Wednesday, January 25, 2012

Tiara Beach Resort - Johor Bahru - Cuti CNY

Cuti untuk CNY masih ada 4 hari lagi. Awal cuti haritu adalah percutian ke PD bersama family abangku. Percutian Bajet kami gelarkan. Hahahaa nak jauh jauh sangat out of budget la pulak nanti, tapi ini pun kami rancang masa dalam kereta otw balik dari Ipoh ke KL. Kami plan mesti ada satu aktiviti yang kami buat untuk cuti CNY yang panjang ni. 

Maka ke PD lah kami. Menginap di Tiara Beach Resort yang abangku yang aku panggil Kuzi tu dah booking awal2 di ibilik.com...Studio Room Apartment. Memang selesa walau katil single nya 2 tapi ahh apa ada hal percutian bajetnya namanya, kami pun masing2 sudah sediakan toto alas tidur dan extra bantal, pagi tu siap masak nasik lemak seperiuk besar dan Kuzi masak sambal. Aku extra rajin masak telur dadar dan ayam goreng berempah. Nahh! sungguh terkesan dan bagus sekali perancangan di mana breakfast dan lunch kami penuh nikmat di tepi pantai Teluk Kemang itu walau jalan jem teruk ya amat! Berpinggan pinggan lah bertambah sambil anak anak kecik jakun muncung2 mulut tengok jetski dan banana boat sana sini. 

Tiara Beach Resort memang tidak hampir dengan pantai ye harap maklom, tetapi poolnya sangat awesome! dan menggirangkan la bagi kanak kanak. Tetapi juga jangan lah sampai mengcomparekan dengan Sunway Lagoon Theme Park .. Dengan membeli wristband rm20 untuk 2 hari mandi sampai hitam legam orang kata ianya amat berbaloi. Bilik studio nya sangat luas. Bayangla ada satu unit bilik ni aku kira dalam 15 pasang kasut dewasa dekat luar pintu nya. Wah !! muat sekali!! Studio Room kami ni kepunyaan orang individu dan bukan bawah kelolaan management TBR tapi bila kita check out akan ada la orang yang akan buat housekeeping sama macam hotel. Of course price nya jauh berbeza dari bilik bawah kelolaan TBR sendiri.


Pasal makan pulak takde masalah kot PD merata rata ada kedai. 1st day siang tu kami cuma beli air je sebab dah bawak nasik lemak seperiuk tu kan, tapi malam tu kami hunting for seafood, since Kuzi dah banyak kali ke PD bersama familynya so dia dah tau mana kedai yang tipu tipu Malaysia kan. Malam tu kami pergi makan seafood di sebuah kedai yang agak masuk ke dalam lepas dari Teluk Kemang tu. Ummi Seafood namanya. Masa baru sampai tu Kuzi dan Kak Ana yang terperasan signboard kedai tu. Solat Magrib seawal waktu kemudian 745 malam terus keluar sebab TBR ni jauh kebelakang sikit...dari Teluk Kemang ke TBR ialah 8km. Kami sampai meja semua dah penuh dan pesanan kami sampai 1 jam lepas order. Lepas makan semua menu dipesan yang memang 5stars aku boleh bagi semua terdiam kekenyangan. Sampai sekarang masih terasa rasa dia punya sambal ikan bakar tu. Round2 pekan PD jam 11 kami terus pulang, mula ingat nak pergi lobby depan TBR nak main game dan karaoke semua tapi tak jadi lah sebab ada anak kecik kan. Anak kecik punya la gembira 2 hari suntuk makan banyak, main air banyak lari sana lari sini.


Pukul 12tghari aku tak tunggu check out pun Kuzi uruskan aku terus ikut jalan dalam sampai ke Melaka untuk pulang ke Johor Bahru. Sampai di Johor Bahru memang tak kemana, bagi cucu hilang rindu pada Atok puas puas, makan laksa johor mak puas, sambal goreng jawa puas puas dan lontong kering dan basah pasar Taman U puas puas malam baru pulang ke KL itu pun sebab Babah QQ kena kerja harini kalau tak mesti masih di JB.


Ayin

Brother Me and Sister

Echa

Me and Super QQ (nampak pool tak sabar suruh tanggal baju aihh)

The speechless and kebabomm ikan jenahak bakar

Ketam yang yummeh plus tajam juga hahaha

Orang makan dia sibuk nak tawaf kawasan.
TBR waktu malam...Nice kan

Kids Pool yang no 2 no 1 kat depan sikit but ini saje cukup buat aku sakit pinggang hah

Babah really had a good time release tension lepas exam berminggu minggu ngadap buku katanya hehe

Sebelum terlentang tepi pool hahaha




Nota Kaki : Esok (Khamis) aku kena post sekejap QQ di taska, dan terus ke Proton untuk tengok bunyi bendasing yang keluar dari tepi tayar itu (ohh harap di cover warranty) dan suruh Proton check level battery aku. Gilaaa lah dari beli tahun 2008 bulan 2 ni dah bulan 2 2012 dah 4 tahun pakai tak pernah ganti risau aku nanti kalau habis kong terus.

3 comments:

Noorul (SiaJNaD) said...

Amboi aii aja, best giler tgk gambar2 mandi kat sana... syonok la sikecik tu ye... Paling best tgk pool dia tu penuh dgn mainan kan...

sukahati said...

soalan: berapa sewa semalam studio apartment tuu?

» NAJA « said...

best utk budak2 imma...bila derang happy kite pun happy tengok kan..

kak suka - rm150 je studio room apartment ehhe..booking di ibilik.com