Thursday, June 30, 2011

Musim datang lagi

Sekarang musim anak² sakit telah kembali. Tengok keadaan cuaca sekarang pun memang pelik, pagi hujan lebat masuk tengah hari terik, petang panas terik tak pun hujan lebat, malam kang panas tak pun hujan juga.

Sian anak² yang tengah nak develop antibodi memang kena struggle, lagi² yang duduk hari² bercampur gaul dengan kawan² yang ramai kat taska, kalau kita memang jenis jaga anak kita bagi makan vitamin la, makan² makanan terbaik setiap hari tapi kalau ada parents yang ala ala je pada anak2 terkena juga pada anak kita kan. Ye aku bukan menyalahkan anak orang dan tak percaya pada takdir tapi bak kata kawanku yang anak baru je discharge dari hospital sebab tak sihat "i pelik la tengok budak botak tu dari beberapa minggu lepas asal i datang tengok hingus dia meleleh je..parents tak buat apa² ke??". Ye bukan aku nak salahkan takdir tak percaya takdir ke, kalau nak kena, terkena la jugak kan, tapi tu la jangan la biar budak² tu macam tu je kan..Ni la orang cakap zaman sekarang nak ada anak biarlah kualiti lebih dari kuantiti.

Qhalyf demam kali ni, tapi this time aku tengok ada naik bintik² merah sikit, memang a few days before demam tu dia banyak kena ketip nyamuk/ semut tak pasti tapi teruk dia kena. Macam2 benda aku dah apply segala krim, tukar cadar, sarung bantal selalu, sapu dan mop rumah, beli ubat macam tapi still kena. So semalam patut nak berjimba rumah SIL kena tukar plan balik kerja terus ke Klinik Kesihatan Jinjang, 2nd time pergi sini 

Sungguh sistematik dan canggih + waktu operasi sampai jam 9malam, dek kerana Qhalyf memang sherashi bershame dengan segala jenis ubat KK yang di yakini sukatan nya, maka gigih dan gagah juga la ke sini walau boleh je pergi mana2 klinik terdekat rumah dan claim, tapi since tengok banyak ubat yang terbuang dan hanya ubat KK je dia layanzz soo ke sini lagi lah kita ye. Tapi ada betul juga sebab dari pembacaan aku dan kata Doktor kat KK tu kata budak less than 2 years mana ada ubat selsema batuk segala walau nak bertegang urat jugak aku mintak dia stok nak bawak pegi Mekah haritu, tapi kalau aku pergi private boleh je berdentam dentum berkoyan koyan dia bagi stok segala jenis ubat selsema demam dan batuk kan..yang ada hanyalah ubat cairkan kahak yang blocking dalam paru²

Budak yang demam mata pun nampak tak sihat, masa ni almost 39 suhu dia basahkan kain, bagi minum liquid banyak². Adihai Qhalyf makin lama sejak tengah ligat ni + demam ni makin susut la. So semalam doktor suruh tunggu sampai Jumaat sebab kalau tak elok jugak demam baru boleh buat blood test. Bintik2 tu sama ada mmg insect bite atau mild chicken pox or denggi. Ha ko..mau tak cuak dengar sebab this time paling teruk dia kena demam. Tengah berdoa Qhalyf sihat hendaknya takde apa² sebab cuti mama dah habis dah untuk tahun ni tau huuaawaaaa....Kalau kena admit pun mama tgh pikir² ni nak masuk Hospital Selayang ke, HKL ke atau guna insurans je pergi DSH ke, SDMC ke selesa sikit..Tapi takmo la pikir sampai ke situ kan..

Tengok chart denggi kat KK. Mendahului ialah rumah Ticher Feena okeh. Sangat ngeri.

Harap sangat petang ni aku amek Qhalyf dengan condition yang bagus sekali sebab tadi masa lunch call sekolah, cikgu kata tak demam dah.. Harap begitulah. Hai hati mak mana lah tak risau bila anak sakit kan.. 

3 comments:

sukahati said...

finjam gbr kak :p

RZMs Mommy said...

bulu mata x bole blahhh...

but than bila anak sakit hati ibu yg x tenteram kat opish kan...huhuuu

Ayaa Sofea Malaysia said...

Sofea baru jew elok seminggu dua ni..kesian depa sebab tak tau nak cakap sakit ker penat ker hidung tersumbat ker