Thursday, October 24, 2013

What If?


Sungguh banyak perkataan ini muncul dalam kotak pemikiran ku sejak dari 3 minggu yang lepas 


Tidak pernah henti berlegar dalam masa sehari, pasti akan terfikir


Adakah perkataan ini akan berakhir menjelang awal tahun hadapan.
Berdoa.

Rakus

Assalammualaikum..

Seperti status FB  pagi ini - Kehidupan semakin rakus - segalanya berkisar tentang NAFSU.

Huraikan lah sendiri.

2 3 hari tidur malam daku tak lena, asyik lah cerita bunuh itu bunuh ini di negara kelahiranku.

Malam tadi kemuncaknya.

Seorang ibu, merangkap staff bank di tembak di bilik kebal oleh pengawal yg mengiringi.

Imagine lah situasi tersebut. Silakan.

Menendang2 anakanda di dalam perut ku.
Bercucuran airmata ku mengenang kejadian itu.
Rasa sedih benar meruntun2.

Terbayang itu adalah aku, tidak sempat sebarang kata ditinggalkan untuk keluarga yang pasti menanti kepulangan ku dari kerja.
Terbayang itu adalah kakak kandung ku - yang juga kakitangan sebuah bank - yang juga hari hari melakukan transaksi duit ke bilik kebal.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindungi lah kami semua dari pengakhiran sebuah kehidupan di dunia ini dengan cara yang paling baik ya Allah.

Tidur ku dapat disambung jam 4 pagi selesai berwuduk, bersolat sunat dan alunan surah Al Baqarah dari Imam Sudais. Itu saja penenang ku, kekuatan ku.

Friday, October 18, 2013

Power of Mama

Assalammualaikum...

Salam hari Jumaat yang mulia..
Pagi ni bangun banyaknya kerja rumah kena setel sebab semalam tido awal. 
Padan muka aku!
Sidai baju, kemas living hall color pencil bersepah2, dinasour bersepah2, kusyen bersepah2
Gara gara balik dari Ipoh penat kan, luggage as usual belum berbukak dan unpack pun. 

Macam mana raya haji anda semua best tak? 
Weols balik Ipoh on Ahad petang lepas Babah pulang dari kelas
Memang puas sangat hati anakanda dapat bermain dengan sepupuS kesayangan beliau semua
Mama pulak kerjanya masak makan masak makan
Menu hari raya Nasi Minyak Kari Daging + Jelatah, Mee Rebus daging semua licin habis. Happy betul opah cucuS and anakS semua menyantap dengan penuh selera sekali. 
Solat sunat Aidiladha kami buat di Masjid An Nur, dengan cemerlangnya anakanda tidur dari orang belum start solat lagi.
Alhamdullillah

Di Ipoh mama sempat pergi scan adik baby..He he he..
Jeng jeng jeng! Alhamdullillah semua nampak berjalan dengan baik sekali. 
Masuk bulan depan aku kena audit balik barang apa yg penting untuk adik baby.



So berbalik pada cerita pagi ni, sempat aku masak kweytiau goreng dan nugget ayam utk sarapan. Harini Jumaat boss pun tak ada malas sungguh aku nak makan kat luar, jadi baik bawak bekal. Alamak tiba tiba terlambat pulak punch in 9.09am. Ngee ~~~ 




Biasa lah Qhalyf time time kritikal banyak la pulak adegan yang bikin mama dia stress. Dia nak bawak semua dinasour, books + color pencil pergi nursery. Arghhh...Pulak tu shoe cabinet tu dia yang kena bukak, kalau aku bukakkan, meraung pulak cari pasal. Selipar tinggal kat dalam kereta, so pakai lah dia sepasang sport shoe. 


Mama ada download game babysit baby dan grooming cat & dog kat tablet beliau. Sekali masa pakai sprt shoe tu dia cakap..

Qhalyf: "Mama, Kalep macam dog kan..sama...!!"Tengok ni mama ! (Sambil tunjuk kaki dia pakai sport shoe)

Mama : "Erkk (dah speechless) lantas berkata..tak sama Qhalyf manusia lagi pandai dari dog, dog tu animal je (serius tak reti nak jawab apa)



Lately mmg daku bagi dia spend 1 -2 hours tiap malam hadap tablet dia, before this mmg control dan sorok sebab aku sendiri tak suka suasana yang masing masing mengadap gadget dan diam membisu dan sikit sebanyak aku takut juga reflection yang kajian sebuah Universiti tu tentang effect gadget kat anak2..Aku rasa malam adalah masa kualiti untuk kami 1 family..Even kalau Babah sibuk kat study room pun aku tak allowed Qhalyf hadap tablet sangat, main lah apa apa selain hadap tablet ni. Tu yg bersepah2 toys, buku dan color kat hall tu.


Tablet dia aku dah reset factory setting dan download segala macam apps + games kat Android yg boleh ajar dia how to jaga adik, kemas rumah mcm games Babysitter, Mom's Little Helper dan sikit Puzzle games sebab dia sangat suka puzzle . No more game race2.. Harap ni sikit sebanyak boleh naikkan semangat dia jadi Abang. InsyaAllah moga dia boleh jadi Abang yang bertanggungjawab dan ini juga persediaan aku sebab nanti tahun depan dengan izin Allah s.w.t kalau lah benar kan..aku jadi RATU untuk 3 heroes!!! Pitam bangung pitam bangun!!!! hahaha happpyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!



Friday, October 11, 2013

Shopping

Lama kan tak cerita shopping shopping
Entry bertahun tahun lepas esp. masa bujang dan dah kawin tapi belum ada anak
Manjang je makan sana sini, shopping itu ini, asal teringin je musti dapatkan. 
Sekarang pergi Tesco pun dah habis happy dah, skrg lagipun priority semua untuk anak, lepas ni untuk anak anak pulak kan .
Biasa la perasaan sorang mak mak pun mmg normal la gini kan.
Biarlah ada setahun dua je lagi, lepas ni kalau Babah dah naik bendera hijau suruh mama hantar surat resign suruh duduk rumah saje + babah masukkan mama gaji tiap bulan, time tu anak anak semua mama post ke sekolah, mama boleh la dengan kembang kuncup hatinya berjimba jimba. Anak anak jangan jeles. :p

Ni baru office dekat industrial area, pun kalau dah mmg kaki shopping tak boleh nak cakap apa.
Kalau dulu memang bertahun sakan la sebelah office sekangkang kera shopping mall, Midvalley Megamall dan Sunway Pyramid, pantang tunggu waktu rehat ada je lawatan ziarahnya, sekarang ni pun kerja kat kawasan kilang pun pantang tengok jugak, pantang waktu rehat jugak, pantang ada banner warehouse sales, pantang ada jumpa kilang best, laju aje menonong pergi kan, sanggup makan kenyang2 waktu pagi supaya satu jam rehat lunch tu boleh buat lawatan ziarah :p, pastu balik office termengah2 kejar punch card. 

