Tuesday, May 5, 2009

Tag dari Manje! Mum's Cook is The Best

Huwaah sadis aku tag ni. Sebab my mum dah tak leh masak lagi. Malas nak buka citer sedih. Nanti satu hari otak cam blackout.
I am very lucky cos my mum & dad both boleh memasak dengan jaya nya but my dad lebih advance kot. My mum lauk2 harian tu otai lah. For this time being mmg my dad lah officially jadi tukang masak kat rumah since my mum belum sembuh sepenuhnye!

Masakan heaven Emak Saya (Yang saya masih terliur dah berbulan tak rasa)

1. Sambal udang petai .Sambal dia cam berkuah sket dan speechless bile di suapkan ke mulut!
2. Kari kepala ikan or kari ikan merah yang letak tomato yang kuah dia alamak leleh beb!
3. Nasik goreng telur simple tapi sedap giler makan dengan ikan goreng!
4. French toast yang biler dah sejuk dia jadi cam sangat lazat dan makan dengan lahap!
5. Cucur bawang letak taugeh & kucai makan sama kuah kacang. Mantap!
6. Rendang yang tiap kali raya tak heran dah rendang orang lain
7. Biskut makmur yang melted in your mouth yang tak tahu raya kali ni mak leh buatkan tak
8. Ikan sambal yang sedap sesangat makan dengan nasik panas dan kicap.
9. Kerabu. Segala jenis kerabu yang mak buat bikin kecur air liur. Air tangan mak okeh! Berkat!
10. Ikan pari potong kecik masak macam letak daun kunyit kaler kuning ade santan.Adoii i cant describe lah!

Banyak lagi. kalo balik Ipoh takde makna aku nak heran makan luar. kalo mak masak aku makan macam orang Somalia.

Masakan heaven Abah

1. Nasik lemak dan ikan bilis sambal yang forever sedap
2. Lala masak sambal letak daun kunyit yang menjilat kulit lala kesedapannye
3. Nasik ayam yang ayam nyer very the sedap cant describe. My fiancee tabik spring!
4. Mee kari yang the one & only from him
5. Sambal udang juga tapi versi kering tapi maveles
6. Mee goreng basah kuyup dengan taugeh rangup makan la berpinggan pinggan
7. Ayam ala wanggey yang sedap sehingga ke titisan terakhir isi ayam
8. Ayam goreng biasa2 tapi Abah goreng mmg best gilerssss juga ikan goreng yang hanya dia saja yang tahu sukatan kunyit dan garamnye. Lawan dengan sambal belacan.pehhhh
9. Sayur yang abah masak semua sedap2 dan crunchy terutama brocoli dan kacang panjang udang.
10. Nasik tomato lawan ayam masak merah dan dalca.

Saya jadi tersangat lapar waktu entry ini di taip. Sekian, terima kasih manje kerana ko dah melaparkan aku gila babeng punyer taw! mencik akuh!

No comments: