Friday, January 20, 2012

Jumaat yang pilu

Semasa menunggu kakak kedai tu siap bungkus kan soto, duduk baca newspaper kedai tu. Aduhai muka depan je cukup buat aku sebak sesebak yang mungkin.

 Berita Sedih!!!!!

Bukan nak salahkan qada' dan qadar..Tidak sama sekali. Memang dah tertulis 2 orang bayi itu cukup sampai situ mereka bernafas di muka bumi. Tapi yang aku marah dan sesal pada orang2 sekeliling yang kurang daya pikiran untuk fikir elak semua benda benda tak elok ni terjadi. Tak pernah ambil iktibar dari kejadian yang lepas lepas.


Nursery sekarang ni agak tamak juga dari segi keuntungan. Tak di nafikan siapa meniaga nak rugi. Dah la turn over pekerja nursery tinggi (ye la mungkin gaji rendah kerja agak tough), lepas tu tamak ambik budak2 ramai. Percaya lah aku kata majoriti nursery di Malaysia silap nisbahnya 1 penjaga 6 budak. Relevant kah itu???? dan 6 budak juga ada 6 perangai. Mana mungkin menjaga 6 orang sekaligus, mungkin 2 sedang berak, 2 lagi lapar susu, 2 lagi tengah bergaduh rebut toys? jadi boleh terbelah kah badan penjaga tu menjadi 6, maka anak yang sedang senyap menyusu ditinggal sekejap maka mungkin lah akan terjadi benda benda macam ini. Macam macam benda buruk akan terjadi. Mungkin cadangan penyusunan jadual aktiviti taska perlu di selaras.


Kalau boleh buat macam sekolah. Contohnya ok jam 9 pagi semua perlu ada di taska, 9 -9.30 waktu minum susu, 9.30 - 10 mandi dan bersiap baru sarapan even pada baby. Jadi tak lah perlu pejaga membelah 6 dirinya. Pengasingan kanak kanak dan bayi juga perlu WAJIB. Maka lebih mudah penjaga membahagi tugas dan berilah penjaga bayi tu terdiri dari penjaga yang berpengalaman handling babies, bagi extra care kepada baby esp. baby yang bawah umur setahun. Time baby menyusu, time baby sakit demam memang kena extra care dari penjaga. Ingat anda bekerja di situ sebagai amanah. Kalau bekerja mengasuh budak2 sepenuh hati dan ikhlas dan treat semua macam anak sendiri, berlipat ganda pahala kamu wahai pengasuh!


Dalam hal ini parents juga perlu muhasabah diri. Jangan ingat dah beratus kita bayar bulan2 lepas tangan 100% selama 9jam kite jauh dari anak anak. Jangan ingat jumlah wang tu boleh jamin nyawa anak 100%. Bila dah banyak kes macam ni kita kena well prepared se maksimum mungkin dan ambil langkah berjaga. Contohnya tak salah kita keluar duit lebih sikit beli botol2 mahal sikit yang putingnya boleh adjust ikut flow dan bila hisap baru keluar susunya. Botol jenama Avent ke TT ke Safety 1st ke banyak ada di pasaran sekarang, at least bagi sampai anak umur 1 tahun guna botol2 ni. Mungkin ini antara langkah2 yang boleh kite ambil elak kejadian ni terjadi pada anak2 kita.


