Tuesday, February 14, 2012

Teh Hijau - Green Tea

Dari masa zaman kerja Sunway lagi ramai colleagues esp. yang Chinese suka minum greentea ni beside air kosong. Berdeguk2 ko derang minum air ni, aku suka juga minum cuma bila datang musim menambah kolestrol dan membina geng geng lemak dalam badan, makan tak ingat dunia selalu aku sisihkan teh hijau ni. Memang sentiasa ada stok teh hijau dekat rumah rajin atau tidak saja, dan bila datang musim bajet badan macam Norjuma Habib mula la terhegeh2 cari balik stok teh hijau ni.


Mari kita lihat apakah antara kebaikan teh hijau ni;
  • Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  • Menjaga tekanan darah 
  • Merawat batuk
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  • Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  • Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  • Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 
  •  Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.
  •  Teh hijau bagus untuk pesakit KANSER kerana mempunyai antioksida yang kuat

#copy dari http://kongsibersamanora.blogspot.com

Aku juga telah cuba google keburukan teh hijau, namun hanya sedikit sahaja yang aku jumpa iaitu:

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.
Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.

#http://ulanweblog.com/2011/12/disebalik-kenikmatan-dan-kelazatan-teh/


Jika dalam penyajian menu arab juga, kita juga akan disudahi dengan dihidangkan teh arab panas diletakkan bersama daun pudina, sudah pasti itu juga salah satu mekanisma untuk 'memotong' segala lemak2 dari menu2 arab yang tentunya berat kan.

Ada lagi satu jenis teh yang agak 'power' dalam adegan potong memotong ni iaitu Teh Oolong, akan tetapi aku tewas dengan rasa dia yang tebal dan pahit. Kalau berani boleh cuba, dia adalah dari rumpun teh yang sama macam teh hijau juga tetapi proses fermentasi dia agak sikit berbeza dan lagi pure.

Ok apa kata kita cuba secara konsisten ye adik adik sekalian.


1 comment:

Mark_Gyver90 said...

Hai, teh hijau ni kurang keburukannya. Teh yang mengandungi kandungan kafein ni teh yang biasa, bukan teh hijau.