Monday, September 9, 2013

Ketawa dalam Tidur

Assalammualaikum...

Pernah tak kamu semua ketawa separa sedara dalam tidur
Rasa macam geli hati sangat, ketawa2 tapi mata x terbukak.

Tapi kes ni jadi aku sedar tak sedar je, sedar tapi mcm x terbukak mata
Pukul 4pagi si QQ mahu puting/ pacifier, bising2 utin aner utin aner
Dah tak heran sangat pasal puting masa tidur tapi kadang tercari juga
So puting tu mmg ada atas katil tu juga tah mana2 tercampak
Biasa la dia time tidur memang berputar mcm kipas helikopter

So dalam mata yang sangat mengantuk tak terbukak mata aku menggagau gagau
Oh jumpa dah...so aku menggagau pulak muka dia....nak sumbatkan puting dalam mulut dia
Ok jumpa dah mulut dia , aku sumbat2 mcm x masuk, pastu aku biar la dia handle sendiri,  x koser dah kan

Sekali dia melalak, mamaaaaaa ini bukan lah

Sekali aku tengok betul betul dengan sikit cahaya lampu dr luar tu, aku tengok yang aku sumbat kat dia ialah :-







Hahaha tapi versi dah terbelah dua, yoyo upin ipin beli air Nutrigen dia dapat free gift.  
Haa padan muka mainan dah la tak reti jaga bersepah2 pulak tu
Memang tak hairan lah kalau tidur malam kami suami isteri umpama tidur dalam bilik penuh mainan atas katil mcm citer Toy Story tu. Malam2 terjerit sakit sebab tidur tertindih lori pasir ke, terhimpit bas sekolah tercabut tayar ke...Hadoii laa

Dah ternampak aku sumbat dia yoyo tu memang rasa geli hati sangat sangat, ngekek2 aku gelak tanpa bukak mata, sampai dia sendiri pun dalam nangis2 tu bantai gelak.
Rasakan!