Friday, January 28, 2011

Politik Pejabat

Apa ye perasaan si T tatkala si A mendapat lebih dari dia terlebih2. Iye walau kenyataan nya nampak si A membuat kerja naik turun nya tapi si T juga ada fungsi nya. Bezanya si A tidak selalu argue dan YES BOSS sebaliknya dengan si T. Si T orang lama bertahun tahun dari si A. Adakah kerana bayang bayang si A yang mendominasi kerja dan bosses akan menutupi segalanya kebaikan si T. Kalau aku di tempat T aku akan terus memandomkan diri kerana bukan semua si A yang bagus bagus sahaja.

Walau aku tidak di kelompok si A dan T, walau aku patut berkongsi kegembiraan dan orang selalu berkata kongsi la kegembiraan dan kesyukuran lantas ia akan mensucikan hati mu tetapi aku tidak boleh menidakkan bahawa aku juga turut sakit hati. Tapi apa aku boleh buat aku takde hak dan orang lain boleh menilai. Tapi penilaian ini sungguh tidak adil. Walau dalam rating 1 - 12, dalam no 1-11 itu semua tip top tiba tiba bila datang no 12 terkiuk sikit..yang no 1-11 tu tak nampak dah ke tip top an nye...yang jahanam no 12 tu yang di nampak dan warwarkan nya. Apakah si A mempunyai ketiptopan nya dalam ke semua 12 nombor itu. Wah hebat lah kalau macam itu.  Somebody is perfect nampaknya.

Lepas ini aku tau lah memulang paku buah keras. Kalau dah kerja dia boleh di kongsi bersama aku, kerja aku kerja aku. Terbaik sungguh. Pukul canang gembira pada semua orang tanpa sedar semua orang looked back and say "pirahhhhhhhh" dan pastinya tahun ini , selepas2 ini kepala nya akan lagi ligat berdenyut angkara semua akan pulang paku buah keras setimpal dengan "hujan yang lebat" yang dia dapat.

Aku tidak tahu kenapa aku rasa macam ni sebab aku juga tidak ketinggalan dalam tergolongan dalam staff kumpulan gred no. 1 itu ,tapi si A yang di angkat di julang terlalu tinggi hingga kami terpaksa mendongak beliau..ini adalah sesuatu yang amat menyakitkan..

Aircond berapa kuasa kuda dan berapa tinggi suhu dia pakai?? Ok lets muhasabah diri. Ada beberapa point aku rasa aku tak dapat tip top 12

  1. Sebab aku selalu menyeimbangkan kerja aku dengan berleka leka di internet
  2. Sebab aku selalu punch balik sharp 5.30pm (aku nak amek anak laa, aku datang awal 15 minit ko ada kire?)
  3. Sebab meja dan cubicle aku betul2 mengadap bossess manakala A di tingkat bawah jauh dari segala CCTV dan muka bosses (tido baring take a nap sekejap TAK ADA dalam kamus kerja aku)
  4. si G yang mulut tak boleh diam time kerja nak bajet macam lepak kedai kopi cakap tak reti nak noktah selalu lepak di meja aku untuk bercerita walau bosses ada walau aku tak respon diam sambil tgk pc tapi dia tetap bercerita
  5. si H yang selalu ngumpat nyindir2 bosses kuat2 sambil tuju juih2 mulut kenyit2 mata kat aku ajak join ngumps secara berjemaah.
  6. Ada 4 bosses yang 3 aku YESS BOSS selalu boss yang ke empat aku selalu ber WHY? ermmm NO! KENAPA? HURMMMM..
  7. dan teguran pagi tadi kepada aku dan G tentang tolong pick up phone cepat membuatkan aku sangat sangat tak boleh terima teguran itu kerana aku sendiri telah mengubah kedudukan phone aku betul2 depan muka aku supaya dengan niat aku selalu pick up cepat tapi kenapa kena lagi??? Aku receptionist kah? operator talipon kah??
So itu saja aku dapat rasa kan point2 negatif aku. Apa mau buat taik kambing bulat bulat dah la nak balik kampung lah macam ni sakit hati aku, tapi sebelum balik nak sopim dulu lah muhahahhahaa lets berjimba lupakan duka lara.....nanti pergi Mekah aku nak doa banyak2...Nak bersihkan hati banyak2...semoga aku lebih bagus dari A tahun hadapan. InsyaAllah..


**Nota: Disebalik kepahitan ini terselit hikmah bahawa aku patut lebih banyak bersyukur...

4 comments:

Iszuanie Che Ilias said...

kekdg aku x phm aper yg boss nmpk... sampai seteruk tu dia bg pada yg buat kerja... ntahla....

» NAJA « said...

aku sakit hati ni

DedDy AdaM said...

standard lembu nyer susu..sapi dapat nama..tapi semua olang tatak tau..yng itu lembu ala bodo jugak..bukan pandai pown..

DedDy AdaM said...

standard la..lembu nyer susu..sapi dapat nama..tapi kadang2 org tak tau yg itu sapi bukan pandai pown..ada bodo jugak..tunggu time la..akan nampak la bodo dia secara terang2an lagik..