Monday, July 23, 2012

Ramadhan



Salam Ramadhan kepada semua, semoga kita dapat pulun habis habisan segala keberkatan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, penuh keberkatan dan kenikmatan sebenarnya.

Semakin meningkat usia, makin sedar nikmat Ramadhan.

Aku ada matlamat tersendiri untuk bulan Ramadhan ini, iaitu penambahbaikan diri. InsyaAllah sekali lagi. Tahun ini juga berazam memperbanyakkan selagi mahu baca Al Quran (yang hanya boleh di buat waktu lepas Solat Subuh dan sebelum berbuka) dan matlamatnya mengkhatam kan Al Quran dalam masa sebulan Ramadhan ini dan juga mahu rajin solat terawikh berjemaah.

Tahun ini juga masih teruskan azam tahun lepas iaitu NO to Bazar Ramadhan lagi sekali, sini juga aku berazam boleh juga belajar memasak try itu ini dengan memasak sendiri kan. Itu mungkin lebih baik, dari segi kos, tak juga jimatnya kalau dah masak mana reti masak 1 jenis lauk je, ini siap berdessert, siap kuih, siap dengan 2 lauk sekali ha ha ha..Astaqfirullahalazimm!!
Ok takpe lah masak banyak2 kalau tak habis sila panaskan dan makan sampai habis ok. Tak baik membazir.




Alhamdulillah dah 3 hari kita puasa, 2 kali aku dapat jemaah solat terawih di Masjid Al Imam Al Ghazali Bandar Menjalara, ada je masjid2 yang agak dekat lagi tapi since nak bawak budak kecik aku rasa masjid ni lebih comfy. Day 1 puasa tu tak dapat pegi sebab tuan kecik bantai tido, bangun tido ngamuk2 tak tentu hala, kena piat sekali diam terus datang peluk2..Sabo je lah..

Syukur dapat buat 8 rakaat, nak buat 20 rakaat tak berani takut dia cemuih dan naik bosan tunggu, insyaAllah tahun depan kita buat banyak sikit ok, dia memang membahagiakan, sebab sekarang dia dah tak kacau mama solat sangat dah, dia very behave TAPI! perlu lah bawak segerombolan toys dia bersama, dan of course aku pilih saf belakang sekali dan dekat dengan exit, supaya dia boleh 'bernafas'. Seronok tak terkata beliau, ikut sekali orang solat.. Moga Allah bagi aku peluang mudah lagi untuk terus beribadah dalam Ramadhan kali ini.




Syukur juga bila Ramadhan tiba dapat menghidangkan juadah2 luar biasa (luar biasa la sangat :p) pada suami dan anak, day 1 tu masak asam pedas kembung, telur dadar dan sayur pakchoy tumis sos tiram dan dessert puding jagung, day 2 asam pedas panaskan semula (ingat jangan membazir!), sotong tempe kacang panjang goreng berempah kering2 dan kuih Wadey (seperti gambar di atas) Yey! dah tahu buat dah so lepas ni boleh trim sikit kasik balance mana terlebih terkurang, selalu beli tak puas dan tengok penjualnya majoriti bukan orang Melayu kan, so buat sendiri puas hati makan la sampai puas. Seronok bertambah juga sebab ada jiran sebelah yang tukar2 juadah.


Harini  hari gantung kuali pula, kerana Babah nak belanja makan besaqqq terima kasih Babah!!






2 comments:

Iszuanie Ilias said...

Terbaiklah... cumilsnyer dak kecik itew... jaja tu baju aku tolong beli thn lepas ker???

DedDy AdaM said...

bawak adam tengok..apa jadik..