Wednesday, December 28, 2011

Project ber Oven

Dah beberapa hari tidak membakar bakar ni. Macam macam dalam kepala nak buat itu buat ini, semua rasa nak buat, budget pun kena pikir jugak ni nanti tak jadi membazir pulak..Dalam kepala sekarang rasa mau buat :-
  1. Blueberry muffin (alangkah bagusnya kalau ada buah blueberry segar)
  2. Cup Cheesecake with blueberry filling inside
  3. Classic Butter Cookies macam haritu punya tapi masuk raisin sikit dan nak lembutkan sikit, haritu punya sudah setel adik2 ipar ai makan dengan bestnya 
Ada masa aku rasa ah malas lah tak payah lah, ada masa tengah duduk2 kebosanan di ofis seambil melayari internet terjumpa project2 baking yang mengecurkan air liur, rasa mahu mencuba adakah hasilnya sama terus semangat membuak2 sanggup lunch hour tak makan nak pegi kedai kek tu.Tengok je lah apa hasilnya nanti ye.



Ni beberapa minggu lepas, projek pancake makan dengan chocolate sauce (guna je serbuk choc, susu ciar, susu pekat dan butter), juga makan dengan blueberry jem...Sehhhdap sekaliss esp. dengan choc. sauce.

3 comments:

nanonano said...

pancake guna oven? serius share resepi sket!!
sbb trase nk buat lama dah pancake mslhnye xde kuali non stick pan tu, huhu :p

» NAJA « said...

tak tak...adoi silap pulak gambar tak ngam dengan tajuk ye...guna kuali leper tu je tak non stick sgt pun beli RM15 je tu hehee

ibu chiqamie said...

dapnye pancake....kite dh follow.,jgn lupe follow blk :-D