Friday, December 17, 2010

e.m.a.s


Aku ni tak tahu lah kenapa memang tak boleh dekat dengan emas. Alkisahnya aku ni memang jarang suka nak pakai pakai emas ni. Elok je tersimpan dalam kotak tu. Mak aku cerita sejak aku kecik memang aku rimas emas2 ni..Rantai ke gelang ke kadang2 je aku di paksa pakai contoh macam hari raya ke apa ke..

Semenjak dua menjak ni sejak otak aku ni macam fully utilized ni aku menjadi jadi pelupanya. Mula dengan kes pertama..Gelang kawin yang ada rosak sikit aku tak pakai. Kes ni masa raya. Aku simpan di celah handbag raya tu dan aku pakai handbag tu macam 2 minggu dari start raya tu. Lepas itu bila masa nak tukar handbag dalam keadaan kelam kabut aku intai gelang itu konon nya masih di situ..Intai secara rawak sekali imbas gitu (keadaan kelam kabut sendiri faham lah)..Lama lebih seminggu aku jenguk balik beg tu dan tadaaaaaa benda nya sudah tiada! aku rileks lagi mungkin ada kot selit dan keesokannya baru cari secara serius dan TAK ADA!! seram sejuk badan aku ni kalo suami tahu naya aku ni. Punya la mood down aku 1 hari tu. Suruh cik Aiswani 'tengok' kan dia kata ada benda tu cari lagi, call lagi sorang pakcik ni dia kata ada 'di bawah bawah' dan sesungguhnya hati aku kata mana ada dah...Aku siap sms lagi kawan2 yang buat open house kot ada tercicir, tapi nan ado! Susahnya hati lagi lagi setiap kali tengok muka sang suami..Aduh rasa bersalah nye sedihnya tak terkata..Gelang kawin katakan! So lama kelamaan aku dah tak pikir sangat yang aku pikir aku mesti kena ganti beli yang sama! Habis emas masa tu harga berapa la ni harga berapa pulak aku nak mengganti kan! Lama tak lama diam tak diam dalam dekat 3 minggu lepas tu aku kemas2 rak buku, aku bukak beg perfume bawah rak buku tu dan nampak kilauaan aku kata tu brooch aku kot....tapi aku tarik sekali gelang aku daa..Bila masa aku buh dalam beg tu??? Leganya melompat2 aku cium Qhalyf pagi2 tu bertubi...

Kes kedua iaitu minggu lepas. Again. Memeranjatkan! Aku sedang giat bersiap nak balik JB malam tu. Kelam kabut bersiap gara2 lepas magrhib boleh lepak lagi tengok Q stunt main meniarap2. Sedar2 dah jam 9. Suami dah bebel2 banyak sangat barang sementara dia turun untuk 1st trip barang aku bukak kotak barang kemas dan tadaaaaa!! 2 cincin bermakna aku satu cincin kawin 1 cincin mak bagi dah tiada! Perghh lagi sekali. Again. Darah tersirap sampai muka tangan sudah sejuk tiba2 pulak dengar suami sudah naik. Tak keruan  betul dah tak sempat nak cari. Dalam kereta terus sms cik Aiswani (ahaha glem) suruh dia 'tgk' kan..dan dia pesan suruh baca nama Allah lebih 124 kali 'Ya Muad' 'Ya Qhaliq' dan dia juga berkata kalau pada tarikh tu bermakna barang itu sudah hilang!!! hilang!!!! tapi aku teruskan sebut nama Allah itu sepanjang perjalanan ke jb. Sampai JB again masih terfikirkan benda tu lagi aku susah hati kerana aku tiada clue bila aku last pakai 2 cincin tu. Sumpah tak ingat. Bila dah sibuk berkenduri memang minded off terus tak leh pikir dah nanti aku serabut dengan kerja banyak nak buat tapi masih ada terfikir2 agaknya aku terlupa ambik cincin tu bila amek wuduk kat mana2 hentian tak sebab maybe last pakai masa raya haji. Nah! Mesti sudah hilang...Tapi ada juga aku terfikir takpe..balik KL nanti masuk je rumah terus nak terjah handbag pakai raya haji haritu. Mana la tau..So 3 4 hari terbiar la kes cincin..

Bila sampai je rumah KL masuk pintu je terus meluru g bilik bag tu dan poket ke 3 baru aku terseluk cincin ku.. Alhamdullilahh...syukur ya Allah...Terus meronok ronok kan diri depan suami dan kata nasib baik i jumpa you....kalau tak kes kedua la i dengan emas..(Kes pertama ada cerita juga setelah jumpa ;p) nasib u jumpa kalau tak siap la u....Hehehehe..Lega mak nokkkk

Tadi menyogok nyogok dan melobi lobi suami untuk next 916 dan jawapan yang di terima adalah "ah yang ada pun tak pandai jaga..malas lah" hehehehhehe habis laaaa peluang utk melobi lagi ...:-(

6 comments:

sukahati said...

wahhh....kak aiswani pandai tgk2 yerk?? hebat!!

» NAJA « said...

hiks :p
nanti kite mintak dia ajar kite okeh sue

Iszuanie Che Ilias said...

woit tgk2 paer menda pown... just kiraan dalam bulan islam ajer.. yg lebih serah pada ALLAH... tp paling baik sebut nama ALLAH ya MUAD n ya Khaliq tu more than 124 kali... lebih baik wokey.....

Sal Abdul Rahman said...

Uols, tu la mak pown tgezut masa baca smlm okeh! hahahhaa..(smlm nak komen tak sempat apek dh panggei)

Neway, kehilangan emas mmg hazab sgt raser nye kan..nak2 plak yg kawen punyer adehhh..mak dah rasa w/pon skejap dem!

» NAJA « said...

hahaha tak pasal2 sensasi dah telah komersial...

Noorul Imma said...

Ja, nasib jumpakan... imma pun pernah mengalaminya... gelang pusaka dr mertua!!! CEMAS!!!