Tadi masa jalan kaki nak pergi lunch dekat Teh Tarik Centre yang selang beberapa lorong dgn kilang aku, aku memang asal lalu terdetik one day nak singgah 1 kilang ni. Aku nampak bersusun tin biskut yg besar kaler silver tin tu kan.  Biskut!! Anak dan suami ku kan hantu biskut, nak nak si Qhalyf hadoihaiii...selagi tak habis biskut kat dapur tu, selagi tu hati dia tak senang kot. So tadi Kak Min tak join sekali sebab dia dah bawak bekal, aku dengan THS, THS ni nama je jantan, tapi ala ala patah seribu gitu, tapi terer ko bab mechanical ha ha ha dah dekat 20 tahun dia kerja kat kilang ni. Bab kepochi bergosip no. 1 , kadang2 aku yg wanita tulen ni pun naik lemas hokey!

Berjalan lenggang kangkung potpetpotpet gossip pasal bosses, sambil aku point kat dia "lepas makan kite pergi kilang ni nak? mcm best saja tu" dia pun laju ajer ok kan. Sungguh gayah ok! Ha ha ha ..Chinese kan suka makan laju laju, sampai tak senang aku nak makan tau dia dah makan habis tunggu aku makan, paksa aku cepat2 suruh aku kaut kat sudu tu nasik bebanyak sket, tak kuasa aku nak melayan.

Dah sampai kat kilang biskut tu masing2 rambang mata, dia tinggal dengan adik dia je kat rumah, sebelah rumah dia rumah kakak dia, so ada la anak2 sedara juga, dia suka melayan diaorg so dia pun terkinja nak beli sama. Dia call adik dia, sebab adik dia suka yang chocolate wafer tu selalu beli sekilo RM12, tapi dekat situ dia jual 4kilo utk 1 tin RM33 maka jatuh RM8.25 sekilo. Dah untung RM3.75 kan. Tapi dia charge RM10 untuk tin, tapi if kita dah habis makan, tin tu kita pulang balik dekat kilang dia, dia akan return RM10 balik. Aku beli yg mcm biskut kapit tu. Ermmm sedapnya. Lepas balik ofis, Kak Min pulak bersemangat so nanti masing2 beli lagi lain sorang 1 tin dan tukar tukar. Jimat bukan.

Biskut dia sedap sgt, rasa sangat fresh, tapi dikilangkan di Pontian, dia mcm distributor gitu kot. Aku dah google biskut tu ada HALAL Cert, ada HACCP segala. 
Ni la rupa tin biskutnya...
Banyak sungguh nak habiskan, so memang berbaloi untuk keluarga besar dan suka biskut, kalau mcm kami yg tak ramai ni tukar2 la kan. So tak la jemu nak habiskan.

Monday, October 7, 2013

Tenaga Lemon

Monday Blues kan...kerja pun banyak pending dari last week, so saya memerlukan tenaga luarbiasa minggu ni since boss  mood swing bambu semua orang tak sudah sudah since last week. 

Harini no heavy breakfast intake takut ngantuk tak boleh fokus, minum milo, roti 2 keping dan makan fruits, stock fruits kat rumah habis jadi kena singgah GBBS (gerai buah buahan segar) beli fruits lantas mencapai sebijik lemon untuk boost kan energy dan refreshment sebab banyak info tentang lemon ni semua menyegarkan. Masuk saja ofis saya terus on surah Al Baqarah bagi ofis ni aman damai sikit. InsyaAllah. As at this hour big boss nampak cool dan tentative factory visit juga nampak smooth. Syukur ya Allah. Berkesan terapi Al Quran, kalau tak sangat disaster Monday morning kami semua.


Lemon, watermelon,  guava,  papaya

Saya sangat suka lemon, essence lemon, rasa lemon semua suka. Google saja tentang advantagesnya pasti membuatkan anda rasa segar tiba tiba. Cubalah!

Antara manfaatnya yang saya ter come across di personal blog dan medical website dapat dirumuskan sepert berikuti:-
  1. Bermanfaat membunuh sel kanser
  2. Lemon balm atasi gangguan tidur 
  3. Meluruskan rambut
  4. Atasi sakit gigi dan segarkan bau mulut serta kesihatan gusi
  5. Menghilangkan bekas cacar air
  6. Mengatasi kulit ketiak hitam
  7. Menghilang kan mual morning sickness kehamilan (Kisah benar ini turut diceritakan oleh jiran saya weekend lepas di tepi swimming pool masa tunggu anak mandi, dia bantu jiran sebelahnya yang sebulan x bangun pergi kerja akibat morning sickness dan hampir2 di buang kerja, lepas je dia bancuh ice lemon tea, jiran tersebut terus rasa segar siap boleh pergi pasar malam hehehe)
dan baaaaaaanyak lagi yang ada dan pasti ada sedikit keburukan sebab dia nya kategori acidic kan...jadi awas juga kalau perut kosong ke gastric berhati2 don drink too much ok!


Beberapa hirisan lemon dimasukkan dalam air kosong saya! Yeahh

Friday, October 4, 2013

Banyaknyaaaaaa



Banyak nya makanan atas meja kita hari hari. 

Cuma harini takde fruits je malas nak potong. boleh?
Hari2 kena ada benda nak dimakan sambil buat keje, actually lebih kepada nak kunyah je kan

Macam harini dalam container tupperware tu ada roti salut kaya dan buttter, Chocolate Nips tu KakMin kasik, dalam plastik tu ada samosa dan ubi goreng, bekas air belakang tu air beli GCB Mcdonalds masa lunch tadi, air bergas yg terlarang tu yg sedap kena la kita campur dgn air masak banyak2, air masak kena bawak dalam bekas tu hari2 kena minum habis. Tu belum masuk gula gula Nano Nano dan Hacks Lemon dalam drawer. Kalau ada visitor tengok cubicle kita ni mesti dia tak toleh kat kita 3 4 kali..mesti dia kata ala sinonim la dengan badan kan hihihihi..

Nasib baik la MGTT haritu ok...nanti sampai rumah dah kenyang, malam kenyang tapi kena masak jugak untuk lagi 2 orang hero tu. Kadang kadang sakit plak hati kita, hari yg kita bersemangat nak masak diaorng buat muka nohey je tak lapar la takde mood nak makan la, time hari yg kita malas nak masak sorang2 buat muka lapar, muka tak cukup makan habis selongkar tin biskut, peti sejuk semua lapar bebenar..Sama je 2 2 tu ...eeee geram sungguh.

Friday, September 27, 2013

Synchronizing

Wahai synchronizing matters kenapakah dikau wujud dalam alam pekerjaan ku
i donch like u from the day i need to know 'bout you!
i is tak suka pahe dok mu nih..
Kenapalah engkau wujud...
Sekian lama aku peram dari bulan August sampai nak hujung September tak siap2 lagi draftnya
Ada je benda add on take out bagai
Eee tak suka okeh dah nak masuk 6 tahun tak sukaaaaaaaaaa kamu synchronizing manual dan auto
Sungguh mencabar kesabaran ku....sabar sabar ..




Thursday, September 26, 2013

National - Proud to be MALAYSIAN!!

All Malaysians Know This

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:
Ajinomoto

NATIONAL INSTANT FOOD :
Maggi Mee

NATIONAL BREAKFAST :
Nasi Lemak

NATIONAL LUNCH :
Nasi Ayam

NATIONAL SUPPER :
Roti Canai & Teh Tarik

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE:
Traffic Jam

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION :
Pineapple

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
Food Poisoning

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
Menstrual Pain

NATIONAL CURE FOR DIARRHOEA :
Pil Chi-Kit Teck Aun

NATIONAL CURE FOR HEADACHES:
Panadol.

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.


NATIONAL REASON FOR PETROL INCREASE
Still cheaper than other country

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
The sight of a police road block.

NATIONAL RICE COOKER :
NATIONAL Rice Cooker

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere, as long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour.

NATIONAL ANSWER FOR 'WHERE ARE YOU?'
on the way.

NATIONAL OFFICIAL TIME FOR BEING LATE
-10 minutes

NATIONAL REASON FOR PRICE INCREASE
Petrol naik

NATIONAL EXCUSE FOR CAUSING TRAFFIC JAM:
There was accident on the other side of the road

NATIONAL REASON WHEN REJECTING INVITATION :
'I got some work to do..u all go first'

NATIONAL REASON FOR COLLAPSED BUILDINGS & LEAKY PARLIAMENT ROOFS:
An act of God.

NATIONAL EXCUSE FOR IRRESPONSIBLE POLITICAL STATEMENTS:
None. We were misquoted.

NATIONAL EXCUSE FOR JUMPING QUEUE:
everybody jumping so what!

NATIONAL EXCUSE NOT PAYING SAMAN ACCORDING TO DUE DATE:
government will give discount one of these days

NATIONAL EXCUSE TO BRIBE:
Duit kopi-lah

Monday, September 23, 2013

Chilling Time

Assalammualaikum...

Salam hari Isnin
Monday blues?
Sudah semesti nya...daku pun juga ada terasanya lite lite
tapi sejak pengambilan Shaklee ni ditambah pulak dah 3 malam tidur ber alas kan "Simmons"
rasa segar sikit ketiduranku
Tidak lagi sakit2 esp. tang bahu or urat belikat

Weekend baru je lepas, rumah tak juga habis kemas
Gini lah resam nya berpindah kan
Kalau dulu dari bujang pindah ke rumah kelamin sesudah kawin, 2 3 minggu siap lah
Sekarang...nah! berkotak2 baju2 dari umur baby ke umur kanak2 ke permainan baby ke permainan kanak2
nak di letgo sayang sekali kerana tak lama lagi ada pertambahan ummah lah katakan
Tu belum kira pinggan mangkuk, kain baju suami isteri,
Dah diperuntukkan 3 beranak sorang 1 almari 3 pintu pun masih seteres memikirkan mana nak letak

Oleh tu marilah kita escape pikir pasal kemas rumah ni sekejap
Qhalyf jugak nampak rimas dan bosan dah berminggu2 takde tempat di melampiaskan rasa bebas bermain puas2
Kebetulan kelas Babah minggu ni start pukul 11am, kalau Ahad selalu start jam 8am, tak koser mak nak sesudah subuh hari Ahad nak bersiap2 kan.

Ligat lah kepala mak memikirkan mana nak berlibur, mula2 terpikir nak ke Petrosains sebab dekat je dengan kelas Babah, tapi tak kuasa pulak kang masuk shopping mall tengah2 bulan ni bukan boleh mak & anak meraban nak itu ini kan
So baik kita pergi tempat yang kurang risiko meraban - Pusat Sains Negara Bukit Kiara
Consider dekat jugak dengan rumah weols kan, takde la Babahnya bising nanti nak kena pusing jauh.

Maka sebelum jam 10am dah terpacak kat situ orang pun tak berapa nak ramai..yg ada meramaikan pun rombongan sekolah bebudak tadika.

Qhalyf really enjoy the whole trip. Mula2 main masuk kat dalam (indoor) jam hampir pukul 12,  hari pun redup bawak dia turun ke waterpark, being Qhalyf dia memang tak berapa enjoy pool luar selain pool kat rumah, rimas ke takut ke apa tak tau..Kalau pool dekat rumah dia la hero naik malas nak bawak turun pergi pool, biar lah sampai rasa tak berbaloi bayar maintenance fee beratus sebulan, sebab jenis tak reti nak naik kalau dapat swimming. Sudahnya dia lebih suka main rumah barbie doll yg besar tu...haiyakkk...bahaya...

Waktu lunch, makan di cafe..lazat nya nasik ayam, teh ais dan choc cake di situ. Solat Zohor dan sambung main indoor lagi..Tiket Rm6 adalah berbaloi2 keluar masuk lah sampai kejung...Umur Qhalyf tak kena tiket pun . FOC.

Dia sangat enjoy benda/ games yang remeh2 bukan yang hard physical movement punya task. Lama dah aku perasan benda ni dekat dia. Macam dia adalah Raja Puzzle, permainan susun semua dia suka, tapi kalau suruh dia main lompat2 kerusi ke yang kasar2 dia adalah donch like.

