Akhirnya kak Ezah meng apam kan diri juga. Bukan tak suka memang ok jer dengan apam, pagi2 kadang sarapan apam 3 singgit kat makcik tu. Tapi bila sebut apam polkadot kak Ezah sedikit fobia la uols. Pernah setahun yang lalu kak Ezah mula2 jumpa orang jual apam polkadot di forum yang kak Ezah join tu, kak Ezah order sampai 50pcs kot tamak haloba, balik semangat nak makan bersama suami, siap pesan "malam ni kite tak payah masak, kite bancuh teh o panas i ada kueh apam best untuk you". Makan je 2 3 bijik terus rasa macam ermm ok tak best pun! Selang 6 7 jam tengah malam kami semua memerut ok. Tak tau lah sebab pewarna dia yang hebat tu ke atau bahan2 dia entah la so since situ memang tiada nafsu untuk beli atau tengok pun ermm tak nak dah. Harap kaler je cantik kot.
Lepas tu, sejak anak dah besar ni, rajin bawak bekal, kak Ezah nak fikir apa bahan yang murah boleh masak dan dapat banyak. Kepala asyik dok ingat filling blueberry tu masih belum habis habis dan 3 4 kali guna dah, maka terhasil apam polkadot. Kak Ezah juga agak serik bila eksperimen masak memasak ni ada yang terbuang ke Mr. Tong Samp. kan, jadi this time kak Ezah fikir, bab hiasan ke kaler ke tak nak fikir sangat, yang paling paling penting is rasa, dan hasilnya enak di makan tanpa perlu menyedapkan hati sendiri :p..
Sepanjang malam asyik google tips meng apam polkadot supaya gebu dan sedap dan tiada masalah. Sampai la subuh ni jam 5 pagi baru boleh buat gara gara anak tak mahu tidur awal, nak tidur tapi bawak basikal sekali atas katil boleh??? Sabor je haku!
Sepanjang malam asyik google tips meng apam polkadot supaya gebu dan sedap dan tiada masalah. Sampai la subuh ni jam 5 pagi baru boleh buat gara gara anak tak mahu tidur awal, nak tidur tapi bawak basikal sekali atas katil boleh??? Sabor je haku!
Dot yang bersepah sepah, mungkin cair sikit la kaler dot tu, ok lesson learned! |
No comments:
Post a Comment