Thursday, November 7, 2013

Malaysia Kini - Geram

Assalammualaikum..

Membicarakan isu yang hangat tak sejuk2 di Malaysia masakini.
Harga barang naik.
Relevant atau tidak ye tuan tuan dan puan puan?
Inikah harga yang perlu dibayar oleh kita demi sebuah negara yang membangun.

Begitu banyak persoalan.
Membuatkan bila saya berfikir kadang kadang jawapan nya terbahagi kepada 2 capaian keputusan.

1) Bersyukur - Konsep syukur kerana masih lagi mampu makan minum on time sehari berapa kali
bersyukur jugak kerana masih ada pendapatan tetap tiap bulan

yang kedua pula hasil jawapannya;

2) Sampai bila kena macam ni, aku yang suami isteri bekerja , kami memang tidak kaya, tapi tidak lah sangat susah, juga in the midst of upgrading kan kehidupan rumahtangga esp. bab financial,  tapi keadaan masa kini buat kami betul2 terasa kena tempias kenaikan semua harga barang. Tertekan oitt sayang oiit...

Kita bukan cerita nak makan sedap setiap hari, bukan bersarapan di hotel mewah 5 bintang, atau pun bukan hari2 mengadap McBreakfast, kita bukan cerita lunch Subway Sandwich bersama secangkir Starbuck Coffee hari hari, bukan makan malam di restoran Arab menjamu nasi berempah ukuran beras 5cm panjang...

Kita cuma mendambakan rutin menu harian sayur hijau biasa, ikan biasa dan beras berkanji biasa untuk santapan berat atau kudap2 nya cucur bawang atau biskut kering 4 segi buat cicah kopi dan sebagainya tapi ini juga tempiasnya hebat.
Gula sudah tiada subsidi, kopi naik harga , biskut Hup Heng kering 4 segi selalu rm3.50 begitu minggu lepas sudah rm.450 hampir masuk ke amount rm5. Apakah semua ini?

Mereka yang tertinggi ada ke pasar biasa? ada mereka ke shopping mall wet market? Tahukah keadaan sebenar?
Pergi saja ke NSK lihat ikan yang dijual, yang pecah perut pun sanggup dijual lagi, umpama ikan tu dipijak atas lantai, terburai perut, kemudian jual semula. Sekiranya mahu memilih, harga nya lain, sekiranya mahu pekerja pilihkan harganya sedikit murah.

Pergi saja ke Pasar Borong Selayang, dengan PATI majoriti sebagai penjual kutip hasil sayuran di tong sampah jual semula.
Lazat kan, kalau pun kita tak beli mentah, tapi barangkali makanan tengahari nasi campur kita di gerai sayur itu dimasak dan dijual semula.

Pergi saja ke Tesco malam hari selepas jam 9 malam, ikan agak lama dan kurang fresh dijual murah, ibarat rusuhan kaum depan kaunter ikan berebut kan ikan murah.

Keadaan ini sungguh sedih, kami di bandar berpendapatan sederhana miskin bandar sangat sedih dan menyayat hati. Kami golongan yang bukan mendambakan trip percutian murah tiap kali gaji masuk, bukan mendambakan kan Birkin handbag tiap kali bonus, bukan mendambakan pakej spa hotel 5 bintang tiap bulan. Tapi itu itu dan itu saja kami mahukan. Tidak banyak bukan? Cuma kitaran perkara rutin makan - minum - ibadah - kerja - anak sekolah dan sebagainya janganlah membebankan. Janganlah!

Sila jangan bash saya  jika pendapatan kamu suami isteri tidak terkesan langsung dengan segala kenaikan ini.
Ini memang rungutan kerana saya golongan yang terkesan agak dalam.
Ok sedang juga memperbaiki diri. Tapi kalau pihak kami saja yg memperbaiki diri, bagaimana situasi boleh terubat?

Buat lah sesukahati, kerana yang pasti dunia ini bukan HAKIKI.




No comments: