Thursday, May 14, 2009

Pagi ini mendung..

Tapi mendung pun tak bererti hujan
Aku amat sooka cuaca ala ala sonata musim salju macam ni
Cukup membuatkan hidup aku terasa tenang..setenang² nye..
Membuatkan aku gumbira tak tentu pasal...Feel very high habess lah
Tapi jangan la hujan petang ni kerana aku ada aktiviti menyukat baju petang ini
di tengah2 KL pulak tu, faham² lah KL kalau hujan hazapp jem dia
Boleh pulak bridal kat JB tu salah jahit bagi ukuran orang lain
Nasib kain tu bukan aku yang beli, , merasa la terbang berapa ratus
atas kecuaian diaorg sendiri. Tak mungkin la badan aku naik macam setan
durjana sampai nak masuk tangan pun tak lepas?
Padahal diaorg dah measure badan aku sendiri ari tu kan..
Aku kadang menyampah dengan perangai kedai² bridal ni
Sori la kalo ada yang terasa bukan nak kutuk tak tentu pasal
Sama je dengan bridal yang kat Ipoh jugak..
Punya la tamak haloba nak amek ramai2 customer
Last2 ada je masalah yang timbul, time booking memang la janji bagai semuanya
ok semua nye ada, tapi sebenar nye nan ado!
Selagi belum tempuh hari kahwin tu nanti selagi tu la aku tak senang hati
biar kite dah bayar habis sekalipun belum tentu selamat!!
Aku penah mimpi sekali tu yang masa hari aku kawin baju aku tak siap!!
Boleh? Ngeri okeh!
Kat bridal Ipoh pun satu hal, masa aku datang nak fitting aritu, dekat baju yang
aku pakai untuk malam berinai tu ade letak nama orang lain.
I was like apakahhh??? Pastu dia telek buku dia, dia kata aku yang booked dulu so belongs to me lah baju tu.
Habis budak tu mcm mana? Nasib ko lah labuuu..
Jangan budak tu datang fitting nanti, turn out to be my name pulak kena cabut!!
Itu jam merasa hamukan berpedang samurai dari aku kan.


Nowadays ramai betul makhluk mukabumi ni nak masuk MLM lah jual benda-
benda yang konon nye very the berkhasiat berkesan tok nenek bagai kan.
Terus terang aku cakap kat sini AKU-BENCI-MLM. Aku FAHAM ramai yang nak cari pendapatan lebih untuk zaman² yang gawat dan perlukan duit yang banyak ni tapi pls lah, pls avoid lah dengan join² MLM nak mencari downline segala bagai ni. Yang banyak tipah tertipu ni adalah orang Melayu kita ni. Aku nak tanya berapa ramai benor yang kaya raya mewah atas hasil usaha berMLM ni? Tu smua dusta belaka! Aku ingat lagi masa uni time dulu ada la junior aku ni dok join ape tah MLM yang invest jual produk cari downline macam nak mampus and dia claim kat kiteorg yang dia nak pegi Australia the next month nye, then setiap hari tanpa gagal aku tengok bersepai je muka dia kat merata² tempat tak pegi² jugak! Malu ko!!


Then alkisah masa my mum jatuh sakit, ramai yang datang melawat, ye terima kasih cuma ada yang datang melawat ala ala tak ikhlas sambil introduce benda² yang sumpah-aku-rasa-nak-hempuk-kepala-sekor-sekor. Tau la boleh tipu goreng orang tua hidup². Ada jual tilam angin la, jual ubat ni la jus itu la. Kalo aku ada memang sedap aku patahkan satu² ayat diaorg “makcik yang beria ria jual ni makcik dah penah cuba ke keberkesanan ubat ni, makcik ingat makan sebungkus dah boleh terus elok ke? makcik tau ke satu persatu maksud segala ingrediants dalam benda tu? Jawab makcik jawab!!
Tapi takda la aku cakap direct macam tu kang nampak kekurang ajaran pulak kan..So dijadikan kisah mak aku pun beli la jus tu (Jus gamat ngan jus anggur if im not mistaken lah)Dia beli masa aku takda kat rumah la ofcos kena la 3ratus la mcm tu..Bila consume amek ko berpinar² lemah badan mak aku dan terus tinggi pulak diabetes even mak aku bukan penghidap diabetes pon!!
Bila tengok balik itu adalah jus anggur, yang kalo aku tak salah anggur ni kalo makan banyak dia akan convert jadi glukosa dalam badan kita, dah la memang tambah gula yang dalam jus tu itself kan..So terletak gitu je la dalam peti sejuk sampai la sekarang..buat aku bertambah bengang lah dengan orang² berMLM ni yang sebenarnye jual nak barang yang dieorg sendiri pun taktahu apekebenda dieorg jual.