Kesimpulannya ... ok ok je la Pusat Sains ni...compared masa my last visit tahun 2008 now dah 2013 ada laa sikit improvement, memang govt. buat tempat ni bukan untuk kaut untung..kalau tak masakan tiket nya harga cuma Rm6 kan utk dewasa kanak2 Rm3 sahaja. Mungkin next 5 years mama kembali lagi bersama versi anak anak mungkin 2 anak mungkin 3 anak ha ha ha..Tunggu....Yang penting time tu mak dah tak kuasa sorang2 jadi entertainer anak2 during weekend...Babah jgn escape!! Hahaha


Ni la waterpark dia
 
Jalan turun dari atas

Ni la rumah Barbie Doll yang dia berkenan benar...asyik Assalammualaikum aje tak sudah sudah, Tutup bukak pintu tingkap..Aduhaii


Sanggup dia menung tengok orang berenang, Penat mama bawak baju. Takat celup kaki je, Spegeti bolognese mak bawak pun makan lite lite. Heh.

Ha ni lagi satu mulut bising kagum tak sudah2. Part ni boleh geng dengan Babah, Masa Babah datang jemput pun dia tarik pergi tengok ikan juga. 

Bajet macam stereng kereta

Inilah game yang dia sangat sangat suka, Sampai dia ajer yang main orang lain tengok aje. Penat nak cakap share share dia tak mau..Macam dia pulak sukarelawan kat situ orang datang dia tunjuk cara bermain. Masuk bola ikut lubang 'IN' tu,, lepas tu bola akan keluar ikut mana tingkap yang terbukak sebab dalam tu ada tekanan angin. 

Kids below 4years old area



Thomas ni pakai tayar petak,, bagai nak terberanak mak tolong tolak batang besi tu hokey 

Ni lagi satu dia like like...berjaya pulak dia angkat 2 biji bola guna robot tu. Mengantuk mak tunggu.

Sentiasa jakun dengan gagang talipon rumah, Kalau balik rumah nenek, suka benar main talipon
Ayat cliche dia "aloo boss ada mana??" biasa la ayat kopipes dari Abahnya kan hahaha
Benda benda remeh gini, puzzle,, susun2 dia memang lah amat suka
 
Susun laa.. sampai mak bersila la kat lantai jenuh menunggu



Friday, September 13, 2013

Psychology seorang Mama

Assalammualaikum....


Kanak kanak sorang ni sekarang full swing mood dia, sejak2 nak jadi abang ni kan.
Kejut tidur kena molek2, cakap kena pelan2 dan terang supaya dia faham, kena puji, kena saiko saiko,  tak kurang jugak ada ketika kena angkat rotan bapp! sikit kat buku lali.

Sekarang minat dia dah terpecah dua, kalau dulu asyik la dengan segala jenis transportation, sekarang ROBOT dah jadi option lagi 1. Sama ada Bumblebee atau Ultraman.

"Mama jom kita main lawan lawan, Kalish jadi Ultraman Kalish Mebius, mama jadi Ultraman Mama" aduhaii anak, yang kamu rembat dulu ialah tang perut a.k.a adik...syian adik cry cry inside.

 Nak dijadikan citer, pagi masa nak pergi school, berlari atas jalan masa nak ke parking kereta, sekali dia jatuh, melalak x hingat donia. Dalam menangis, sendiri cakap "Kalish degil tak dengar cakap Mama". Haa tau xpe!

Mama memang tak suuuuuka bawak kereta sambil kamu menangis. Tak boleh fokus. Jadi dalam pada kamu dok nangis2 tu, Mama kata "Kamu ni nangis nangis kenapanye? Kata ultraman, ada pernah ke dengar raksaksa lawan ultraman, ultraman kena fire, kena tumbuk semua, lepas tu dia cedera ke dia jatuh ke, ada ke dengar Ultraman tu nangis? ada? takde kan...Ultraman tu siap bangun jadi kuat lawan balik pastu menang" Terus beliau stop nangis kesat airmata okeh. Ha ha ha nasib la anak ... dapat mak saiko macam ni. Kadang2 Babah cukup marah Mama suka saiko anak. Niat Mama bukan apa Mama tak suka pukul2 jerit2 ni. Rumah dah la apartment, kalau rumah atas pokok ke, banglo 6 hektar ke takpe la mama jerit2 kan takde orang dengar...So sekali sekali kena la saiko...

Kalau degil sangat ada 2 3 kali memang Mama saiko ayat lebih kurang gini:-
Ini cuma applicable bila dia tak obey apa apa or terlampau aktif..
"Qhalyf ni selalu tak patuh cakap Mama, Qhalyf dah tak sayang Mama dan Babah? Dah tak suke? Qhalyf tak kesian kat kami? nanti kalau kami takde...dengan sapa Qhalyf nak tinggal lagi? Nak tido dengan sapa? Sorang2? Nanti orang lain semua bye bye Mama Babah diaorng, kalau Mama & Babah yang Qhalyf tak sayang ni takde Qhalyf nak bye bye sapa, nak kiss kiss sapa?"

Haa tak payah tunggu lama....sebut je ayat2 tu dengan soft, gentle & tender ala ala berlatarbelakang lagu tema cerita Pondok Buruk...x sampai seminit dah cebik, tak sampai 5 minit meraung datang peluk..Hahaha..Kena pulak ada effect dari Mama sendiri so cepat sikit dari timing tu, Mama kena buat air mata bergenang sikit...Kompom jalan! Hahaha Mama kau memang ratu drama swasta hahahahaha...

Eh tapi kalau Qhalyf dah besar terbaca ni nanti, niat Mama bukan nak provoke perasaan Qhalyf, niat Mama supaya Qhalyf lebih dengar cakap, fokus apa Mama cakap dan belajar hargai Mama & Babah. Ingat sampai bila2 syurga Qhalyf ada pada Mama. Selagi hayat Mama ada, doa Mama sentiasa untuk Qhalyf. sebab Mama pernah terbaca salah satu nikmat hidup yang kita hilang bila ibu kita meninggal...ialah DOA SEORANG IBU...Wallahualam...

