Tuesday, July 24, 2012

Al Fatihah ~

Subuh ini usai melipat kain baju, hati sayu...
Subuh ini tatkala menunaikan kewajipan hati meruntun hiba..
Rindu pada arwah Opah..
Ada masa kadang2 sedang solat bersendirian teringat arwah Opah..
Kenapa masa solat?
Sebab masa kecik2 mak pergi kerja, aku banyak habiskan masa bersama Opah di rumah Opah..
Jadi tiap kali Opah solat, Opah suruh aku tengok dan belajar solat,
tapi..
Aku selalu baring tepi sejadah sambil tengok muka Opah solat..
Ada masa aku ikut Opah baca,
Ada masa aku buat peel ngok ngek aku buat2 muka supaya Opah tak tenteram nak solat..
Sekarang, bila dah jadi seorang mak, aku faham apa perasaan Opah bila solat diganggu..
Bukan sengaja di ganggu, peel budak budak katakan, mana faham erti kusyuk..
Sebab tu sampai sekarang aku masih teringat ingat benda ni tatkala aku sedang sembayang sendiri dan mata melihat sejadah..
Aku boleh terbayang aku di suatu masa dulu..
Aku di suatu masa lampau..yang masih kecil bawah jagaan Opah..


Pernah beberapa kali, masa tidur aku mimpi Opah senyum saja..
Ya Allah, damaikan lah Opah di Sana bersama arwah Aki..
Semoga mimpi senyum itu adalah suasana sebenar Opah di Alam Sana..
Perasaan rindu, perasaan hiba tak bolerh tertahan tahan kalau sesekali datang melanda..
Walau Opah ada cucu berpuluh orang..aku antara 3 4 orang yang sempat Opah jaga..
Jadi rasa ini amat ter ke dalam..


Opah masak sedap, Opah ajar solat mengaji doa wuduk, Opah sabar layan peel aku tak mahu pergi sekolah tadika 5 tahun dekat Tadika Methodist, ikut Opah pergi pasar naik bas, Opah sabar layan karenah pakcik aku yang sorang tu, Opah kena marah dengan pakcik aku, Opah sedih macam macam perkara, sampai satu ketika Opah jatuh sakit masa siapkan bekal cucu nya mihun goreng sarapan pagi, Opah naik kerusi roda, Opah lumpuh separuh badan, Opah lumpuh seluruh badan, Opah tak boleh bercakap lagi, Opah makan pakai tiub, dan 10 tahun kemudian, Opah akhirnya tinggalkan aku dan kami semua..


Al Fatihah ~~



5 comments:

RZMs Mommy said...

Ja... how lucky u r pernah besama2 Opah kala suka & duka. Aku x pernah ada pengalaman mcm tu... u should be proud! Hanya titipan doa penghubung kasih sayang...

Iszuanie Ilias said...

moga damai di sana..... n yups tetiba rindu kat opah kat parit buntar....

sykn's said...

al-fatihah...moga arwah ditempatkan di kalangan hambaNYA yang beriman...

DedDy AdaM said...

di hospital seremban, pkl 10.30 mlm ayat2 terakhir masa sebelum arwah nenek pergi..,
1-cantik rantai leher ko..
2-aku dah sehari duduk kat katil nie, mlm ko baru dtg..

kenapa saya kene marah :-

1- sebab selalunya duit raya saya dulu2 akan diberi dlm bilik tersorok dari adik2 n sepupu2 yg lain,
2- nenek masih ingin suapkan mkanan walau saya sudah umor 24 thn dah sudah berkahwin,

saya akan masih mengira tanpa sengaja utk belikan arwah nenek kain batik n tudung setiap kali hari raya.

:-(

OrkedUnggu said...

saya agak tersentuh baca entry ni..saya juga dapat rasa apa yang awak rasa...pengalaman yang sama...
menjadi cucu kesayangan dan dijaga oleh nenek buat kita rasa kehilangan yang teamat bila nenek meninggalkan kita kan? Al-fatihah untuk arwah nenek saya n arwah opah awak :(