Monday, December 5, 2011

Hikmah

Pagi ini sangat segar rasanya. Badan segar alam sekeliling pun rasa segar. Sepanjang perjalan dari rumah ke taska ke pejabat sekeliling banyak pokok2 tumbang, daun daunan berterabur atas jalan. Semua ini angkara hujan dan angin ribut sangat kuat petang semalam di kawasan ini.

Bila di fikir2 mula2 aku kata wah dasyat nya hujan ribut semalam...eh teruknya ribut semalam..lepas lama2 terfikir sepanjang memandu itu eh kenapa tak aku kata begini "bagusnya" ribut semalam..Kerana apa? kerana ribut itu mungkin Allah S.W.T jadikan hikmah nya ialah untuk "mencuci alam"..Dengan terpatahnya ranting, tercabutnya pokok dan dahan, terbang gugur dedaun hijau dan coklat...Mungkin hikmahnya Allah S.W.T ingin mencuci alam ini. Bagi nampak terang dan segar. Yang itu yang benarnya.

Hasilnya mana pokok yang menghalang cahaya, mana daun yang serabut Allah dah gugurkan, hasilnya menakjubkan hari ini. Segar dan bercahaya. MasyaAllah....

No comments: