Sunday, April 25, 2010

Surat untuk Anak “Khalifah (Kecil) Rezeki (dari Allah s.w.t)" ;sempena ulangtahun ke 28;


Hari ini genap umur mama 28 tahun! (Ee x best!)..Selamat hari lahir for me..Yippie!

Hari ini jugak adalah genap minggu ke 34 baby dalam perut mama. (Best kan perut mama macam tilam Vono kak Ziana) Semua ticker mama appeared 33 weeks but doctor & nurse kata “eh awak dah seminggu ke depan la”..So mama akur je la.. best ape cepatkan tarikh..So baby wish for me “Selamat Hari Lahir Mama” dari dalam perut tau..



Mama pun tak expect langsung untuk jadi mak mak dalam umur 28 tahun (InsyaAllah). Zaman zaman kuno macam Mak Long baby dulu yelah 24 tahun dia dah ada kakak Hanis..mama zaman moden sikit tu lambat sikit kot..




Tahun lepas mama tak celebrate sangat besday endah tak endah je entah Abah bagi mama ape mama tak ingat la..Masa tu masa sibuk nak buat preparation nak kawin..So this year mama celebrate besday dengan double title gitu..Isteri dan Emak..best kan..



Mama happy je all the times..hope akan happy selama lamanya lah di samping family terhebat. Tapi mulai lepas deliver nanti mama seems macam nak tukar environment keje but for this time being mama tak pikir lagi secara serious..Lite lite je baru..Tapi bila mama fikirkan yang kalau mama tukar kerja, sure akan jauh dengan baby yang mama tinggalkan kat nursery tu, mesti mama sedih esp. kalau hajat mama nak bf awak secara eksklusif kan...Last time masa mama kerja jauh dan waktu kerja pun exceeding the time limit orang normal..mama sedih bangat tak dapat dating2 ngan Abah tau (masa tu mama baru bertitle tunang je padahal)..So before kawin mama decide nak tukar kerja yang ala2 mesra masa bersama keluarga gitu..Alhamdullilah dapat jugak! Mana tau lepas deliver awak mama akan di ‘tolong’ lagi untuk dapat kerja yang mesra anak pulak..Doakan dari dalam perut ok!



Sememangnya mama berharap sangat masa cepat berlalu..Cepat berlalu supaya awak cepat tengok dunia cukup pada waktu nya...Sempena dengan kegenapan umur mama hari ni..secara tertulis nya mama nak mintak maaf sangat pada Abah (mama kan terer bab bangkang membangkang, betah membetah ngan Abah ni kan, maklumlah kami kan sebaya) tapi selalunya mama kalah je…Kadang2 je mama menang..Apa apa pun mama kena la ikhlas mintak maaf nanti susah mama nak bagi awak keluar..Ha susah kite 2 2 nanti berperang dalam labour room..So mama mintak maaf sangat pada Abah sepanjang mama kenal Abah sampai sekarang, mana mana hal yang sentap sentip..terlaser ke ape ke dan makan minum duit duitan kesemua lah mama mintak sangat Abah halalkan..


Awak jugak rezeki sebenarnya di turunkan kepada mama dan Abah. Rezeki sangat sangat. Masa 2 bulan pertama mama takde awak lagi mama punya sedih Allah je yang tahu..Sebab sejarah opah mak long dan sepupu rapat mama semua bunting pelamin (nanti dah besar dan awak dah nak kawin mama baru boleh pech lobs ape tu bunting pelamin tau) Kena pulak 1st month tu memang pertukaran hormone mendadak sampai mama tak datang bendera Jepun pun. Check punya check guna tester takde pulak positive nya lagi la mama sedih. Last2 baru mama sedar awak takkan wujud kalau mama sedih dan tekanan so mama gelak2 happy kan je la diri sampai betul after genap 2 - 3 months baru awak wujud. Sebelum tu mama dah mimpi dulu (mama terer bab mimpi tau)..Tengok2 betul mimpi mama jadi kenyataan..Alhamdullilah..


Biar susah macam mana Mama dan Abah akan usahakan yang terbaik untuk awak. Mama sangat berbesar hati kerana lagi beberapa minggu lagi awak nak keluar, awak tak pernah nak buat perangai dalam perut dan susahkan mama. Dari check kewujudan awak, check gender awak semua awak memudahkan mama dan Abah. Mama steady kebanyakan masanya. Checkup private memang Abah ada temankan, bila check up govt sekali je Abah teman yang lain semua mama kata can do it alone. Ade sekali tu je mama nangis2 kol Abah dari Klinik Kesihatan tu sebab orang blocking kereta dan mama tak reti nak keluar konon2 Abah nak jadi hero nak selamatkan datang dari KL semata mata..tapi Allah memang memudahkan ade je orang sebelah kereta mama undur kereta dia dulu baru mama boleh keluar..See smua mudah kan! Thumbs up!


Cuma masuk saja ke lingkungan 8 bulan mama rasa rasa mama dah tak sesteady sangat macam dulu. Mama sembahyang pun cara duduk, Mama mula rasa sakit2 bawah abdomen tu pun pagi tadi baru mama dapat jawapan mungkin mama bawak kereta manual yang clutch plat nya tinggi tak boleh ubah sebab guna hydraulic system (kalo orang service centre tu kelentong makna kite sama sama kene kelentong tau!) bile jammed je kawasan sini mama kene imbang clutch tu dan sangat susah..But mama hope can survive drive sendiri sebab Abah kerja lain arah dari mama dan mama masuk kerja pukul 9 dan mama taknak lah orang anggap mama MAKGUARD kat ofis mama ni kan kalau mama datang awal awal..Sekarang ni pun perut mama orang baru tau mama pregnant..Ade ke pulak ada sorang aunty tu boleh kata mama kurang2 seminggu sekali pergi makan kedai dia..akhirnya dia baru tau mama pregnant..dan jugak aunty tukang cuci talipon kat ofis mama pun baru sedar mama bawak awak dalam perut..Ini semua mungkin perut mama tak berapa nak expose dan mama tak pakai pun baju2 maternity yang bagak2 tu...Mama pakai baju biasa je semua muat kecuali 2 minggu lepas mama beli 2 blouse yang mama boleh pakai lepas awak dah keluar nanti..tu je.Kat ofis pun mama macam biasa je jalan sana sini lagi lagi kalau Boss mama yang kertu tu panggil mama ‘Aiza come very urgent’ ha pun mama leh berlari2 anak lagi pegi bilik dia naik turun tangga. Mama pun tak rasa semua morning sickness macam mak orang orang lain, cuma mama tak suka nasik je mama suka roti dan early stage of pregnancy mama selalu sakit kepala..Sampai sekarang pun kadang2 mama still masak dan buat air WITHOUT fail untuk Abah malam2 dan Abah pun steady je buat2 tak nampak je mama usung2 perut mama kalau mama masak ke ape kan baik dia layan game online dia (nanti tolong jangan addict dengan game macam Abah dan Kakak Husna nanti boring takde orang nak cakap ngan mama nanti)


So moral of the story, mama harap kelancaran dan kemudahan yang Allah kurniakan pada mama mengandungkan awak nak masuk 9 bulan ni dapat diteruskan masa proses lahirkan awak nanti (mama taknak czer, induce segala, mama nak awak keluar licin jer tau sekali push je tau!) dan berterusan sampai awak membesar dan punyai masa depan yang cerah. Semoga awak keluar pada waktu yang mama idam idamkan dengan mudah dan harap waktu itu Abah ada di tepi mama. Mama doa jugak family besar kite (opah, nenek, atok,nenek awak dan pakcik makcik awak dan cousin2 awak yang comel2 dan bijak) semua dikurniakan hidup yang indah2..Tak lupa juga kawan2 mama yang kadang2 macam tak berapa waras tapi mama best je kawan dengan diaorang..so mama doa diaorang pun hidup bahagia dan jadi kawan terhebat mama selamanya. Mama juga berharap moga moga kehidupan kita sefamily selalu di permudahkanNya, rezeki yang melimpah ruah tidak berputusan dari Allah s.w.t dan keberkatanNya (ini memang mama dan Abah selalu tekankan dalam hidup kiteorg) yang berpanjangan, kerana hidup yang di berkati dan dipermudahiNya, walau tidak se gah orang lain membuatkan kita mudah menjalani kehidupan sehari hari dengan tenang dan sentiasa ada rasa bersyukur.


Mama tak lah harap sgt Abah celebrate ape2 yang hebat pun tapi mama selalu cakap ngan Abah mama teringin nak kek berlilin (hahahaha) selalu slice2 je kek rugi takde sape nak makan..Tapi kalau Abah beli mama handbag mama lagi rasa nak lompat ke langit biru hahaaha..


Ok baby 1..2…3.. sebut ape? “SELAMAT HARI LAHIR MAMA” (Harap next year awak boleh sebut secara live pelat pun pelat lah)



Sekian,

Mama 25/4/2010 7.30a.m

(Gigih lepas subuh tak tidor sebab ada 'orang' tu janji nak morning walk exercise tapi nan hado! yang hado DENGKURAN! :p)

4 comments:

nizam_5282 said...

Didiklah anakmu itu dengan penuh kasih sayang... Apa apapun, Aku nak dia sokong Manchester United nanti :D

» NAJA « said...

Aku sokong Tanjung Rambutan FC jerk lol

sukahati said...

alala...comelnyer mama neh mengadu domba kat baby lam perot :D

Sal Abdul Rahman said...

selamat hari lahir mama!

owhh sempat gak kasi tempias kat mak larr!! MAKGUARD kekdah sejak2 auntie sal aka paris nih terpaksa masok opis subuh sepi'e!!!

jahanam batu 8!!!