Monday, December 27, 2010

Review 2010

Macam tahun2 lepas resmi blog aku ada buat review bila hujung tahun. Diam tak diam tahun depan sudah masuk tahun ke 3 aku bersama blog kerdil ini. Kerdil je blog aku ni tak macam tuan tanah kan. Nuffnang pun cam sesak napas je nak bagi duit kat aku. Malas aku add adv yang lain buat semak blog je..aku paling nyampah kalo aku nak loading blog terhegeh2 nak appear content..jadi kita biarkan mana yang ada pastu kite layan menulis sajelah...Malas aku nak berangan konon duit nuffnang leh withdraw segala..Hahaha...

2010 impak besar yang terjadi pada aku ialah bertambah status kepada isteri dan mama. Alhamdullilah dapat memiliki seorang zuriat penyambung waris, lelaki pulak tu..Syukur ya Allah..Lahirnya QRS (Qhalyf Rizqy Shukor inspirasi daripada angkasawan negara juga Sheikh Mudzaffar Shukur). 10060710 itu dia 8 pangkal nombor pada ic QRS. Detik2 kelahiran ada seperti di posting terdahulu di mana kelahiran beliau banyak merubah rutin hidup kami. Apa yang penting dia membawa kebahagian, dia membawa rezeki dia dan dia tumpuan kami sepenuh jiwa tiap saat dan masa.

Kerjaya pula tak banyak berubah. Masih di department yang sama, buat kerja yang sama tapi kerjanya bertambah2 dan apa aku dapat rasakan management semakin percaya dan oleh itu kerja ku bertambah tambah. Tak apa lah janji rezeki tetap masuk tiap bulan, tiap tahun kalau orang dapat 1 ko dapat 2, orang dapat 2 ko dapat 3..tak ke suka namanya tu. Buat masa ini walau kadang2 tertekan dengan dateline, karenah bosses, client etc..aku masih di tahap ok tak de pulak rasa nak bukak jobstreet update resume ke..Walau persekitaran aku kerja ni tidak lagi segah dulu kiri kanan sopim complex segala aku rasa ini paling selesa dan inilah kerjaya aku paling lama dalam hidup aku.Nak nak pulak kalau dapat offer lagi ok tapi jauh dari rumah dan anak.tak macam sekarang dalam masa 15minit dari rumah anta anak, dan masuk punch card..Nak masuk 3 tahun sudah. Harap bertambah baik di masa hadapan. Aku masih dengan impian besar aku..kalau ada rezeki baru la aku betul2 resign.

Tahun depan aku rasa aku tak nak la pasang angan angan banyak sekali.Nak sikit je. Azam aku betul2 tahun depan nak kurangkan berat badan. Aku tak fikir nak melawa ke apa cuma untuk kesihatan dalam jangkamasa panjang. Aku pun tak tahu macam mana nak mula tapi aku sangat bertekad. Kerana baru baru ini kami suami isteri timbang berat di Tesco dan yadayadayada sila lah berdiet. Aku tengok dia, dia tengok aku..Hahaha.

Semoga Allah s.w.t terus memberkati hidup kami sekeluarga. Berkati kami dari segi  mudahkan urusan kehidupan kami, tambah kan lah sumber rezeki kami, kesihatan yang baik baik saja dan besarkanlah anak kami yang garang itu dengan baik sekali. Sesungguhnya aku sangat bersyukur atas limpah kurnia mu ya Allah...

4 comments:

Iszuanie Che Ilias said...

yehaaaaaaaaaaaaaa... aku pow ada buat review tapi dah tukor blog syg sungguh blog lama tu dah dikorbankan..... huhuhu sperla azam baru kan.... tapi dgn blog nih pown kena stalk apa kah??? adoi skait jiwa... anyway moga berhasil kempen diet anda n tarosan...

» NAJA « said...

hahaha..ape la nasib yek ade yg nak busy body hal kamu kan..sedangkan kamu tak kacau orang pun..thank you manja..hahaha ko pun aku rasa might be hectic by 2011 :p

Sal Abdul Rahman said...

hopefully 2011 bakal membawa sinar baru untuk mak..and utk we'ols suma jugak, insyaallah ;)

» NAJA « said...

Aminnn...