Thursday, May 30, 2013

Ulangtahun Perkahwinan - Tahun ke 4

Assalammualaikum..

Alhamdullillah ...harini ulangtahun ke 4 perkahwinan kami...
Allah masih benarkan kami melangkah bersama..penuh bahagia..tidak rasa kurang dari mula² kahwin sampai sekarang, mungkin bertambah rasa syukur, rasa kasih sayang antara kami, mungkin juga kerana adanya pengikat kasih sayang kami - Muhammad Qhalyf Rizqy.

Masih mengekalkan rekod tidak berselisih faham lebih dari beberapa jam...hahaha..rimas aku gado lama² tak bertegur sapa.Siapa tak suka apa² perkara sila berterus terang, mengaku salah dan improve. Itu yang selalu kami buat. Bukan apa aku ni hati kristal sikit, macam kalau dah berselisih faham kan, lepas tu masing² buat hal sendiri, pastu aku terfikir what if something happen dekat dia, accident ke, apa² lah perkara yang buruk jadi, lepas tu aku tak sempat mintak maaf, ha imagine la mcm mana teruknya keadaan tu nanti. Ngeri. So baik aku berdamai secepat mungkin. Encik MSAB ni mmg jenis tak banyak songeh dan cakap banyak sangat, tapi sekali sekali keluar juga perkataan² emas yang boleh buat cair taik telinga. Parah, buat aku tersentak dan muhasabah diri. Tapi rasanya aku yang banyak bebel kot. Muhahahaha..

Nothing celebration yang special pun, masing² busy, cuti pun tak boleh suka² apply lagi, dia dengan nak exam, dengan urusan rumah lagi asyik la cuti kitaorg ni. So makan kari ayam je lah malam nanti hehehe..Yang penting ialah doa dan amalan yang mendatangkan pahala.. Pahala untuk seisi keluarga..Semoga doa doa kami dimakbulkan....Amin...

Perjalanan kami masih jauh, masih banyak angan angan dan target kami belum terlaksana. Apa yang penting Allah temukan kami sebagai pelengkap satu sama lain. Semoga Allah temukan juga kami di syurga nanti...InsyaAllah...

No comments: