Saturday, August 14, 2010

Sabtu adalah hari MEJA PUTIH

Takde emosi pun harini. This is the 1st weekend bulan puasa yang ramai sangat orang bergembira berbuka bersama keluarga dan orang orang terapat kan..Bestnya kalau ada kat rumah mak time ni :-(



Bagi aku pulak ini adalah hari yang sangat malas dan tak ade apa apa pun. Balik kerja singgah amek Mr. Superman, sebelum itu terniat nak singgah kedai dulu atau tak pun bawak Mr. Superman pegi any mini market untuk soping jajan sebelum sampai rumah, tapi entah la takde hati so terus saje balik. Lagipon tak sampai hati nak tinggal dia lama2 kat sekolah hari sabtu gini..


Menakjubkan sudah 4 hari berpuasa aku tidak mengeluarkan apa apa duit pun untuk berbelanja kecuali derma surau yang nursery mintak sumbangan ikhlas dari ibu bapa dan aku reload credit phone aku thru MB2U dan oh lupa tadi ade keluar rm10 beli Mr.Tubbie untuk Mr. Superman. Syabas betey! Bagus jugak idea boss aku yang suh aku balik seawal 430 thats mean time rehat aku tak keluar dan aku tak la membazir duit aku berpelesaran kat kedai2 berhampiran to kill the time masa bulan puasa ni kan..Hehe..Bagus juga kempen berjimat anti amalan syaiton ni lagipun raya ni balik UTARA & SELATAN sila bersedia untuk merobek dompet ye! Hahahaha..Di samping kehidupan sekarang ni yang semua cash basis memang memerlukan plan dan strategi yg terbaik untuk arrange semua perkara.



Harini juga adalah Sabtu yang pertama kali aku berdua bersama Mr. Superman di rumah. Kalau tidak masa husband pegi kelas ade je yang datang temankan aku kat rumah bersama Mr. Superman.. Mula2 jem jugak kepala aku dok terpikir ape la aku nak makan kan..kene pulak selalu time pukul 7 tu lah dia buat amukan satria langit ke 7 nak tido cranky2 tahap gaban dulu baru lena..aku dah terpikir mesti aku dapat berbuka dengan AIR KOSONG TARIK je! Tapi dia adalah dia..Dia macam faham2 je kan..Pukul 4 dia tido aku dengan cargas nya berjaya memasak 1 lauk iaitu tenggiri sambal untuk berbuka instead of maggi tomyam yang aku terpikir nak makan..alhamdullilah..Aku sempat berbuka 2 round walau aku rasa sambal tenggiri aku tu tak sedap hahaha (puasa laa aku tak suke rasa rasa then basuh2 lidah :p)



Nampaknya bergini lah hidup mak bedah bersendirian di hari minggu sementara nak tunggu Mr. Superman besar dan tak banyak songeh baru mak bedah boleh huhahuha hangkut keluar berdating berdua dengan Mr. Superman ke seloroh pelosok donia dan menunggu misi sang suami tercapai (makan tahun juger) .



Maka Mak Bedah isytiharkan Sabtu adalah Hari Meja Putih. Meja putih ialah meja yang di beli di Ikea di gunapakai sebagai meja komputer :p..Sebelah meja putih pula ialah buaian kegemaran Mr. Superman. Kiri control buaian, kanan tekan keyboard. Hanya bangun untuk perkara perkara tertentu sahaja. Hahaha gile bosan hidup aku..

**Sebenornya sedih berbuka sorang pastu lauk tak meriah pulak hahahaa

Susu panas wajib di standby..Tak kuasa aku biler engine Mr. Superman starting terus panas aku baru nak terkejar cedok susu kan..Dia hanya suka susu panas tak panas dia luahkan balik..jadinya bila susu tu sejuk aku kene reheat balik..Huhuhu


Kesian dia..macam aku seksa dan paksa pulak dia tido lama lama..Selepas 4 jam mandi baju dah 2x tukor tak kuasa dah aku nak matching2 segala bagai..

Haaaa..ini kawan baru Mr. Superman..Mr. Tubbie..Mr. Superman suka bila Tubbie nyanyi lagu raya kat dia (Suka gila anak aku bila aku nyanyi lagu raya kat dia..motif? Hahaha)

No comments: