Wednesday, December 15, 2010

Nursery Taska with Love

 Diam tak diam sudah masuk 4 bulan lebih Q masuk nursery. Pada awalnya masa tempoh percubaan yang betul2 meruntun hati aku sebaik tinggalkan dia..sampai sekarang ni jugak kalau tiap pagi hantar dia..aku takkan lepas pandang dia sampai cikgu bawak masuk dia ke dalam..walau hanya nampak mata bulatnya tu, tapi itu sudah cukup untuk buat hati aku berkata pandainya anakku kecik2 dah kena tinggal ramai2 dengan kawan kawan untuk tempoh beberapa jam. Doa aku tak pernah putus untuk Q semoga di curahkan kasih sayang pada hati penjaga2 nya dalam menjaga dia, lindungi dia dari sebarang perkara perkara buruk, lindungi juga dia dari sebarang penyakit berjangkit dan segalanya.

Tapi diam tak diam dalam 4 bulan tu banyak jugak lah ada beberapa perkara yang buat aku hangen puting beliung dengan nursery. Memang diakui aku memang tiada pilihan lain kerana dalam komuniti aku yang dalam ruanglingkup rumah-pejabat-nursery hanya ada 2 sahaja nursery untuk muslim dan oleh kerana aku terpaksa bekerja 3 kali di hari Sabtu untuk setengah hari  setiap bulan maka hanya tinggal satu sahaja pilihan yang ada dan itu lah nursery sekarang. Aku tak pasti antara 2 nursery ini yang mana satu paling ramai budak tapi kepada ibu bapa yang bekerja di hari Sabtu itu lah satu satunya pilihan macam aku juga jadi di sini aku agak inilah nursery yang lebih ramai dari yang lagi satu. Memang diaorang menjaga Q dengan baik (aku agak je) selagi tiap petang aku amek anak aku dari nursery tiada apa2 yang teruk berlaku, selagi aku tak terima sebarang panggilan terkejut selagi itu aku kategorikan diaorg menjaga anak aku dengan baik dengan erti kata lain TUTUP SEBELAH MATA SAHAJA. Tapi lately sejak2 musim cuti sekolah ni, makin hangin pulak aku dengan nursery ni, mana tak nya asal aku balik nak amek Q je mesti ramai je kat luar tengah main kat padang tu budak2 besar. Budak transit. Rimas okeh. Aku yang kejap pun dah rimas macam mana la keadaan anak aku kan. Ok takpe tu hal minor. Tutup dua dua mata rapat rapat.

Since dari Q belum meniarap, hati ni berkata kata dengan sangat laju ambik balik rocker tu..ambekkkk...ada juga percubaan 2 3 kali cakap dengan cikgu tanya Q tu hanya letak atas tu sepanjang hari ke? ada letak bawah tak? ada masuk baby cot tak, siap aku cakap kena letak bawah bagi dia belajar meniarap sebab dah masuk 4 bulan umur dia masih belum meniarap..cikgu kata tido je atas tu sebab takut yang lain terpijak dia (Q paling kecik sekali di situ setakat ni)..Terus aku macam patah kata kata, kemudian aku tunggu keputusan keberangkatan kami sekeluarga ke Tanah Suci (oh ini cerita lain next entry) mungkin ini masa terbaik untuk aku ambik balik rocker tu tanpa alasan lagi dari cikgu, tapi jawapan keberangkatan tu sebaliknya maka tak boleh pulak jadi hari Isnin tu aku bagitahu cikgu yang Q sudah meniarap, jangan biar dia atas rocker tu nanti dia jatuh tersembam dan masa aku amek Q aku tanya direct lagi cikgu guna lagi ke rocker tu? Selambe dia jawab ye guna! sebab dia (Q) tak nak tido bawah. Lagi sekali aku zip mulut! (Damn!!! kenapa aku tak reti melawan ni) Lagi sekali aku patah kata kata. Dia kata anak aku tak nak tido bawah ke atau dia malas nak dodoikan anak aku tido. Habis kat rumah aku bagi tido macam mana pulak kan?? Aku gagal aku hilang idea macam mana aku nak cakap berlapik untuk amek semula rocker tu, bukan aku tak kesian dekat Q nanti tido atas tilam yang dah aku bekalkan tu tapi ini untuk kebaikan dia juga. Aku buntu betul sekarang.

