Monday, October 28, 2013

Tosei Mania

Assalammualaikum...

Salam hari Isnin...
Harini agak busy tapi bosan asyik mengadap kerja
Kita swing ke sana ke sini la sikit ye


Aku sangat men craving for TOSEI lately
TOSEI TOSEI TOSEI naik penat kak Min dan mr. Suami dengar menu ni.
Padahal ini lah benda aku paling tak suka dan takkan order kalau pergi kedai mamak selama ni
Tengah2 malam buta pun teringat, memang tak de lah nak tukar baju turun parking start kereta smua kan semata mata nak pergi cari tosei.
Di tahan2 kan jelah rasa tu, pagi2 sanggup lambat masuk kerja sebab cari tosei,
Sebab tosei kat 1 kedai ni sedap tak masam, tapi tosei ni bukan macam roti canai, dia kena buat 1 per 1 kan

Mostly kedai yang aku order tosei semuanya masam kedaung
Semua takkan habis sekeping, tapi ada 1 kedai mamak dekat ofis ni sedap tosei dia tak masam langsung
tapi malangnya dia jarang buat kuah tosei yang kaler putih tu
Frust okeh. Apakah keserasian dan ke ummpp an tosei sekiranya tiada kuah putih tu

Google jugak resepi tosei, tapi buat aku surrender la pulak nak buat
nak makan sekeping je, nak mencari bahan tak mende2 tu aku tak reti
nak buat kuah lagi,
lupakan saja lah

Tosei masala ke tosei kosong ke smua very IN dengan napsu makan ku kini.
Weken ni balik JB nak cari tosei JB pulak,
ha pehtu merepek lah kalau dah sampai JB kang teringat kacang pool la, teringat otak2 dan ABC kat Angsana Mall la,
teringat lontong kering lah...eeee napsu
Kena pulak abah dah plan nak ke Mersing tengok adik utk bagi semangat dia nak SPM 6hb ni kan
sambil menyoping ikan murah kat pelantar nelayan Mersing,
maka kang merepek lah aku nak singgah umah Cik Mek (mcm family angkat ku) kat situ, keropok la itu ini lah
Ohoooii mana la tak termenung tengok bajet makan tetiap bulan kihkihkih
Letak lah kfc sebarrel ke, pizza ke...smua tak IN, TOSEI juga yg sedap

Penangan apa ni anakanda oihhhh

2 comments:

Dr K said...

hahahaha..saya pun suka tosei...kuah putih tu sedap bila di colek :)

» NAJA « said...

sedapkan doktor,
tapi sayangnya tak semua kedai ada provide kuah putih tu

kalau di Taman U tahu tak kat mana kedai jual tosei