur excited tapi mama tak langsung rasa sakit. Kebetulan masa tu mama dapat durian runtuh..Seems macam Q tau tau saje kan itu rezeki untuk awak kan terus lah keluar tanda bagai.
Pergi ke hospital for screening with Dr. Gibran yang hensem tapi bila di seluk tak nampak hensem dah dia. Still no bukaan dan discharge dan kepulangan ke rumah terus bertukar ke sesi bergumbira di One Utama dengan senang hati nya.



Seminggu mama di rumah Abah decide suruh mama rest je since dah doktor kata u just wait for another sign sama ada pecah air bersama darah atau contraction. Seminggu tu hati punya la gundah gulana. Information kanan dan kiri semua buat mama susah hati dan nangis je sambil pujuk awak cepat la keluar. Mama tak rasa sakit langsung, nenek dan opah yang datang jenguk mama pun dah balik ke Ipoh semula since diaorg tgk mama steady lagi.



Hujung minggu masuk ke minggu 39 kehamilan semasa mama sibuk dan bergembiraan bersama keluarga Atok dan Nenek Johor yang datang ke rumah untuk pergi kenduri (ye mama sempat makan nasik kenduri)..


Dan pada malam nak ke hari Isnin kepulangan mama dari Selayang Mall bersama makcik2 dan nenek awak bershoppingan sampai kedai tutup, elok je mama dah salin baju tidor tiba2 mama rasa dalam perut mama ada bunyi pecah 'pop' dan air mengalir keluar dengan banyak dan laju. Mama mula pelik jugak sebab mama baru je buang air kecil dan cuci kaki untuk tidor ni air ape pulak kan..Rupenya air ketuban. Habis kecoh satu rumah yang masa tu dah ala ala suasana nak tidor kan..Ye lah dah pukul 11 malam kan. Abah Q punya la gelabah dok mundar mandir tapi tak siap2 jugak nak hantar mama ke hospital. Good boy Q! sebab tepat pada masanya awak turun kan tanda. Di saat di rumah kite ada nenek johor awak pun nak lahir kan.


Dah bersiap segala dan mandi pukul 12 mama dah register dekat screening room. This time semua doktor perempuan. Apesal la doktor pompuan seluk sakit nya ya ampun kalo nak banding dengan doktor lelaki yang very the gentle kan! So check jalan baru 1cm. Ye lah mama mana ada sakit pun..Ade sengal2 pinggang yang mama ade bagitau abah tapi abah kata sebab badan mama berat tu pasal pinggang sakit. Mama dah cakap dengan doktor jangan discharge mama sebab nanti saya boleh jadi gilakk di rumah tunggu tanga lagi. Akhirnya mama warded pukul 2 pagi tu. Rahim masih tinggi jalan belum buka. Doktor bagi masa dalam 6 jam kalau takde bukaan jugak doktor akan induce mama. Punya la mama takut.


Di wad masa tu sungguh menakutkan. Kebetulan masa nak bertolak ke wad tu dalam perjalanan dari bilik screening tu mama dengar akak2 nurse tu berborak yang ade pesakit (penjahat) yang terlepas dari wad dan melarikan diri. Patut la masa mama kat bilik screening tu ade polis mundar mandir bawak gambar. Pheww orang dah la nak beranak boleh pulak buat adegan CSI kat hospital. Masa dalam wad pun tak ramai, lepas setel pukul 3 pagi tu abah dan nenek pun balik. Yang mama ni dok tergedang atas katil hospital menunggu sakit sampai la segera di samping takut kot tibe2 penjenayah datang acu pistol kat kepala ke di samping teringat yang malam tu mama tak tidur ngan abah. Macam2 perasan dan mama hanya rasa sakit sengal2 amat di pinggang umpama mama sakit nak period tu. Banyak kali mama tanya nurse yang datang2 jenguk tu macam mana la rasa contraction apesal saya tak rasa pun.




