Tuesday, April 9, 2013

Sabar atas Kesabaran


 

Harap bersabar atas kesabaran
Hehehe bersabar nak tunggu hujung minggu ni nak balik JB pulak
Ni je la rutin kami, nak pergi makan angin jauh ke obersea jauh sekali
Domestik pun setahun sekali je kot, lain2 masa senggang balik rumah mak pak
Takpala itu lebih afdhal kot, sementara mak abah both side masih ada kan


Tapi kali ni balik sebab mak Hajjah kite nak buat kenduri. Kenduri khatam Al Quran beliau yang entah keberapa kali tatau.Beliau and the geng mana reti dok diam, ada je aktivitinya .
Mak Hajjah dah dapat tauliah pengajar Al Quran dari kerajaan Johor tapi mak Hajjah memilih utk tidak mengajar, dia berniat nak mengajar cucunya je nanti.  Siap kau cucu!! Sekarang pun mak Hajjah dah pesan kat kiteorg, lagu lagu homputih semua tak payah bagi dengar, tu semua lagha. Dengar surah lagi bagus...gedegang!! Tapi cucu suka juga dengar, lagu Old Mcdonald siap ada bunyi pig krookk krook krookk camne citer ni hadoii la..Tapi takpe..selari juga la dengan penerapan agama kan.



Awal2 mak Hajjah dah sebut menu, macam biasa la Beriyani Gam dan menu berat lagi 1 mee kari, lain2 dessert2 tu mcm aku je kena buat wakakaka..cheese tart ok tak?


Minggu ni kerja sungguh boring, sebab terlampau banyak kerja, projek tender tak sudah2
Kerja + manusia2 yang tak reti2 nak berdikari ni
Aku zasss kan aje. Tak zass kalu tak boleh bertahan lama aku kat sini kan.
Sekali sekala dengan boss boss pun kena zasss sikit. 
Pulak tu kena bersabar dengan karenah si Candy Crush
Bila main kat tablet dah stage 41, bila main kat pc ofis dia tak up to date pulak
Dah berminggu pulak stuck stage 38...Panas je kan.

 OK dah mencuri masa...sila fokus kerja kembali bye bye 

1 comment:

DedDy AdaM said...

hadoi..kalau adam sure2 kene ban la neh..citer tengok ultraman, muzik nie yg paling berat, sebab layan offspring, cranberries, nmpak nak kene tukor gaya jugak neh..