Saturday, October 31, 2009

Sekian Lama

Sekian lama blog di pandang sepi. Nak baca pun tak lalu...hahaha ape la rasa orang yang menyinggah yek! Guwe rasa malas sekalik dong apa mau cerita guwe pun tarak tawu..Hari2 rutin guwe sama saja dong. Bangun tido kerja makan kerja balik rumah makan tido..


Sekarang malam guwe rajin tengok tv...Sampai la tv tengok aku..Ko cakap citer apa smua aku bedal..nampak sangat kebosanan melanda kan.Citer lori tarik rumah pindah2, citer puteri bunian, citer menari2..aih macam2 tapi jgn bagi aku tgk citer binatang..tak leh masuk dengan kepala aku ni...dah tua2 ni takde dah nak merayau malam2 p mall ke wayang ke...kehidupan ala ala makcik makcik pulak ok..Ha ada satu citer hantu kegemaran ialah Tower 13 @ TV3..Even makin lama makin mengarut tapi aku tetap tuned into it..Lepas tu sambung pulak dengan citer EMERGENCY @ TV9 ni pun best kisah benar dari Red Crescent Society...Macam2 ragam orang KL ni yek...Kite dok sedap tidor kat umha malam2..kat luar sana tu 1001 benda yang jadi..
KL tak penah tidur!



Citer pasal tidur pulak makin sedap dan malasnye aku bangun tido sekarang. Terasa malas semalas malasnye. Dapur aku pun dah lama tak panas..balik rumah aku tau nak tido je..Kerana aku setakat ini tak de morning sickness...aku ade night sickness..Malam tadi dalam rekod paling disaster muntah rasa nak terjojol bijik mata. Malam aku dah lama tak makan ape2..tetap muntah..mungkin aku tak leh dok dalam kete lama2..Lagi2 kalo ade lopak2 jalan ke bumper2 ke..sungguh menyeksakan...Saat2 macam tu dalam hati dok kata..cepat la 9 bulan..Dalam perjalanan ke Cheras semua aku dok bluwek sana sini kat 2 petrol station, kat tepi jalan rumah orang aku dah tak peduli. Paling keji masa kat Shell tu aku salah masak toilet daa..aku dah tak nampak signage laki ke pompuan ke....aku bedal...lepas aku kuar pintu selisih ngan jejantss.."alamak kakak ni masuk tandas laki daaa" bulih dia berjemaah gelak dengan kawan dia..Gua panass beb panas!



Lately je aku muntah2 hardcore before ni steady je..teringat masa sebelum aku buat UPT tu..Memang rasa badan lain macam je..Lain sgt lah..yang paling ketara ialah aku tido malam je tangan aku kiri kanan kebas yang rasa cam takde tangan dah..semua posisi jadi kebas. Sangat pelik ada masa tu sampai aku bangun sangat awal pagi dan terus meng google apa lah akibat nya tido bertangan kebas..ade dua simptom...1) Hamil 2) Diabetes...Aku dah tak fikir yang 1st tu aku dok fikir yang 2nd tu..Punya la susah hati....dan ade sikit la simpan rasa happy untuk simptom 1st tu kan...dan lepas tu baru lah tau itu adalah petunjuk untuk sebab yang pertama!
ehhehe..



Rutin2 di ofis masih berjalan seperti biasa. tak ada beza pun. nak tak nak kene pretend strong jugak walaupun lately kerap rasa sensitive dan banyak kebangangan melanda. Makin stress makin aku fikir cepat kan dan murahkan la rezeki suami ku supaya aku boleh berhenti kerja :-) atau paling kurang cepatkan masa 9 bulan aku dah tak sabar nak bercuti lama..Susah berdepan dengan orang2 yang berhati binatang berwajah manusia ni..Kene sabar banyak2 jaga mulut jaga hati sebab tengah berkeadaan macam ni. Tuhan pun dah cukup bagi aku kerahmatan dengan menguatkan keadaan tubuh aku supaya tak ponteng keje gara2 morning sickness..



Lagi beberapa jam aku nak balik berkenduri doa selamat di JB..macam mana la perjalanan yang jauh tu kan..alangkah ke Cheras 40min pun aku rasa sangat sengsara..Ohhh....

Tuesday, October 13, 2009

Entry Senyum Luas Luas

:-)) <<-------- Ini lambang senyum luas2 ok!



Kerana bersuami kan orang yang namanya bermaksud syukur! Jadinya aku perlu lah tahu dan reti reti kan lah diri untuk bersyukur selalu..SYUKUR ALHAMDULLILAH!!! Rezeki luarbiasa datang setiap bulan nampaknye! Segala puji bagi Allah!!


align="justify">4 bulan menunggu boleh di katakan menjadi sikit tekanan jugak pada aku but untuk 1st month after kawin je laa, lepas tu aku cam just go with the flow jer..takde nak pikir ape2 sangat unless kalo ade orang yang tanya2 buat aku pikir.."haahh ye la kan bila la rezeki aku nak sampai ni (mood sedih)".... i'm not very sure for my husband pulak..nampak rileks je..My parent, my siblings pun buat tak reti je...My inlaws pun semua rileks je siap my MIL cakap "ini bukan kerja kite, tak payah fikir2" wah!




Aku jugak tak de sekat2 makan dan bernasib baik kerana last week open house semua aku bedal yang tajam2 dan air2 yang tak sepatutnya aku bedal..Ya Allah!! kalau aku tau nak jadi, aku pelempang diri aku seratus kali sebelum ambik semua2 tu! Aku turun naik tangga ofis macam atlet ok! Atas bawah atas bawah..