Lagi satu aku nak tegur parents out there yang hantar anak kepada pengasuh. Aku tahu zaman sekarang orang semua nak menikmati kehidupan yang senang kaya raya maka perlu bekerja keras. Aku tengok ini terjadi pada taska anak aku, aku tak sure tempat lain macam mana. Tolong lah jangan gila bekerja sangat atau terlalu mementingkan "me time" sangat sampai biar anak2 sampai malam bersama penjaga. Sekali lagi aku tanya relevant kah?? Kamu semua sedar tak dengan perangai sambil lewa kamu ini effect pada anak orang lain juga?? Kerana apa contohnya penjaga mulai tidak produktif, badan penat setelah seharian menjaga anak anak yang ramai itu, tetapi sebab kamu penjaga itu terpaksa stayback sampai malam. Contoh di Taska anak aku ni, kalau hari Sabtu contohnya mungkin macam aku yang terpaksa kerja separuh hari dan parents lain pun ada yang kerja separuh hari, paling lewat pun jam 2.30 petang ambil anak bagi yang kerja jauh sikit, tapi kalau dah hari Sabtu pun pukul 6 petang baru nak ambik anak, ada fikir tak tentang penjaga itu dok tercongok menunggu anak kamu seorang? Adilkah??? Aku rasa ni salah satu sebab kenapa taska QQ selalu ambil keputusan tutup pada hari Sabtu bila Isnin itu public holiday, aku memang perasan masa berborak dengan cikgu pada Sabtu lepas bila tengok budak supercomel itu duduk diam2 dekat dinding, aku tanya cikgu dia dah ready tunggu mak dia datang ambil ye, cepat cikgu jawab, dia tu paling lambat balik even hari Sabtu pun kadang2 sampai jam 4-6 petang. Dangg!!!**....Kadang2 lepas hari biasa lepas sembahyang magrib kami sekeluarga keluar makan lalu depan sekolah QQ, jam 8.30 malam sekolah masih dibuka ada budak masih belum balik, penjaga2 sudah pastinya jam 6.30 pagi di sekolah semula. So kesian!! Kalau dah hari2 ambil lambat, itu bukan ada hal urgent lagi dah tu, kalau tau dah kerja jauh, kerja lain timing, usahakan sesuatu taska bukan tempat itu anak itu.


Lagi satu tips ni memang aku selalu ingat. Orang itu menjaga anak kita, dia juga human. Biasa.  Juga punya perasaan, tak salah sekali sekala kita menggembirakan mereka. Ambil lah hati mereka, bagi sesuatu ke murah ke mahal ke janji ikhlas untuk dia yang menjaga anak kita. Memang nampak macam bodek lebih tapi aku tak peduli semua itu janji aku rasa hati aku agak tenteram anak aku selamat.


Jadi moral of the story, for those yang bukan 24/7 bersama anak, fikirlah cara terbaik yang paling selamat untuk anak2 kita sepanjang kita amanahkan orang untuk jaga anak kita. Jangan serah 100% pada penjaga. Maaf aku berasa terlalu emosi terhadapt berita ini, baru pagi tadi aku hantar QQ dengan rasa sayu tengok dia duduk makan roti gardenia bekalan dia bersama kawan2 sambil menonton tv. Sayu hati aku umur setahun setengah sudah survive macam orang umur 10 tahun :-( cry!!!!!


3 comments:

IbUGojESss said...

bertabah lah kawan...kita cuba berikan yg terbaik utk anak2 kita. semoga dgn keadaan 'survival' itu dia menjadi seorang yg independent & protective brother terhadap adik2 nanti

even aku ada maid, hati aku tetap sedih bila tiap pagi anak nangis nk ikut pi kerja esp bila dh cuti panjang 3-4 hari melayan demer...

SKIZO_SKY said...

nak buek camno jang..mmg hajat nak ambik anak awai2..tapi kalu dah jem tahap gaban..bila melalui jalan puaka di stadium shah alam, subang parade n bukit jelutong dekat nst..mmg sampai dekat nursery tahap bilal tengah serak azan ler..mmg kekadang anak pown merajuk sebab mcm dia lak yg sign attendance last kuar dari nursery, dan murid paling awai dtg..(murid contoh gituw...)

SKIZO_SKY said...

huihh..ai siap ajak semua anak2 dara yg cun melecun jaga adam tuh pegi pasar mlm lagik..then jln2 ngan diorang..yer la diorang human, at least diorang care sikit anak2 kita.., kita kan bagus dalam CSR neh..