Makan & Malas

Assalammualaikum
Salam hari Jumaat yang penuh barakah

Sudah sarapan?
Pastinya sudah kan terutama orang yang masuk kerja waktu pagi kan
Kalau x macam takde energy

Sungguh bosan breakfast nasik lemak sekitar sini
Laksam, soto, lontong, mee/meehon/kweytiau goreng semua jemu
Haihh tak tau nak makan apa


Tapi sebagai membawa 1 lagi nyawa, food intake kena konsisten kan, walau sungguh ku malas.
Eh bukan x bawak nyawa satu lagi pun konsisten ke bab makan .. ha ha ha
Kadang2 memang tak makan pun yang berat2 tu, sebab tak tau nak makan apa.
Tapi disebabkan kali ni pregnancy adalah cabaran nya ialah sentiasa bermalas malasan
Malas 24 jam. 
Even nak makan ubat supplement pun bermalasan
Tapi fruits tetap menjadi santapan dan bekalan wajib
Kalau x sempat bekal, lunch hour mesti beli buah potong
Tapi buah potong makk hiyeckkss sikits kadang2 mcm yg dah tak segar
Jadi rutin ke pasar malam setiap Khamis petang memborong fruits adalah wajib
Berbondong2 sampai kebas tangan, sampai rumah mesti stress hahaha
Pasar malam much more murah buahnya dan semua buah ada, siap boleh rasa2, tak sedap tak payah beli.
Kecuali untuk buah kiwi beli di Tesco tapi selalu dapat yang masam.
Kalau dekat MBG dan Aeon buahnya agak pricey so kita 'X' kan ajer yang memahal ni.

Pregnancy kali ni x banyak beza juga, masih aktif, bab makan pun x cerewet
cuma tak berdisplin, benda terlarang tu la yg nak dijamah. Not good!

Masa Abang dulu mesti makan ikan, sayur hijau esp. bayam, susu, menu wajib konon2 nak khasiat terbaik lah kan, tapi memang kot, berkat jaga pemakanan, supplement, aktif, bersyukur sangat Abang takde sakit, even demam batuk selsema pun saaaaaaaaaangat jarang, ruam ke apa semua tak ada. Sampai naik menyampah nak stock up ubat, sebab kadang macam dah x elok ubat tu.
Since makk pun kena kawal nafsu takut terdedah risiko kencing manis darah tinggi segala, so tak nak lah ikut nafsu sangat. Hasilnya Abang memang memilih makan. Padan muka makk!! 


Ok lah mula la insaf nak berdisplin masa mengandung. Dah beli Shaklee supplement, nak makan gred A fish selalu dan sayur bayam (ada orang kata petua anak putih makan bayam - Abang putih ke tidak?). Istiqomah la makk oitt...jangan malas malas..



Harini makk bawak bekal mangga mak Tok dan buah delima. Syukur alhamdullillah.

Monday, September 9, 2013

Ketawa dalam Tidur

Assalammualaikum...

Pernah tak kamu semua ketawa separa sedara dalam tidur
Rasa macam geli hati sangat, ketawa2 tapi mata x terbukak.

Tapi kes ni jadi aku sedar tak sedar je, sedar tapi mcm x terbukak mata
Pukul 4pagi si QQ mahu puting/ pacifier, bising2 utin aner utin aner
Dah tak heran sangat pasal puting masa tidur tapi kadang tercari juga
So puting tu mmg ada atas katil tu juga tah mana2 tercampak
Biasa la dia time tidur memang berputar mcm kipas helikopter

So dalam mata yang sangat mengantuk tak terbukak mata aku menggagau gagau
Oh jumpa dah...so aku menggagau pulak muka dia....nak sumbatkan puting dalam mulut dia
Ok jumpa dah mulut dia , aku sumbat2 mcm x masuk, pastu aku biar la dia handle sendiri,  x koser dah kan

Sekali dia melalak, mamaaaaaa ini bukan lah

Sekali aku tengok betul betul dengan sikit cahaya lampu dr luar tu, aku tengok yang aku sumbat kat dia ialah :-







Hahaha tapi versi dah terbelah dua, yoyo upin ipin beli air Nutrigen dia dapat free gift.  
Haa padan muka mainan dah la tak reti jaga bersepah2 pulak tu
Memang tak hairan lah kalau tidur malam kami suami isteri umpama tidur dalam bilik penuh mainan atas katil mcm citer Toy Story tu. Malam2 terjerit sakit sebab tidur tertindih lori pasir ke, terhimpit bas sekolah tercabut tayar ke...Hadoii laa

Dah ternampak aku sumbat dia yoyo tu memang rasa geli hati sangat sangat, ngekek2 aku gelak tanpa bukak mata, sampai dia sendiri pun dalam nangis2 tu bantai gelak.
Rasakan!

Wednesday, September 4, 2013

Maxis HOME vs TM Unifi vs Maxis Fibre

PAKEJSEKARANG
Sekarang punya pakai pakej astro biasa (discovery/  cartoon/ dengan apahtah) > RM59.50
maxis HOME internet 5mb siang (lepas pukul 12malam 5mb + 5mb) > RM99.00
phone call to semua line percuma 200minit
total : RM158.50

UNIFI
internet 5mb
phone call fixed line free
hyppTV yang channel kurang dari 10 channel
total: RM149

MAXIS FIBRE
Dia baru call tadi mcm tau tau aku nak katup service dia
internet 10mb + unlimited download  + free phone call certain minutes  > RM148
astro menten pakej lama tapi bill dikurangkan jadi > RM54.50
total: RM 202.50

Rumah daku Maxis, Unifi , Celcom, Umobile semua full bar, kecuali Digi..
Jadi sila crack kepala memikir.
Anak hari hari mintak "nak utup mama nak utup (youtube)"
yang di tengok nya commercial & manual operation pasang2 toys or Kinder Bueno adv.
Tu belum Babahnya tiap malam download Naruto Shipudden
Mama? Sian mama tengok FB, whatsapp, dengan google resepi je :-(

Tuesday, September 3, 2013

Rumah Subsale - Rumah Second Hand - Episod Permulaan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullillah syukur pada Allah yang sentiasa membantuku.
Finally kami sefamily dah dapat kunci rumah dan weekend lepas dari Jumaat malam bawak ke hari Isnin adalah proses pemindahan barang dan officially semalam kami dah tidur di rumah milik sendiri malam tadi.


Rezeki kami Allah takdir kan buat masa ini hanya sebanyak ini, dan ini saja yang dalam ukuran kemampuan kami suami isteri. Hajat di hati mahu yang lebih besar, lebih selesa tapi hanya ini dalam jangkaun kami, maka mari bersyukur. Bermula dengan tragedi tuan rumah bertukar tangan dan tuan rumah baru decide untuk naikkan sewa bersama T&C baru dan renewal contract adalah yearly basis di mana kadar sewaan akan dinaikkan setiap tahun bergantung kepada market. Kejam bukan?