Dan...



Bila sepatutnya tarikh aku datang bendera Jepun (kesian yek bendera Jepun jadi mangsa!) delay untuk 6 hari (padahal delay sehari aku dah rasa happy gile dan hampir2menuju ke Watson) tp husband dah sound tunggu for 1 week la! aku tanya2 orang ade yang kata 2 minggu! Aih aku tak sabar ok! Dan pada hari ke 6 aku berjaya hasut husband untuk beli. Aku bukan ape takut aku ganas nanti kau meraungg tak sudah nanti kan kalo jadi ape..So ape2hal baik aku bersedia...




Subuh2 Isnin tu dengan mamai2 aku buat test (untuk dptkan urine yang bagus so kan kene pagi2) dan yey!!! Sangat cepat dan tepat dan terang itu second line muncul!!! Alhamdullilah!! Tapi tu pun tak nak happy sangat lagi tunggu untuk confirm kan dengan doktor...Lepas balik keje kiteorang pun pegi scan...dan...confirm...5 weeks pregnant!! :-))

So skrg aku dah kene jalan macam jalan nak naik pelamin haritu...haritu pun aku rasa tak secontrol sekarang dan control pun untuk beberapa jam..Ini control utk berbulan2..terutama for this early stage..alahai..




dan sekarang juga...aku kene jadi pengguna setia.......

Anmum Tom Tom Bak!!

Wednesday, October 7, 2009

Raya Potluck 3A & 5S

Bagus Sukahati dan Mazli dah suntik aku roh baik untuk aku jugak create entry ni buat kenangan..Aku tatau pasai paaa dok malas benar aku nak upload gambar dan reka ayat kat blog ni lately..celam celum..Lagi2 berukben ni ikut mood dia nak slow nak laju turbo kan..


Back to the abovesaid title ye..Actually event ni tah mana2 datang idea..Tapi aku yang terpikir dulu since dok pikir bila aku nak bukak rumah untuk kawan2 datang beraya. Idea datang lepas balik bercuti on Selasa bincang thru ym dengan my bestie then ingat nak ajak 3 4 ketul je sekalik ok lah! Lets gather with the whole class..(tanpa pikir muat ke tak umah cinonit aku ni kan)..Idea potluck pun dtg! Nak suruh aku haruk dapur sorang2 prepare 5 6 menu mau terbongkang aku kan..so potluck is the best idea! One menu per person. Sampai lah ke hari Jumaat baru la create official private event kat FB dan pendaftaran menu bermula till Sabtu thru phone bagi yg tak sempat berFB dan ade yang gigih call dari oversea semata2 nak tanya nak kek flavour ape esok sementara tunggu flight delay..Commited sgt!!



Me as a tuan tanah just prepare benda2 basic for the event termasuk menyediakan rumah :p...Just prepare Soto yang simple with nasi impit & bihun dan kuih2 raya hasil koleksi dari rumah mak mak. Event tu start 12++ la macam yang di jangkakan, menu2 semua best2 ada Rendang + Lemang, Soto, Mihun Goreng, Macaroni Cheese, Dessertss yang semua sedap2, Muffin, Ayamas, Cake best dari orang yang call aku pakai no virus dan macam2 lagi termasuk air Sunquick oren oleh suami ku taraaaa! :p



Semua berjalan lancar dan di akhiri dengan aktiviti menapau yang meriah..Sorry to Amy & Alifah cos tak sempat nak tapau utk korang cos korang nak balik awal sambil ribut lite lite dengan askar2 kecik korang..Thaanks to semua yang datang dan komited dengan perjanjian perancangan kita semua. Thanks to Mazli juga kerana akhirnya ko datang dalam mula tu nak sentap. Thanks kepada suami juge kerana kalo dia tak bagi aku host rumah terpaksa aku host event ni kat tepi jalan bukit sebelah Guard House.



Next event ape? PD trip ke? Next Raya kite berpotluck lagi ok! Till then.. daaa


Sebelum jemputan & menu lain tibe...ni baru separuh...haha penuh rumahku...

Tempoyak Rulez!!

Semalam ~ Sambal bilis tempoyak


Hari ini ~ Gulai tempoyak pekat ikan kembung


Esok (kalau rajin) ~ Cili api tumbuk + Bilis mentah tumbuk + tempoyak cicah ulamm


Lama lama ~ Jadi muka tempoyak..Tableh tahan woooo lagi2 ade plak geng2 masak tempoyak hari2..

Thursday, October 1, 2009

Square One

Raya belum habis lagi tapi kebanyakan orang semua dah kembali ke asalnye rutin kehidupan. Mungkin ada la yang buat open house..tu je la...Tunggu 18hb pulak ada raya satu lagi kan. Tapi raya tu orang govt je gaji awal. Orang private gigit jari je..



Lately terutama lepas kawin ni..dah banyakkk kali la aku asyik la tertinggal handphone kat rumah. Padahal tak lah gopoh gapah bersiap pegi keje. Siap boleh masak sarapan berat2 lagi..tapi asyik la tertinggal...apesal eh?

Air Livita ni memang 7 keturunan tak penah nyer tak manis kan. Less sugar pun tatap manis. Minum air kosong tak chaaree pulak. Heks.


Main nujum2 kat fb. suh ikut mimpi. harap mimpi tu betul. kalo betul alhamdullilah. 2x kali dah mimpi. aku kalo mimpi ni jadi. Cheww..