Monday, December 5, 2011

Weekend yang sentiasa fullhouse

Ini minggu ke berapa entah memang asal weekend je energy badan pull to the max. Penat sepenat penatnya tak terhingga tapi kepuasan yang diperolehi juga setinggi tinggi langit. Menjadi diri saya melayan tetamu yang hadir memang cukup saya suka, memasak, mengemas tempat tidur untuk tetamu apabila tetamu pulang, syukur rasa happy sesangat.

Menjadi anak yang duduk jauh dari kedua ibubapa (family sendiri dan mertua) memang rumah sentiasa welcome dan terbuka dan perlu bersiap siaga sentiasa kepada kehadiran mereka. Walau kadang penat dan terpaksa batal mentah mentah agenda2 tersendiri bersama suami dan anak hujungnya saya kena redho dan carilah kegembiraan bersama family bersama. Nescaya akan puas juga akhirnya. Family mertua yang sangat rindu2 kan cucu tunggal mereka akan kadangkala tiba tiba mendecide utk datang KL esp. untuk Atok yang pantang tengok cucu cedera ke tak sihat ke, saya kena get ready untuk terima kedatangan mereka melawat cucu kesayangan mereka itu. Fungsinya di sini Facebook saya yang menjadi medium untuk adik2 ipar saya menghantar report kepada ibu bapa mertua saya bagaimana keadaan anak saya setiap hari. Itu pasal saya kurang gemar kalau ada orang yang suka merepek2 over the bridge di wall facebook saya demi kepentingan semua pihak. 

Pengalaman macam ini, berdikari untuk benda berkaitan family ini memang banyak saya pelajari lepas berkahwin. Persiapan nak terima family (yang akan bermalam) walau nampak simple tetapi bukan mudah dan ringan ye puan puan. Tambahan lagi hebat juga kerana saya bersama anak kecil selalu berdua tanpa suami di hujung minggu kerana dia sibuk dengan kuliah. Bayangkan la kehidupan normal orang lain yang tak punyai orang gaji, hanya hujung minggu masa mengemas rumah, vacum, cuci kipas, lap lantai, cuci tandas bersama sama, sarapan bersama sama tapi saya buat masa ini tak dapat rasa semua itu dan saya tak boleh mengeluh panjang tapi saya perlu cergas dan ligat buat semua itu demi memuliakan tetamu. Tak kira tetamu itu family sendiri ke tetap persiapan nya sama. Siapkan dan kemas tempat tidur, cuci tandas lap lantai cuci dapur semua dan paling penting kelengkapan barang dapur kena tip top. Kawasan perumahan saya di sini untuk mecari makanan melayu yang sedap aga sukar, jadi pastikan semuanya lengkap. (Lagi2 family mertua datang harus la jaga reputasi kan :p)

2minggu lepas turn family mertua, minggu yang lepas ni turn family saya, semuanya aktiviti masak makan masak makan, tetapi hasilnya puas. MIL kalau datang rumah saya memang dia akan masak dan saya jadi co. Chef saja. Sungguh tak berani nak mencuba memasak secara solo takut tak kena taste FIL dan kalau family sendiri datang Abah saya sendiri akan jadi Master Chef dan saya juga akan jadi co. Chef juga. Hehehe.


Kawan kawan pun ada juga datang rumah saya tetapi selalunya family lah. Nanti nak ajak kawan kawan ofis (saya tidak pernah ajak datang rumah sejak 3 tahun kerja sini kejam tak? :p)..kawan2 rapat saya sudahlah tentu saya akan ajak juga nanti. InsyaAllah....kerana :-

Hadith :
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

 
(Muslim)



Last weekend celebrate birthday Fariesya yang ke 3 @ my home

QQ with his sepupuss

Antara menu semalam

with birthday girl


No comments: