Saturday, November 13, 2010

Hikayat Nombor Telefon

Tersebut lah kisah..dah nama pun hikayat kan..ngeh ngeh ngeh..pada zaman purbakala aku adalah pengguna Timecell. Nombor pertama yang aku dapat hadiah dari Abah beserta hendpong Ericson T Series ialah no 017 berapa tah aku tak ingat tu masa tahun 1999 lepas habis SPM...Sampai la Timecell convert pergi ke Maxis Hotlink no 017 tu. Mahal nak mampuih masa tu rate call satu min 8posen kot kalo tak salah.


Lepas habis sekolah masuk pendidikan tinggi, pun masih menggunakan Maxis Hotlink 017 tu..tegar sungguh aku sampai dah semester ke berapa baru tukar pakai Celcom dan masa ni memang tak tentu arah sebab boyfren ramai kot asyik la tukar no hahahahaha..Mungkin juga masa tu Celcom/ TMTouch 013 masa tu ada kekeliruan network dan masa tu boleh hack line diaorang buat call free. Just a simple method u need to do with your cellphone. Tukar dia punya setting coverage to manual punya carian dan tadaaaaa cakap la sampai lebam. Tapi aku dapat rasakan 013-019 tersangat lah mahal. Even kol orang tak jawap pon tolak credit aku. Tak boleh jadi lah gitu bazir terus tutup.

Bila sampai satu tahap di hujunG tahun ke 2 aku belajar, aku pergi ke Sunway Pyramid membuang duit dan membuang masa bersama housemate ku yang durjana lagi sengal itu. Dekat sana ada satu show/event untuk movie Lord of The Ring colabration dengan Hotlink. Masa tu siapa beli simpack Hotlink 012 memang hadiah dia semua best2. Dapat tiket VIP Lord of The Ring marathon all series di GSC One Utama + join event dia, goodie bag semua best dan aku tersampuk untuk tukar kepada Hotlink 012...0126520690.. Memang suka habis guna no tu dan bila beli handphone canggih yang boleh akses ke mobile internet habis semua dapat di explore. Zaman tu GPRS lagi. Zaman belajar handphone canggih tahap babun siap tiap minggu rajin beli E-Ring magazine ok masa tu takde versi English versi cina saje. Tu pun jadi sebab leh tau harga terkini dan apa yang terkini. Selamat duit MARA mak kan tiap bulan sanggup ikat perut nak beli handpong canggih. :p


Tersebut lah kisah juga di mana masa tu boleh pulak hack line maxis tu menjadikan GPRS adalah percuma yang membuatkan mata sentiasa segar hingga ke subuh sesudah subuh mula layu dan alasan untuk ponteng kelas itu sungguh pelbagai. Masa itu juga minimum nilai topup ialah rm50 yang adoi! banyak nye kena topup dan masa itu juga komuniti Maxis portal tu kami semua berjimba2 kerana di samping GPRS percuma kami juga kadang2 boleh dapat untung sabut tiba2 kredit bertambah dengan sendirinya atau mana yang nasib tidak baik macam sang kelembai kredit di tolak sampai negatif. Mungkin masa tu network maxis ada kekeliruan nak upagrde network diaorang..berbulan2 juga kami merasa kredit free yang kadang2 kalo online 15minit dapat rm30 ko tak mauuuu?? Ada yang pernah capai 1K! Hebat! Aku paling kuat ialah Rm70 kot..Masa itu memang 24-7 aktif dengan Maxis Chat, satu kolum chat di Maxis portal dan sehingga kini di facebook kami komuniti portal maxis masih berhubung dan di samping itu juga di Maxis portal juga cinta mula bertaut...ngeh ngeh ngeh....Betul kata orang jangan tak suke tak suke seseorang tak tentu pasal :p Terima kasih Maxis kau umpama match maker :p


Semuanya tidak berpanjangan kerana lepas itu semua sudah rechargeable dan kami semua sudah stop. Nasib aku sempat dpt bf kat situ :p...Selepas itu zaman bercintan cintun terasa hazab juga kerana bf belum grad aku sudah grad kredit laju macam air terjun. Tiba tiba Digi pulak create 1 plan yang SMS free unlimited. Perghhh masa tu pikir laju laju nak switch ke tak nak sebab aku selalu mengeji kawan yang pakai Digi yang susah sangat nak dpt call dia. Pikir punya pikir di samping cinta yang sangat membara ketika itu Sri Damansara dan Shah Alam terasa jauh berjuta batu we ols pun decide switch to Digi MTV Powerpack yang monthly charge rm3 for unlimited sms. Hamekkk ko berketuat ibu jari aku akibat sms beratus2 sehari. Gile!!! Maka terhasil lah no 016-2**3551 dan 016-2**3558....3551 tu pun aku pilih sebab sama plat skuterku.


Inilah pek Digi MTV Powerpack


Maka jadi lah no Digi aku dan suami (yang dulunya boyfren Maxis :p) nombor yang takkan di lupuskan sampai bila bila kot. Kalau pun terasa mahu pakai network lain..nombor ini takkan di lupuskan..kerana no ini adalah nombor telefon percintaan kami!! wakakaakaka..Walaupon mak bedah selalu di keji kawan kawan mak bedah kerana network handpong mak bedah yang macam charlie chaplin terutama ketika saat saat hazab...mak bedah tetap bertahan kerana ianya lambang dan sentimental value dari zaman percintaan bersama suami sehingga terhasilnya nya baby Q hahahahaha...Hamponnn kan mak nok!! Bukan setakat kawan mak mengeji..kawan suami juga yang tidak di lupakan...dan ternyata inbox sms handphone suami penuh dengan MissCall Alert sms. Suami nampaknya juga masih bertahan :p

Since dah kawin..memang penggunaan handphone amat2 minimum. Sehingga kalo dulu monthly reload dalam 100++ sebulan, sekarang cuma rm30 itu pun cuma sebab taknak line expired. Boleh? Lagi2 baru baru ni Digi launch plan terbaru nya Digi Buddyz yang kite boleh call/ sms 3 nombor utama dalam senarai secara percuma unlimited...Maka lagi tak bergerak lah kredit aku lepas tukar kepada plan tu muhahahhahahahaa....Selebihnya sesah talipon ofis sudah :p

p/s: ini BUKAN iklan digi. sekian terima kasih.

4 comments:

Iszuanie Che Ilias said...

ThaNx jaJa aku dah TerJebaK...

» NAJA « said...

kuikuikui sila jebakkan diri anda :p

sukahati said...

wahhhh.......syukor tuh jumpa kat maxis portal ka?? kehlassss....ailaikkk

» NAJA « said...

hahahaha iye...ada berani mencuba method yang sama?