Perkara kedua ialah pasal salin lampin. Dari sejak dulu aku tak pernah bagi kurang dari 7 keping kecuali hari Sabtu aku cuma bekalkan 4 sahaja sebab separuh hari. Memang di akui sejak Q start solid food dia kurang susu berbanding dulu setiap 2 jam sekali maka pembuangan air kecil dia agak kurang. Tapi takkan la tak kencing langsung anak aku tu sebab penggunaan nya hanya 2 keping sahaja setiap hari. Mungkin di waktu pagi lepas mandi dan waktu mandi petang. Ini sangat melampau dan ini juga mungkin penyebab beberapa minggu lepas anak aku kena ruam lampin. Ini lah sebab nya! Aku jaga dari lahir kulit Q sangat superb okeh tak ada merah tak ada apa cacat cela kulit dia sebab aku rajin makan sayur bayam dan air kosong sekali dah umur 5 bulan lebih masa tu kena ruam lampin. Apakah?? dan bila aku balik krim antiseptik tu bersama Sebamed krim dan Dropolene tu pun macam pakai tak pakaikan saje. Masalah la macam ni, bukan aku tak bagi cukup lampin kan. Apa yang busy sangat sampai terabai anak aku tu?

Hal ketiga pasal sukatan susu. Sebelum Q mula solid food 2 3 minggu sebelum tu dia memang ber reaksi macam lapar dan tak cukup susu 120ml tu. Ok itu aku tahu dan once nursery mintak tambah dos susu aku up kan pada 6scoop = 180ml air = 6oz. Tapi bila aku cuba sukatan yang sama di rumah, anak aku tak habis pun susu sebanyak itu dan aku ignore saja tak habis aku buang je dan bila Q dah mula solid food lagi la dia kurang susu, dan aku dah monitor dia macam ni aku kurang kan dos susu dia ke sekolah kepada 5oz (sebab malas nak cakap banyak) dan kalo di rumah aku buat 4oz je kalo lebih sure bazir je. Tapi yang jadi masalah nye di sini ialah setiap kali petang aku amek dia, aku amat jarang bukak beg susu terus kerana lepas Q tido baru aku kemas beg tu dan lately menjadi kerap sangat susu sebanyak 4oz- 5oz terbuang. Kalau anak aku tak lapar kenapa bancuhkan susu tu? Tak luak langsung!!! Q balik rumah pukul 6 aku dah bagi makan malam dan hanya akan susu pukul 8 malam nanti. Sudah tentu susu yang di bancuh 4 jam lepas tu dah tak berapa baik kondisinya kan. Jadi memang bengang aku tiap kali aku tengok separuh botol Avent tu terbuang. Halllloooooo! aku beli susu bukan pakai air liur ok! 650g susu tu dah rm40!! dan sebulan mostly aku spend dekat RM200 untuk susu sahaja lagi nak bazirkan..bukan susu yang harga belas2 ringgit ok dan kalo susu tu susu Enfalac + lagi aku menyirap tahan Gunung Merapi kan!!!! Itu mujur tiap hari aku bagi susu yang dah bersukat, kalo aku bagi by tin..Lagi la sedap ko membancuh kan!

Pasal solid food pun satu hal jugak. Di rumah kalau Q makan Cerelac tu dalam 4 scoop (scoop susu aku guna)sahaja. Kalau aku bancuh lebih dari tu (sukatan sekolah) mesti terbuang punya. Tapi bila aku bekalkan sukatan yang macam tu ke sekolah, setiap kali tu jugak aku di komen "Qhalyf tak cukup makan, tidur pun kejap je tak lena". Jadi setiap hari aku bagi 6 scoop. Memang santak lah perut anak aku tu kat sekolah. Tak cukup makan ye!!! Aku menjadi sangat pelik hal ni dan bila cerita dengan mak  dan mak mertua masing menyedapkan hati.."ooooo agaknya kawan2 ramai tak sambil main2 sambil makan jadi berselera la Q"..Ayat menyedapkan hati..Harini aku masakkan Q bubur kentang bilis aku bagi 10 sudu nak tgk apa dia komen aku pun ada standby kan Cerelac just in case kalo Q uwek uwek kan bubur tu. Agaknya bagi perut Q santak betul betul dan Q akan tidor lebih lama dan senang kerja diaorg.

Ada lagi masalah lain, tentang cuti. Mengikut T&C dan Regulation masa pendaftaran cuti hanya akan lama pada Hari Raya Puasa dan ini hanyalah dongeng semata kerana setiap kali any festival contohnya Raya Haji aku cuti Public Holiday sehari nursery buat memo di luar pintu nursery tutup 2 hari. Apakah? Aku direct tanya saya ni dah takda cuti tak boleh ke bukak, dan sesama cikgu akan berpandang2 antara satu sama lain. Apakah lagi? itu belum masuk Public Holiday yang fall on Friday automatic dengan lajunya memo akan keluar nursery closed down on Saturday!!! Wooooooooo habis aku ni kerja Sabtu macam mana pulak, dah tentu2 la aku anta anak aku kat situ sebab ko operate on Sabtu kan! Ada sekali tu on Hari Raya Puasa yang lepas..nursery bagi surat memo pada parents yang akan tutup seminggu. Ok noted di situ kami sekeluarga dan berhempas pulas la amek UNPAID LEAVE masing masing tup tup tup ada cikgu yang terlepas cakap bahawa nursery ada bukak awal sebab ada parent yang dah mula kerja. Nak carut ke tak ni??? dan bulan itu aku bayar penuh walau seminggu lebih Q tak pergi sekolah. Fine!

