Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Kembali

Rasa sekejap sahaja masa berlalu, rasa macam baru je raya tahun lepas..Kini Ramadhan dan Syawal kembali..dan harapnya Allah s.w.t panjangkan usia ku, kesihatan ku juga kepada orang2 sekeliling ku untuk terus dapat menikmati Ramadhan dan Syawal kali ini.

Kalau tahun lepas aku betul baru habis pantang dan baru mula kerja lepas 2 bulan cuti maternity leave, bermakna Qhalyf baru berusia dalam 2 - 3 bulan, suami pulak kalau weekend memang tak berbuka bersama, teringat kembali memori berbuka puasa bergenang genang airmata makan sorang2 depan buai Qhalyf. Sedihnya macam kena apa saje. :-)

Tahun ini pasti suasana bertukar sekali lagi. Qhalyf sudah nak masuk 1 tahun 2 bulan, sudah pandai berjalan, sudah pandai makan itu ini. Sudah pastinya meriah juga sesi berbuka puasa atau takda option lain kena makan bergilir gilir. Boleh juga ajak Qhalyf makan sekali tapi kena bentang suratkhabar lama kat bawah lapik satu rumah baru boleh makan sekali..**oh macam disaster saje idea tu lepas tu sure kena mop rumah tiap2 malam**

Puasa kali ini azam ku dari awal kalau boleh memang tak mau pergi bazar Ramadhan, biarlah aku makan tak berkuih muih pencuci mulut bagai, asalkan ada kurma, 2 jenis lauk atau lebih (masak sendiri) dan buah2 serta air best. Semua niatnya nak home made. Sebab aku selalu kecewa dengan makanan2 di bazar Ramadhan dan pastinya harga akan mahal sebab semua barang asas telah naik.

Persiapan raya pun dah beransur ansur buat tak mahu jadi macam tahun lepas semua nak buat 1 masa..terasa agak perit di situ, perit nak bagi masa 1 hal, perit poket pun 1 hal kan...now learn from the past konsepnya..Tinggal yang minor2 je lagi.

Tapi apa apahal persiapan Raya dah pun berjalan sikit sikit..

Harapan Ramadhan ini aku lalui dengan penuh makna yang gembira bersolat terawikh juga impian aku, kadangkala berazam nak bawak saja Qhalyf ke masjid utk terawikh membayangkan aku boleh je bawak dia sembahyang kat Masjidil Haram kan..tengok dulu keadaan nya macam mana (sebab masa tu tak 'dapat kaki' lagi)

Tak sabarnya menunggu kedatangan Ramadhan yang makin lama walau usiaku makin bertambah tapi makna disebaliknya bertambah penuh nikmat..Alhamdullilah...

Si kecik yang semakin banyak idea bernas :-)

2 comments:

sukahati said...

"selalu kecewa dengan makanan2 di bazar Ramadhan dan pastinya harga akan mahal sebab semua barang asas telah naik." - so true. AKu perhatikan pun....tahun lepas kat bazar ramadhan pun dah tak ramai org.....aku rasa sbb mahal dan tak berbaloi dengan rasa....beli sambal ikan bilis rm2 macam beli 50sen jer

Suraya said...

hi naja... lama nya tak singgah your blog.. dah ada baby dah pun... comel sgt si kecik tu.. handsome!!