So dalam kul 5 pagi macam tu nurse tu ikat mama dengan CTG mesin nak monitor keadaan awak. By the time goes by nurse tu makin lama makin tak keruan dan mama rasa sakit pinggang umpama pinggang nak tercabut. Last mama dengar nurse tu jerit panggil senior dia suruh monitor CTG reading dan semua macam kalut je. Mama dah tak senang baring asik la sms abah suruh cepat datang. Sian kat abah dan nenek baru je nak lelap kan. Tapi mama tak kire.




By 6.30AM doktor senior pun datang Dr. Elyana Nordin ( yang sambut awak lahir) datang seluk2 segala by 7am since abah pun dah sampai doktor explain to mama dan Abah yang kita kene go for caesarean sebab when the time mama sakit pinggang tu contra pada awak. Jantung awak stop!!! What! So the reading for your heart memang dah tak cantik. Demi untuk selamatkan awak we both agreed untuk czer dan menjadi patient pertama untuk hari tu masuk dewan bedah dengan emergency terpaksa memotong orang yang dah beratur sikit punya panjang depan dewan bedah tu. Mama tak henti2 selawat dan masih terkejut dan tak sangka kehamilan mama berakhiran dengan czer (tu yang mama paling takut). Punya la nak cepat potong perut mama tak sempat dah nak tukar baju operate. Just cepat2 sarungkan mama topi bedah, masuk kan tiub kencing which is frankly speaking adalah yang PALING sakit kalo nak di bandingkan dengan adegan potong perut. Mama sempat tendang nurse tu masa nak masuk tiub kencing. Sampai ke dewan bedah mama dok cakap nurse sakittttttttt cepat laa sakitttt gileeee..Ha punya la hazab!

Operation start pukul 740 pagi di mulakan dengan bius oleh pakar bius yang ala ala UNCLE MORI ye puan puan. Very gentle dia buat keje membius mama di tulang belakang. Lepas itu mama dah tak rasa sakit separuh badan Tiub kencing punya keperitan pun mama dah tak rasa. Mama request untuk pengsan habis satu badan tapi pakar tu kata tak boleh dah sekarang separuh badan sahaja. Dia siap test ala ala toreh badan mama dengan pisau bedah sambil tanya awak rasa tak tajam pisau ni. sampai bahagian dada baru mama rasa tajam. Whooooa...Selawat tak henti2 sambil dengan orang2 dalam tu dok berborak cerita keropok lekor la ape la..Mama cuma rasa perut mama di goyang2kan je dan selang dalam 20 minit tu mama dengar ade suara baby nangis. Wah siapa tu? Awak lah! dalam 10 minit gitu terus diaorang letak muka awak tepi muka mama suruh mama cium awak. Punya la meruntun jiwa raga mama saat tu. The precious moment!! Menangis pulak mama masa tu dan ade pulak tukang lap air mata sambil zasss mama 'air mata kesyaduan gitu' hahahaha...




Dari spotlight OT tu mama boleh nampak bayang2 sikit2 perut mama terkuak dan ade darah2. Lupa pulak nak suruh orang2 tu buat liposuction sedut lemak2 mama kan. by 840 kite berdua dah setel dan masuk dalam oven dalam sejam lepas tu baru keluar jumpa abah dan nenek. Abah tak reti dukung awak sebab dia takut awak kecik sikit which is 2.8kg je (bagus anak mama diet dari dalam perut lagi kan) So sambil nenek dukung abah qamat dan azankan awak.







Itu la detik kelahiran awak sebagai bayi keluar ikut tingap dan bermula dari saat itu lah mama tak dapat tidur dengan lenanya nya which is betul orang kata menjaga bayi lelaki agak mencabar. Sesungguhnya kali pertama mengandung dan bersalin mama cuma rasa sakit pinggang je macam nak period which is biasa saje dan tak tau ape tu sakit contraction. Walaupun czer ini memang agak susah nak di jaga tetapi tak rasa sakit langsung tau tau dah dapat anak. Hehehe..

1 comment:

sukahati said...

perlu laaaaa.....nama mori terselit sekali??? choii ....hahahah