Banyak lagi hal hal lain belum masuk hal yang kecik yang kadang aku ternampak macam ada kesan biru dekat pipi Q sikit, pasal nursery banyak nyamuk ketip2 Q, pasal bantal jadi busuk akibat lepas mandi terus henyak anak aku dekat bantal rocker tu, pasal tilam Anakku tu aku tengok ada budak pegang tilam tu kat dapur, pasal puting botol susu Avent tu dari asalnya stage 2 tertukar ke stage 4 punya puting, pasal ada budak yang ligat macam apatatau (hati ni jahat je nak gelar anak orang bukan2) yang Q tengah tido aku dtg nak jemput dia budak tu boleh tepuk perut Q tersentak anak aku tengah tidor yang aku rasa nak tendang dan tampar budak tu kuat2 dan macam2 hal lagi.

Aku juga ada pernah call Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian pengurusan taska dan tadika aku mahu diaorg buat lawatan susulan sebab aku tak pernah nampak lesen terpampang seperti requirement JKM tapi nampak nya tak ada apa tindakan. Lembap!! Makan gaji buta!! Lepas ini juga aku akan buat laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Gombak aku nak report pasal nursery banyak nyamuk. Bukan aku nak memboikot, aku tahu anak aku masih di situ tapi ini untuk kebaikan semua pihak kerana aku tengok nursery ni macam ambil kesempatan ke atas parents yang hantar anak dia kat situ kerana kami tiada pilihan. Komuniti aku di sini adalah kaum Cina yang taska mereka lebih 100x bombastic dari yang muslim punya. Pernah terpacul idea kepada kaum keluarga aku nak hantar Q ke taska non muslim tu tapi banyak pulak faktor berlawanan maka kena la hadap yang sekarang ini.

Aku sangat bengang kadang2 aku ni macam orang bingung sorang pikir apa patut aku buat, aku nak cakap ke atau aku diamkan saja utk semua2 perkara tu. Apa diaorang ingat aku baru jadi mak aku ni tak pandai hal budak. Aku tau la yang terbaik untuk anak aku. Entah la di telan mati emak di luah mati ayah....aku tidak gembira dalam hal ini :-(

3 comments:

Iszuanie Che Ilias said...

well panjang nyew adoi sakit gaks membaca... hurm aku pown xtau nak ckp apa tp mungkin betul jangkaan ko mungkin salah... aku xpernah ada anak tp pernah la tolong mak aku jg anak buah aku... mmg kalu dudk dgn opah diaorg makan lebih dai umah n badan mmg hantap sgt... kakak2 aku suka komplain kalu bg ke mak aku susu n nestum sure terlebih dari sukatan biasa n cepat habis.... tp xperlah kan sebab mmg mkn... so kita puas hati.. badan anak sihat n makin hantap.... tambah2 susu n nestum x terbuang... tp kalu weight baby still sama n alasan diaorg baby kuat mkn... sure ada x kena.... ko buatla spot check jaja.... itew yg the best

» NAJA « said...

aku nak bukak mulut kadang masa anta dan amek Q pun macam berat. sampai aku rasa aku ni banyak tanya pulak dengan cikgu2 tu. nanti derang ingat aku cerewet sangat pulak..tp hati ni tak tertahan tahan...
aku fikir tak apa lah. biarkan je lah..cuma bab susu bazir dan lampin tak tukar je aku tegur bab bagi sukatan lebih tu depa nak buang ke nak bagi budak lain makan pun buat je la asal senang kerja diaorg...biar aku rugi takpelah manje..asal anak aku selamat....

Sal Abdul Rahman said...

hmm bab tak tukor lampin lama2 tu mmg kak wati pon very particular! sbb air kencing kalo diperam lama2 mmg la ruam bagai..kulit baby kan sensitif..

tp mmg susah gak nk cakap pasal nye ko tade choice. macam kak wati die antor kt umah makcik tu takde sape selain anak kak wati & cucu makcik tu je. so mmg tak susah ati la bab2 ni..

sabo lah..kalo dah rasa melampau, ko kene cakap gak ngn derang..