Wednesday, November 7, 2012

Scindapsus Aureus Var Plant

Adoii ting tong betul rasa pagi ni
Sebabnya bila uzur ni tengok jam pukul 6 pun rasa masih awal lagi kan
So decide utk tidur dulu barang 5 10 minit
tersedar jam dah 7.35pagi woooahh tak pepasal suami kena qada solat subuh.
Dia tiap2 hari lepas pukul 1pagi baru masuk tidur. So mmg mengharapkan belas ehsan aku lah kejut kan.
Melompat bangun terus masuk dapur, mujur lah barang2 nak masak mee malam tadi dah siap.
Tinggal nak tumis je.

Ni angkara lately si anak dah pandai tidur sendiri, anak rileks je
Mak pulak pusing kiri kanan kejap kejap jenguk anak
Pukul 6 tu anak mintak susu bila dah kasi susu mak tidur kejap sebelah anak
Terus dapat tidur lena, wahhh patut la...mak rindukan bantal peluk mak iaitu si anak hehehe
Tu yang tidur siap mimpi jadi pelarian Palestin berlari laju di ladang gandum, lari dari askar Perancis. Takutt woo...tapi tiba2 terkejut dek deruman ekzos van sekolah yang kuat benar bunyi nya. Chisss!
 
Alhamdulillah sempat punch in jam 8.56 pagi, mujur lah jam punch card tu ala ala siput lambat dekat 10minit dari waktu asal. Selamat.
Masuk kerja dan rutin berjalan seperti biasa.
Dah 3 hari aku ditemani si hijau.
Si hijau mula nampak kekuningan lah, saya dah siram sikit semalam petang.
Dekat situ ada tulis keep out of direct sun, ermm ala takkan dah nak layu kot rileks la dulu.
Si hijau ni saya beli untuk bayar parking Ikea. Biasa la Ikea if kita purchase apa2 kan parking free, so dari bayar parking lebih dari RM5 baik saya beli si hijau baru RM1.90 dan barang pun dapat. Hehehe saya mmg berpeel gini kalau ke Ikea, ok apa kan...disamping jimat dapat barang juga :-)





Macam mana ye nak bagi si hijau kembali hijau dan segar??

1 comment:

DedDy AdaM said...

bab peel tue yg suka tuh...hahahaha gelak sikik..