Tuesday, December 27, 2011

Pagi yang HOT

Pagi pagi Selasa (dah macam Isnin blues) dah berderau darah aku.

" Kau kenapa kelam kabut pagi pagi ni ha!! Semua orang pun terlambat kau agak2 la nak bawak macam gitu!! Yang kau pegi hentam kereta aku apesal??!! Ni bukan sikit ni aku baru buat belakang dah RM400 tau takk!! ko hentam lagi depan lepas tu kau nak bagi aku RM50 jer??!! mana boleh!! Cat ni matelic bukan Nippon Paint!! Ni aku nak menjawab dengan laki aku lagi ni 1 hal!! Kau takpe lah kau guna van kampeni kau!! Sekarang citer kau nak aku report ke? Kau nak aku call dan claim company kau ke? Atau kau nak bayar kurang RM100??!! Bak sini i/c kau aku nak tengok aku nak call kampeni kau, kena potong gaji ke kena buang ke tu bukan masalah aku!! Yang kau bawak van macam orang gila kenapa??! Tu kalau kau terlanggar lagi teruk tu tengok anak aku dalam kereta tu!!"

Haa tudiah! Antara dialog yang aku ingat lagi. Pagi tadi 8.20am dah keluar rumah very the slow and safe driving okeh. 20km/h. Tiba di satu simpang 3 antara rumah (5 buah apartment cokia di situ guna simpang itu, sila imagine traffic flow dia macam mana) dan di simpang itu juga sibuk juga orang menjual nasik lemak, kuih, roti ber van van, durian kalau raya cina pulak limau mandarin juga ada dijual,  simpang itu juga sibuk Bas Selangor dan Rapid KL punya bus stop, simpang tu juga orang lintas2 jalan macam jalan tu toknek dia punya. Sepanjang bertahun drive di situ memang tiada niat utk tekan minyak lebih dari 40km/h kalau tidak nahas! Sedang memandu dengan penuh berhati hati dalam hati berdetik gila lah simpang ni memang sibuk dan huru hara! tiba tiba di himpit di sebelah kiri (belah QQ okeh!) dengan sebuah van Daikin! shitttttt!! Terus signal ke tepi, tak tau dari mana datang kekuatan selalu aku takut nak marah2 ni, aku hamburkan semua kemarahan di atas! Puas hati,. Perhatikan ayat2 di atas tiada noktah kan, ha laju tak laju bullet aku. Aku tak tau berapa aku nak letak amountnya tapi firasat aku tak lah teruk mana pun macam yang dulu aku buat tu, so yang terlintas RM100, sebab wax baru rm80 kot kan, lepas tu takkan nak biar dia cabut cam tu je, kang balik berbakul aku kena tiauw dengan Tarosan. Dia bagi alasan "kite memang takde duit kak sewa rumah pun tak bayar lagi" "Eh itu masalah kau, apa kena mengena dengan aku yang kau bawak van macam orang gila apahal???!!"

At last dia bagi aku RM100. Masa tu QQ dah melalak2 dalam kereta angkat pulak dukung keluar sambil sambung bebel2 kat budak tu. Drama sungguh pagi2 tepi jalan besar sorang mak budak yang gagah perkasa dukung anak marah2 sorang budak lelaki hahahaha..Tapi jauh sudut hati aku mmg jatuh luluh rasa kesian. Aku juga punya adik adik lelaki sebaya budak tu. Tu aku cakap kat budak tu call la sesiapa pinjam duit dari aku call dan claim company ko atau even worst aku report polis sama. Hati perempuan macam kerak nasik sungguh. Harap2 RM100 boleh cover balik.

3 comments:

Luv like this.... said...

owhh..garangye mak QQ

Sue Mommy Cinta said...

pheww dasat mak si Q ni... tp bagus jugak...kekadang tak boleh bg muka sgt derang nih..

Iszuanie Ilias said...

huhuhuhuhu naseb baik sikit jer scratch kalo xsure kena tiaw dgn tarosan....