Adakalanya kita rasa sangat jatuh sangat ter ke bawah sangat segala gala yang buruk, tapi ada masa kita perlu bangkit tak perlu nak menangisi segala takdir. Azam aku tahun ini untuk jadi lebih positif dan lebih tersusun dalam segala hal.
Hidup berumahtangga perlu kuat, kerana cabaran masing masing adalah datang dengan gaya tersendiri, lain dari yang lain, masalah kau lain masalah aku lain. Orang lain cuma boleh mendengar keluh kesah yang cari solution hanya lah diri sendiri. Adakalanya silap2 orang lain mentertawakan kita so kadang2 lebih baik pendam sendiri. Pendam dan cari jalan penyelesaiannya. Tapi apa jua masalah kita perlu positif dan terus kuat. Itu yang aku mahukan. Kalau 2011 aku lebih banyak go with the flow tapi tahun ini aku cuba yang terbaik selagi aku mampu dan bagi aku kita tak perlu lari dari masalah. Face it. Tekan masalah tu sampai terkeluar jalan penyelesaiannya.
Apa2 pun kadang2 masalah tu pokok punca dari keadaan yang tidak terurus. Besar makna mengurus. Mengurus masa, mengurus tugas harian, mengurus perasaan dan emosi dan sebagainya. Jadi perlu lebih pandai mengurus dan fokus.

http://hannahjohary.blogspot.com/2012/01/sejauh-mana.html
Lagi aku perlu perbaiki sesuatu, kerana lepas aku baca entry Hannah ada kesilapan yang aku buat aku dah sedar cuma masih kadang kadang celam celum take action kepada kesalahan aku itu. Ada hari aku ok ada hari aku rasa goyang. Iaitu aku perlu amalkan konsep bersyukur dan lebih menghargai. Tipu sangat kalau aku kata kalau aku tak rasa apa apa. Tipu lah kalau sapa pun takde rasa macam tu. Tipu tipu tipu. Kadang kadang timbul juga perasaan membangkit macam isu itu, kenapa tak dapat ini kenapa tak dapat itu, kenapa orang itu boleh dapat itu ini, memang ada kadang kadang, tapi ada masa aku kena tampar perasaan bodoh aku tu sendiri kuat2 supaya tak rasa macam itu sangat dan jangan rasa macam itu lagi. Aku mahu positif. Fikir ada orang masih rasa McD tu masih payah nak makan, ada orang masih pakai telefon hitam putih ada orang susah nak tukar baju beg tudung semua apa lagi aku nak??? Nak karpet dapat karpet, nak oven dapat oven, nak iphone dapat iphone, nak smartphone dapat smartphone, nak line internet laju dapat yang laju, nak sandal dapat sandal, nak beg dapat beg, nak makan sedap dapat makan sedap. Jadi apa lagi kekurangannya? Tak kira la menggunakan duit suami atau duit sendiri as long as semua kewajipan pembayaran atau bill tiap bulan berbayar on time, ada duit lebih boleh la guna makna belum la sampai tahap sengsara. Fikir masih lagi ada orang sengsara fikir untuk mencari sesuap makanan setiap hari. DanGG!!!
Pendapat aku juga, kite boleh nak tengok nak suka apa mereka dapat apa mereka pakai apa mereka beli, boleh turut gembira bersama..Tapi sila tukar kepada memotivasikan diri sendiri cakap pada diri sendiri satu hari nanti pasti aku akan sekelip mata boleh dapat lebih dari apa yang mereka dapat. Jadikan motivasi bukan iri hati, kongsi kegembiraan orang lain, pasti rezeki datang lebih luas pada kita. Percaya lah bahawa rezeki dari Allah selalu datang dengan penuh miracle. Kan selalu orang kata rezeki datang bergolek golek, rezeki tiba2 datang, rezeki itu rezeki ini haaa kan miracle tu namanya. Apa yang penting mesti mahu tukar iri hati, keluh kesah derita tu kepada yang positif. Belajar hargai, belajar bersyukur, teruskan berdoa dan sentiasa perbaiki diri...InsyaAllah semuanya will be ok.

2 comments:
ingatkan aku sorang jer ada perasan begini....huahuahua....tapi kan aku dah baca 2 article, satu dalam the star/sunday mail, satu lagi dalam majalah aper ntah.....kita jadi begini sbb social network! Maka di zaman ini kena lebih kuat iman untuk menangkis segala godaan syaiton. Hidup ini antara sabar dan syukur
syaitan tu jahat kan dekat gadget. dekat FB merata2 ada nya dia kan....kena kuat kan....atau lebih senang buat2 tak nampak walau nampak....
Post a Comment