Boleh teringat masa hari terima call dari tuan rumah baru selain pemberitahuan tuan rumah telah bertukar, beliau juga mohon untuk sedia kan amount baru untuk kadar deposit baru mencecah hampir RM3000 (Security Depo 2+1, Utilities Depo, Charge Mati Setem, Agreement Fees  etc etc), malam itu juga kami anak beranak pusing merata kawasan cari rumah untuk disewa, konon nak mencari yang lebih murah, tetapi hampa. Tidak ada sewa yang kurang dari RM800 mengikut spesifikasi yang kami mahu! Tatkala itu suami tengah berperang untuk final exam, dan sungguh buruk kesan sedihnya sampai terkesan kepada pembelajaran beliau sampai gagal 1 subjek. Sedih sangat agaknya. Perasan sedih ni terbuai, mungkin kerana kami sudah ada anak, dan rasa hampa, sedih, kecewa, semua ada. Dalam fikiran asyik mengulang fikir kalau amount sewa naik berganda mcm tu macam mana nak pusing perbelanjaan bulanan? Gaji naik bukan banyak mana.

Sebenarnya perancangan untuk pemilikan rumah sendiri telah kami dah bincang awal2 lagi yakni tunggu beliau tamat belajar, beliau belajar atas tajaan syarikat, sekiranya selepas berjaya tamat dan bergraduasi, hitam putih telah tertulis ganjarannya, maka kami tidak la terlintas untuk membeli rumah dalam masa terdekat. Tetapi peristiwa ini kesannya sungguh mendalam, sampai both parents kami tahu, dan kami didesak untuk terus beli rumah, tak perlu menyewa lagi. Dari situ lah bermulanya kisah kami tukar perancangan.

Last minit decision maka semua keputusan kena buat secara pantas, dan pemikiran kena kritis. Umpama ambil kertas pasir dan sagat otak masing masing supaya bekerja dengan pantas. Masa tu hanya Allah saja yang tahu, dengan anak yang mula buat ragam sebab Mama Babah nya tengah serabut, dia jadi attention seeker. Kami tetap memilih lokasi yang sama dan kawasan sekitar kerana dah biasa dengan kawasan ini dan tak jauh dari pusat bandaraya KL dan mudah ke kawasan Petaling Jaya. Kami tetap memilih bahawa biar aku yang yang kerja berhampiran dengan rumah senang untuk kebajikan suami dan anak anak kelak, suami tak pe jauh sikit. Lokasi ini juga strategik kerana site kerja suami di tengah bandar KL dan seminggu sekali kena balik ke ofis di Petaling Jaya. Maka akses menggunakan Jalan Kuching, MRR2, LDP dan PLUS semua mudah  dari sini.


Jenuh berpusing, dari Sri Damansara ke Kepong ke Selayang, Segambut, Gombak, Jalan Ipoh semua kami jelajah. Namakan saja website jualan hartanah atau pertanyaan melalui orang perseorangan semua kami (terutama aku lah) terjah. Memang penuh jadual dengan temujanji agent hartanah siang malam usung anak pergi tengok rumah. Macam macam pengalaman, ada rumah cantik tapi macam angker, ada rumah yang gah dari luar tapi dalam bangunan macam BANUN (tempat pelupusan sampah), ada yang rosak teruk, ada yang hampir nak bagi deposit pun last2 tak jadi sebab both parent pangkah X (tak bersetuju). Semua gambar rumah kami ambil dan email pada both parents untuk keputusan bersama.

Dan akhirnya rezeki. Ya pembelian rumah juga jatuh kategori rezeki besar kan, umpama melahirkan bayi, dapat kenaikan pangkat, dapat bertemu jodoh, rumah juga umpama rezeki besar untuk kami. Kami berhubung dengan tuan rumah sebelah rumah sewa kami. Saja bertanya kan mereka, kerana rumah itu jarang didiami sesiapa, kadang kala saja ada orang. Rumah tu dimiliki oleh seorang doktor. Beliau membeli rumah tersebut untuk didiami sementara waktu (transit) untuk anak2 yang pulang dari oversea, ya anak anak nya yang beberapa orang itu semua nya doktor termasuk menantunya pun doktor. Masa aku mula2 pindah rumah sewa tu aku sangat pelik kerja apa mereka ni seminggu sekali dua saja nampak muka selebihnya rumah gelap tidak berpenghuni, lepas beramah mesra baru lah ku tahu, kehidupan seorang doktor lagi lagi yang sedang praktikal - Houseman - kan banyak masa duduk di hospital. Baru faham. Keputusan dah dibuat all parties setuju dan bermula la proses membeli rumah - sebuah apartment kelas A bawah jajahan Majlis Perbandaran Selayang - Selangor, tapi berposkodkan Kuala Lumpur. Ya ini sempadan Kuala Lumpur - Selangor. Yang memisahkan kawasan KL Selangor hanyalah jalan keretapi/ komuter KTM. Sempadan juga dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya - DBKL - hah complicated bukan! Jangan pening2 senang nak cari guna GPS.

Procedure berikutnya akan ku kongsikan episod seterusnya. Aku telah melalui proses meng google procedure dan ramai juga yang share dan berguna untuk aku, jadi aku juga ingin berkongsi. Seperti juga entry entry berguna yang lain yang hot dalam statistik blog aku walau thread tu dah berzaman aku buat. Tunggu ye sambungannya ok. Terima kasih.

Tuesday, August 27, 2013

Teringat


Tatkala dok berwhatsapp dengan siblings, my brother tanya "Jaja,sila bagi aku senarai barang baby"
Adik ipar due bulan 11 ke bulan 12 entah so dah tiba masa derang nak shopping kot
1st timer lah katakan, gigih aku google balik check list..maklum lah dah lama tinggalkan arena bayi ni..dah 3 tahun lebih.

Tiba tiba rasa geli hati, teringat terimbau kenangan masa dalam pantang dan pengalaman menjaga anak sendiri di rumah sendiri tanpa ada pantauan orang2 tua yang jauh di hometown.

Anakku Qhalyf R. memang jenis kuat nangis dan volume maksimum punya. Dari dia keluar dari labour room, tak masuk pun lagi dalam katil baby tepi kita tu kan, dia macam atas troli tu lagi dia dah melalak2...check2 tengok dia berak. Ha ha ha punya la kuat nangis ingatkan kena cubit ke apa..

