Friday, September 13, 2013

Makan & Malas

Assalammualaikum
Salam hari Jumaat yang penuh barakah

Sudah sarapan?
Pastinya sudah kan terutama orang yang masuk kerja waktu pagi kan
Kalau x macam takde energy

Sungguh bosan breakfast nasik lemak sekitar sini
Laksam, soto, lontong, mee/meehon/kweytiau goreng semua jemu
Haihh tak tau nak makan apa


Tapi sebagai membawa 1 lagi nyawa, food intake kena konsisten kan, walau sungguh ku malas.
Eh bukan x bawak nyawa satu lagi pun konsisten ke bab makan .. ha ha ha
Kadang2 memang tak makan pun yang berat2 tu, sebab tak tau nak makan apa.
Tapi disebabkan kali ni pregnancy adalah cabaran nya ialah sentiasa bermalas malasan
Malas 24 jam. 
Even nak makan ubat supplement pun bermalasan
Tapi fruits tetap menjadi santapan dan bekalan wajib
Kalau x sempat bekal, lunch hour mesti beli buah potong
Tapi buah potong makk hiyeckkss sikits kadang2 mcm yg dah tak segar
Jadi rutin ke pasar malam setiap Khamis petang memborong fruits adalah wajib
Berbondong2 sampai kebas tangan, sampai rumah mesti stress hahaha
Pasar malam much more murah buahnya dan semua buah ada, siap boleh rasa2, tak sedap tak payah beli.
Kecuali untuk buah kiwi beli di Tesco tapi selalu dapat yang masam.
Kalau dekat MBG dan Aeon buahnya agak pricey so kita 'X' kan ajer yang memahal ni.

Pregnancy kali ni x banyak beza juga, masih aktif, bab makan pun x cerewet
cuma tak berdisplin, benda terlarang tu la yg nak dijamah. Not good!

Masa Abang dulu mesti makan ikan, sayur hijau esp. bayam, susu, menu wajib konon2 nak khasiat terbaik lah kan, tapi memang kot, berkat jaga pemakanan, supplement, aktif, bersyukur sangat Abang takde sakit, even demam batuk selsema pun saaaaaaaaaangat jarang, ruam ke apa semua tak ada. Sampai naik menyampah nak stock up ubat, sebab kadang macam dah x elok ubat tu.
Since makk pun kena kawal nafsu takut terdedah risiko kencing manis darah tinggi segala, so tak nak lah ikut nafsu sangat. Hasilnya Abang memang memilih makan. Padan muka makk!! 


Ok lah mula la insaf nak berdisplin masa mengandung. Dah beli Shaklee supplement, nak makan gred A fish selalu dan sayur bayam (ada orang kata petua anak putih makan bayam - Abang putih ke tidak?). Istiqomah la makk oitt...jangan malas malas..



Harini makk bawak bekal mangga mak Tok dan buah delima. Syukur alhamdullillah.

No comments: