Tuesday, December 6, 2011

Jawapan Terbaik

Ada juga aku ceritakan bahawa minat QQ bukan pada pedang ke pistol ke, toys kecik2 ke apa ke tapi lebih kepada transportation terutama kereta2 besar, bas, forklift yang bunyi engine kuat2 punya. Memang kalau bawak dia pegi mana2 yang ada jual toys ..Toys R Us apatah lagi kan dia pasti akan capai benda2 berbentuk kenderaan saja. Kalau kedai RM2 pun sama juga. Membuat bunyi bunyi engine kalau main2 kat rumah sorang sorang itu adalah perkara biasa bagi dia. Memang 70% toys dia adalah kereta dan forklift.

Perkara biasa kalau kite bukak channel yang ada F1 race ke apa ke dia boleh duduk tercegat tengok sambil jerit kuat kuat entah geram ke entah apa hanya dia yang tahu.

Fikir punya fikir antara sebab sebabnya dia minat benda2 macam tu ialah:-

1) Babahnya suka tengok or main game lumba2 kereta la motor la even aku sendiri pun suka gila main N4S punya game tu dari dulukala lagi.

2) Dia dari umur 2 bulan lebih dah duduk dlm carseatnya pada setiap hari aku nak anta dia pegi sekolah pada hari2 bekerja. Kira la dalam sebulan berapa kali dia naik kereta duduk depan dalam kereta kan. Jadi pemandangan dia kepada kenderaan2 di atas jalan raya adalah sangat luas.

3) Ini paling kuat aku rasa reason nya. Ofis aku ni terbahagi kepada 2 iaitu atas bahagian office dan bawah bahagian kilang/workshop. Kerja2 test engine engine besar yang bervoltan tinggi memang akan di buat di kilang ni. Setiap kali sebelum hantar set engine keluar ke site, engineer2 JKR atau private sector akan datang test di kilang. Engine running bukan 8 9 minit tapi 8 - 9 jam. Bayang la dari aku punch masuk kerja sampai aku punch balik kerja engine yang bising gila tahap nak meletop tu sentiasa running. Kita ada loadbank (tempat test engine serap bunyi) kita sendiri tetapi kalau engine berkuasa tinggi load bank itu tak dapat menyerap sepenuhnya bunyi bunyian tersebut. Maka dapat dirumuskan di sini selama 9 bulan aku bawak QQ dalam perut dalam seminggu tak kurang 5 kali mesti dia akan dengar bunyi engine kuat2. Jadi memang inilah salah satu faktor kenapa dia suka buat bunyi engine kuat2 dan suka kenderaan besar besar. 

Sentiasa aware dengan signage ini

Antara benda yang kena sumbat kalau lalu tepi engine..Rasa boleh pecah telinga kalau tak pakai
Jadi mama tak risau dah skrg kenapa QQ begitu extreme dgn. transportation. Mana tau nanti QQ jadi no.1 person utk TNB ke, Sime Darby Power ke kan..Amin....

1 comment:

RZMs Mommy said...

hahahahaaa....gud gud. QQ da bomb!!!!