Lagi satu ni pun korang leh perasan tak. Mana² kawan lama yang dari zaman tok kaduk tak penah² tanya kabar tiba² menjadi baik dan muncul kembali dalam kehidupan korang. Ha itu tak lain tak bukan la tu ada la nak introduce sesuatuh la tu..Eee.. sentipp tau sentipp..Macam Mr. Fiancee penah kena dengan housemate dia semua (hahaha padan muka korang) sampai cancel nak dating ngan aku semata-mata nak jumpe kawan lama diaorg yang beria ajak jumpa nak belanja di KLCC..aku pun ok la pasrah je la dalam hati baik benor sampai ko nak belanja 4 5 orang sekaligus sampai aku tak jadi dating..sudahnya tak sampai beberapa jam perjumpaan terus ajak aku keluar pulak..i was like what happened? Finally dia bukak cerita hanya di belanja air minumas bergas di Burger King sambil bukak catalog dan cerita salah silah nak cari downline..Haaahaha kan dah kena..

Panjangnye aku taip entry cite tah pape ni kan..Bab merepek memang serah je la kat aku..

4 comments:

newlifenewbeginning said...

yeah paham. dulu pon my ofismate beriye2 dgn uptrend siap dah labur 2k tu, dia ckp upline dia leh dpt more than 10k a month..aku ckp kat dia, i will join if i can see u dpt dat figure tp sampai laa ni tak dpt pape, die dah lama stop pon coz payah nak dpt downline huhu.

pastu sama cam HL, mmg la kalo ko jadi distributor tu banyak gak la ko dpt, yela apa taknya ko leh markup beratuih kali ganda than the harga asal.walaupun aku ni pengguna setia HL for more than a year now, tp tak terdetik pon jadi distributor, rasa cam tah too common la..boring.

pastu Xango..penah try kejap je tp skali tgk aih untungnya rm10-30 je for beginner level like me tp kene spend beratus setiap kali amik stok..last2 malas. skang jadi kuli batak kat ofis je la haha

» NAJA « said...

beb
aku tak kesah kalo depa nak juai makanan ke baju kain kerongsang ke ape..aku pun suka nak melayan nak beli smua

ni yang dok nak suruh invest duit dulu cari orang bawah makan duit komisyen ni yang hat aku meluat tahap gorila ni..

Anonymous said...

ha'ah kan nok...i br je terkena hari tu dgn mmbr lame..
tp i dh bg warning kt dia awal2.."kalau kau nk jual brg or m.l.m. or seangkatan dgn nye, aku surely kenot go"
then dia berkate.."owh..ok".
yg penting, save jgk ar duit mak utk dinner hari tuh. dia kate dia nk blanje old town kate nye. dia mmg la blanje i mkn, tp mamat tuh...bantai minom sajeh. mak dh rase sesuatu nih. tp, mak dgr jelah ape yg dia nk cube sampaikan.

» NAJA « said...

eh u ni..
kesiany kawan u minum u makan bagai
cam dalam hati dia
"alamak dah la kena la banje makan, aku minum air, pastu taknak join lak MLM aku ni.."
sian lah kawan u tu
lain kali kalo tak nak masuk tak payah la p jumpe gatey u ni