So masa dalam pantang, kat rumah mak, memang 1 rumah berjaga sebab dia nangis nangis nangis punya la kuat...Aku rasa sangat restless, sangat down semua ada...Ngeri nak ingat balik, tapi since bukak citer ni mmg teringat terus. Since mak pun tak berapa sihat, nak susahkan abah sangat pun tak best la kan, walau abah tetap tolong dodoikan dia dalam buai sampai subuh **oh cry** sampai terbukak la jahitan czer aku. kena pergi refer ke klinik wanita pulak. Mak hanya mampu bangun dan tengok yelah nak pangku cucu mana la beliau larat kan. Sedihnya.

Sampai umur dia masuk 2 tahun baru dia lega menangis sikit, kurang dalam 50% gitu, tapi still bangun malam juga 3 4 kali nak susu, sampai umur dia masuk 3 tahun dah pandai dan faham cakap baru la tak bangun malam, kalau dia bangun mintak susu aku cakap "tidor balik, subuh nanti baru mama buat" hahahaha kejam tak aku??

Gelihati teringat kisah kami suami isteri yang jauh dari parents or siblings ni, time anak menangis, sorang jadi tok bomoh sorang jadi tukang sarkis semua ada, full swing! memang jenuh sampai bertekak kami sesama sendiri sebab restless semua, alhamdullillah dah tau punca dia apa maka baru kami tau cara cara nak handle situasi tu.

Harap adik baby nanti mama & babah dah bersedia dan kalau boleh tak mahu kejadian yg sama berulang lagi..dan pengalaman yang lepas juga membuatkan mama decide no more pantang @ hometown (sebenornya alasan tepat : babah! jangan curik tulang!!).
Alasan berlapiknya cakap lah "alaaa si Qhalyf ni mana boleh jauh dengan babah dia" ni ayat cover line dengan orang la bila orang tanya nape tak pantang kat rumah mak @ mil :p

Mama juga tak boleh handle perasaan teringat Babah ohoiii laa....kita bukan jenis kerja yang outstation ... kita mmg lambat or cepat sehari mesti bersua muka, ni ko suruh aku 60 hari tak tengok muka haa merana tak?? Kalau dulu masa Qhalyf tahan lagi masa tu babah tak start belajar kan.boleh weken je balik tengok anak bini dalam pantang..Ini tiap minggu ada kelas mana masa dia nak balik tengok mama dan anak anak...Phewwww....kumpul je la duit ye cari sorang daily basis confinement lady :p

Tengok punya kuat meraung sampai berkerut dahi bertukar kaler. Harap kamu be good dan berjaya dunia akhirat ye abang!

Monday, August 26, 2013

Cium Rapat Rapat

Budak budak bawah (teknikal) whatsapp aku
"Rapat gila ciuman ko!"
Hahaha sungguh menggeletis ayat itu ok!

Benci taww dengan Uncle Rambo - Uncle Rambo ni pekerja am abang pada boss aku,
dia memang bermastautin di sini, dan pagi2 dia akan keluarkan semua company car, park sekitar ofis. Memang parking space very limited kat sini, sebab kilang tentu ramai pekerja kan, tu belum kira ada pelawat datang untuk factory visit ke, lori2 kilang gas kat sini, lori2 ais batu, memang stress dan menyumpah2 kalau dtg lewat sikit pagi2.

So pagi tadi memang terlewat. 1 minit je pun, gara2 si anak menangis2 (ohh anak kenapa suka nangis crancky2 time mama nak keluar rumah pergi kerja????) Dia menangis sebab babahnya amek phone nak pergi kerja sebab dia tengah sedap layan upin ipin episod kembara kecil kecilan (tersangat suka dia episod ni), lepas dia tengok aku bersiap pakai baju kemeja nak pergi kerja dia menangis suruh aku pakai baju tidor!! kahkahkahhhh nak marah terus rasa nak gelak. Time aku pakai baju nakpergi jalan takde pulak dia suruh salin baju tidur..Gerammnyaaa!!

Ok so bila sampai area ofis parking memang dah penuh la kan, so kena parking block van ofis. Di simpang jalan pulak tu, tawakal je la jgn ada lori kontena tibai kereta aku, sebab parking mcm bontot terkeluar sikit, memang kena rapat habis dengan depan. Uncle Rambo tak mau parking depan or dalam sikit, gerammmnyaaa.....

Ni la hasil dia:-

Rapat ke tak?

Kaison

Assalammualaikum...
Jam dah 9.46pagi...
Kerja urgent ada 2 file belum sentuh
Masih ambek feel nak panaskan engine
Harap pihak2 berkenaan tak call follow up lagi ..Hee :-)

Semalam pergi open house rumah Yati kawan masa kerja di TMNet dulu2 kala..
Dari awal pagi dah bangun sebab tuan besar takde kuliah, so mmg plan nak start kemas rumah dari 1 bilik ke 1 bilik..dan bilik yg penuh dengan barang yang nak dibuang dikemas barang kecik2 dan rumit tentu lah bilik belajar. Start dari lepas subuh membawak ke jam 2.30 petang..Semua file2 yang disimpan bill dan resit nak shred takde mesin maka guna tangan dan gunting. Bukak katil, nota zaman belajar, buku2 belajar ohh sungguh sayang buku2 itu semua nak kena let go, buku suami saja kena on hold dulu takut nanti masa buat projek final beliau nak refer balik kan. Hazabnya..Selingan masak sarapan kweytiau goreng, anak berak, anak nak itu nak ini, mmg macam ribut taufan lah rumah. Ohh sungguh otak dan mata ku tak boleh hadam semua kesepahan ini.  Serius sehingga bangun pagi tadi pun sampai aku duduk kat sofa merenung sekitar rumah. Help! Help!

Panjangnya mukadimah! Haahaha..Ok lepas rehat sebentar jam dah pukul 4petang rasa malas sungguh nak keluar dengan hujan renyai2. Memandangkan ada jemputan kesian pulak Yati lama dah tak jumpa, maka bersiap la kami. Kenyang sungguh dan super hebat lah Yati masak semua hidangan termasuk lemang! bersama perutnya yang dah 7 bulan pregnant yang ke tiga! Alhamdullillah..Memang masuk je rumah beliau, masa nak salam masing2 tengok perut masing2 dan gelak..Sue Mommy Cinta kalau ko ada semalam mesti gelak besar jugak kita semua. Ko paling senior Sue, aku paling junior..

