Sunday, October 10, 2010

Hobi Lapuk

Hobi lapuk aku dulu ialah membaca.
Memang dari kecik lagi aku suka membaca.
Tu pasal aku rasa penguasaan bahasa aku lebih bombastic dari mathematic application.
Ngantok aku tengok nombor2 tu semua..Buat ape pecah2 kepala kira kira cari jalan penyelesaian at the end bukan dapat KFC pun reward nye hahaha..(mati la kena kecam kalo suami baca ni) Tapi kerja aku sekarang pun melibatkan costing dan juga pengaplikasian penukaran mata wang asing kalau salah aku kire costing tu matilaa aku kena terima kesalahan yang paling menakutkan dalam kerjaya aku sebab melibatkan bajet dan peruntukan kerajaan atas project2 kerajaan. ^..^


Masa kecik aku sampai bawak buku masuk jamban. Yang aku ingat buku masa kecik yang aku paling suka ialah Sirah Nabi ada 1 collection Abah aku beli pastu bila adik2 dah besar sikit (eh ke aku) jahanam habis collection tu.Antara cerita paling aku ingat kat salah satu siri tu ialah kisah seorang wanita yang bersama anaknya akibat terlalu lapar dan tak tahu nak jawab ape pada anaknya yang dia tak ada makanan dia rebus batu pastu Rasullullah tolong dia bagi roti banyak sekali.Pastu ada satu kamus Bahasa Melayu - Mandarin - English. Tu pun jadi fevret aku sebab kamus tu bagus sekali setiap benda yang nak dia terangkan dia akan lukis orang lidi dan nama paling glemer dalam kamus tu ialah Rudy. Semua lah Rudy dan yang terakhir ialah sebuah encyclopaedia pasal Malaysia yang menceritakan keadaan Geografi, penduduk, bla bla bla about Malaysia.


Tabiat suka membaca aku ni membuat kan aku masa sekolah rendah aku dah baca ruangan Di Celah Celah Kehidupan (DCCK) bersama kak ape mende tah nama paper Utusan setiap hari Ahad sisipan kecik. Tu pasal aku sekarang memang buat freelance kaunselor hahaha..Pastu aku suke kerat katun Senyum Kambing tu yang padahal tak kelakar langsung aku pun tak tau ape motif aku pegi kerat dan buat macam scrap book. Majalah dulu masa kecik takde duit nak beli sendiri nak mintak mak memang kene hempuk la kan sebab majalah tu macam takde ape pun. Lain macam kakak aku beli Majalah URTV pakai duit belanja sekolah beli dekat kedai Aci Taman Indah pastu sorok kat stor loteng atas umah. Siapa nak baca sila naik atas stor tu. hahahaha at the end kantoi dengan mak padan muka. Perghh masa tu URTV best gile ar baca biodata artis..Hahaha Demam!


Bila masuk sekolah menengah kire zaman gedik2 ramai la pulak yang suka Novel. Dah suke pulak dengan novel. Sanggup khatam dulu novel dari siap keje sekolah. Yang aku peliknya apesal buku teks aku tak sanggup baca gitu taksub sekali. Oh ya lupa ada satu buku Bahasa Melayu yang kecik2 tu macam Sastera tu yang dalam dia ada cerpen cerpen tu. Ha yang tu memang akan khatam cepat secepat yang bila cuti sekolah kedai buku bukak boleh beli buku untuk mulakan tingkatan baru pastu balik rumah cari dulu buku cerpen tu. Pantas.



Bila masuk je tingkatan 4 aku join team pantun sekolah selama dua tahun aku dekat SMUK memang aku jadi pemantun dan pemantun perlu menguasai sebanyak boleh perkataan perkataan klasik dan perkataan moden reject sama sekali. Di sebabkan itu pula sehingga Tingkatan 6 Atas aku masuk SRC aku tetap jadi pemantun dan selama 4 tahun aku memang melekat tahap babun dengan Kamus Dewan. Teringat cikgu dekat SRC bagi Kamus Dewan latest edition yang tebal nak mamp. kaler hijau tua dekat aku dan sila kuasai sampai pengsan. Tabiat membaca adalah menjadi sangat sangat wajib bila aku masuk form 6 sebab subjek sejarah sahaja aku ada 4 buku untuk di habiskan yang satu2 buku tebal nya macam buku Add Math kaler purple form 4 dan form 5. Dari situ aku mula sedar yang aku patut baca semua buku2 tu kalau aku nak score (kesedaran belajar rajin2 mula datang masa form 6 haha sebab dapat boyfren pandai jadi malu la) Dari situ juga aku mula rasa bahawa subjek sejarah itu sangat best dan mula menyesali kenapa aku tak khatam buku sejarah form 1-5 dan buku biologi yang perlukan pembacaan untuk pemahaman subjek. Nyesal!! Kalau tak aku A1 dah biologi taw!! (ahahahahahaha mati la aku kene kutuk pasni)



Bila dah masuk higher education level corak pembacaan juga bertukar. Masa tu pun kawan aku yang amek Law suka lepak rumah aku. Jadi corak pembacaan aku mula bertukar kepada buku2 psikologi a.k.a buku2 sedar lah diri sampai la kini (buku orang tua). Kalau novel aku layan pun novel2 cinta keras kalau English novel atau paling kudik pun novel Melayu ialah novel DPB yang lebih berkualiti dari novel2 Alaf 21 (Novel Alaf21 aku baca aku skip 2 3 page still jalan cerita sama bodoh gile!). Time ni baru aku jumpe balik novel 1st edition Shahnon Ahmad 'Ranjau Sepanjang Jalan' Abah aku punya tang masa kecik kecik aku cakap amende la buku buruk ni tak best langsung tp Abah aku siap balut lagi.Padahal novel tu best gile walau kertas dia dah kuning tp ada dlm simpanan aku termasuk novel 'Shit'.



Ape aku nak cerita sekarang ialah tabiat membaca aku semakin pudar. Mungkin aku sudah tua dan gemuk di mana aku lebih suka makan dan tido dari baca buku. Mungkin juga kekakangan masa sejak jadi isteri dan mama yang mana ada masa terluang saje aku kena pantas buat kerja rumah atau qada tido..dan juga sekarang ada facebook dan blog2seluruh dunia menjadikan aku lebih suka baca komen2 dan status facebook dan baca blog dari aku baca buku. Teruk nya aku ni. Termasuk dengan fasa kerja aku sekarang yang aku setiap hari akan di bekalkan dengan suratkhabar perlbagai jenama untuk aku baca tender2 opening untuk govt project supaya aku alert supaya aku boleh manage kerja aku kalau tender opening nanti tak kelam kabut tapi aku tak baca pun paper tu semua aku tgk front cover je. Sudahnya newspaper tu semua aku bagi orang2 kat bawah baca. Dulu ada jugak aku nak bawak balik umah baca kat umah tapi salu nya tipu je tak baca pun yang akhirnya newspaper tu aku buat lapik dapur gas hahahaha..Buat semak umah aku jeeee....


Dan sekarang bila aku sedar yang aku tak patot biarkan kesukaan aku ini lebur cam tu je. Aku kena mula balik manfaat kan hobi membaca ni, tapi ada masa tak aku ni? (boleh saje manage kan masa kalu nak kan..hendak seribu daya!)..
Harap kejap lagi keluar pegi One Utama boleh singgah MPH ish kan best kalau dapat pergi Amcorp Mall..Oh rindunya kedai buku Amcorp Mall itu..InsyaAllah..
** Qhalyf juga sudah menunjukkan sikit2 interest nya pada buku. Kalau baca dan pegang buku Surah Yassin gaya pegang, kepala dan mata dia memang konon2 dia yang bacakan Surah Yassin tu. Kalau aku baca apa2..dia memang suka pandang dan pegang 2 2 tangan dia. Takpe nanti mama beli buku kain Lamaze kat kamu ye **

5 comments:

nizam_5282 said...

Aku pun tak penah nak abih baca buku teks sekolah. Sudahnya buat wayang je. Siapala kaya siap beli buku teks, apela sudahnya ya? Dah le mahal...

Iszuanie Che Ilias said...

saya adala manusia yg paling tidak suka membaca.... sebab more tu number kot..... tp lately dah kerja dgn kerjaya nih aku terpaksa membaca dan alhamdulillah semakin bertambah la ilmu membaca..... well lain padang lain belalang kan..... anyway aper pon membaca mmg bagus untuk ilmu....

» NAJA « said...

mazli - ko baca dan tilik buku LKJ je...

Manje - Membaca ni adalah untuk orang2 yang sabar je...

Sal Abdul Rahman said...

aku tak sabor. sekian.

p/s : cukada skang kak watie kata tgh giler mebaca. malam tido kul 2.30am sbb membaca sambil meniarap okeh! pastu tido..kul 5am bgn balik sambong baca sampai 6.30am! kak watie pengsan!

» NAJA « said...

hahahahaha...aku tak sabo. lagi2 baca novel melayu nak cepat je habis. skip 2 3 page citer lagu tu gak..menciK!


comel gile ok cukada..gile tekun. mimi patut mencontohi cukada