Balik dari tu masih awal sekitar jam 6 dan singgah la Paradigm yang depan rumah Yati tu. Rambang mata dibuatnya mujur lah belum gaji, paling rambang ialah bila masuk Kaison dan Daiso lah. Oh Kaison akan ku kunjungi engkau lagi...Artificial flower esp. tulip kegemaranku murahnya...bersama pasu, bersama painting2 yang murahnyaaaa.Berganda murah dari Ikea..Siap cakap sorang diri dalam Kaison tu, mujurlah aku dah kawen, kalau masa nak buat persiapan kawin dok masuk kedai ni boleh meroyan aku dalam tu semua aku nak. Paper ball tu tak payah susah2 buat baru rm3.50, teddy bear comei kecik yang orang selalu buh kat ferrero rocher masa graduation tu baru RM3.50, ribbon yang dah berpintal cantik yang dulu aku google bagai 200pcs baru rm16, besi tempat bekas hantaran tu baru rm15 zaman aku kawain dekat rm50 satu..huwarghhhhh best nya.... 



Sebelah kedai Kaison ialah Popular Book Store yang aku rasa best sangat sangat, selalu Popular mcm suram je kan, lepas tu aku terjumpa pulak art craft puncher dan segala mak nenek art craft gunting yang jauh lebih murah dari masa aku google masa adik aku nak kawin dulu konon2 nak beli dekat 1 kedai craft dekat Tropicana yang harga punch tu dekat RM100. Semalam tengok dekat popular tu paling mahal baru RM29.90.

Satu level juga dengan kedai2 ni ialah Daiso. Tak tenteram nak jalan ingatkan nak cari plastik nak bungkus baju, plastik yang lutsinar tu so senang nak cari, tak susah nya sebab Qhalyf dah nampak senapang tembak keluar api, arghh tekanan...mama nak beli hand mixer kecik tu pun payah..Terbayang dah mama nak buat telur dadar, buat jemput2 buat lempeng tak payah kotor tangan.

Jadi kesimpulannya tak sabar tunggu gaji nak ulang pergi Paradigm lagi sekali. Nak betli tulip nak beli tulip nak beli tulip!!!


Gambar dari ehsan google..tak sempat nak snap photo semalam..Kaison ada 1 lagi branch dekat KL Festival City...tapi tentulah Paradigm paling dekat dgn aku kan..Tak sabarnyaaaaa

Monday, August 19, 2013

Berkati kami ya Allah



Walau belum noktah lagi prosesnya, sikit lagi nak noktah..sikit je lagi mmg perlu banyak bersabar(malas nak mention dah complete nanti baru mention sebab hati membara je mcm bara api satay, kalau di kipas2 kang keluar api ha aha haha)
Tapi proses2 kecil perlu berjalan terlebih dahulu
Untuk mengelakkan kejadian last minit ibu mengandung 480 kali ganda stress stress stress
so kena mula dah..
Busy nak punggah barang, buang, simpan cari kotak, susun, survey itu ini eeee mcm2 lah dah terasa bahang stressnya...
Tuan besar sibuk nak buat assignment, sibuk shoot video prepare text bagai utk semester pendek ni, few weeks later nak masuk semester ala ala final dah dah mula projek tahun akhir, tuan kecik sibuk menanya i want tortoise, mama nak pergi kidai Uncle, mama nak pergi Teko (Tesco),
Yang aku pulak sibuk asyik nak berkatup mata tido tido tido...
Dalam pada tu sibuk beropen house raya jugak kan ..hihihi
ya Allah..bantu lah hamba hamba Mu ini

Moga Allah berkati segala prosesnya, moga Allah makbulkan doa kami, esp. kami suami isteri dan ke empat empat ibu bapa kami. Amin..




Pau Roslan

Pau Roslan sungguh enak dimakan
Pau Roslan sungguh gebu
Pau Roslan sungguh sedap super duper yummeh intinya

Di Puchong ada agent menjualnya
Tapi kilang proses semua dari JB
Kalau beli di JB, mesti akan dapat diskaun dari harga asal..dalam 15%
Susah nak jumpa di KL ni.

Kalah pau Yik Mun
Serius memang kalah
Pau Yik Mun kadang ada yang inti sedap kadang tak sedap
Dohnya pulak kadang keras kadang lembut.

ini 100% halal dan sangat sedap.

Meng rekomen kan anda semua perasa kacang merah dan kaya adalah super duper sedap.
Lazat.




Selamat Hari Raya


Assalammualaikum....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua...



Tahun ni kiteorg raya paling besederhana...yang penting dapat balik both side.
In terms of baju pakaian, mahupun makanan biasa2 je. Sungguh sederhana. 
Kerana ada perkara lagi penting kena utamakan.
Tahun ni raya pertama di Johor Bahru dulu, raya ke 3 baru balik Ipoh.
Alhamdullillah...syukur...nikmat bertemu adik beradik semua...oh sorang je tak sempat jumpa...iaitu Uncle John Qhalyf.. one day before kami sampai JB dia sudah dapat call utk balik kerja and fly off to Kuwait sehari sebelum kami sampai..Sobss sobss ...Sampai tercari2 Qhalyf Uncle John idola dia tu..Kesian! tu la bila dah jumpa korang main perang main gaduh bingit ok..


Qhalyf of course jadi orang paling aktif...bayangkan kalau balik JB 50% aktif, balik ipoh kali 3 ganda lagi aktif dia..bayangkan balik Ipoh ...contoh bangun dari pagi sampai malam nanti baru dia cari balik mama...tu pun dalam keadaan yang letih lesu kaki lenguh bagai...ya Subhanallah main tak ingat dunia sungguh. Mamaaaa Qhalyf daa penat..huk huk huk ...Rasakan!


Tahun ni buat semperit bunga cina sahaja.sungguh lesu di bulan puasa..almost 900 biji sahaja kot..bahagi bahagikan utk mak dan mil dan puan Bayam yang sangat mengidam..sadis tak dapat bagi dia on time. Skrg beliau sedang berpantang. Tahniah! 2 lagi kawan nanti jumpa i buat yg lain ye order uols tu so sorry...

Gagah gagah puasa...terpaksa tinggal puasa 2 hari. Sampai doktor cina tu marah..tak apa puan ...tuhan tidak marah...u ganti balik lain hari...kesian sama baby. Oh migrain yg sgt teruk tak boleh amek pain killer...dugaan... 


Good! we dont have any single mini family photo this raya. Baju pun recycle last year no mood at all! Next year pastikan meriah insyaAllah with adik baby will join us..Ohhh hectic hectic tak boleh bayang rumah mil dengan kehadiran 3 orang cucu kecil on 2015 raya!