Sunday, May 30, 2010

Cerita cerita KEGENAPAN

Salam u ols..Daku kembalian setelah sebulan lebih tak hapdet..Rajin sgt kan aku! Clap! clap! Lagipon senang kan taip citer berbundle2 sekaligus…Lain lah kalo nuffnang aku tu ribu riban mau sehari lima nam ploh kali aku hapdet citer tak mandang dah aku sangat kat FB tu :p..Eh dengar citer FB sekarang pun dah jadi macam blog asal klik masuk duit asal klik masuk duit..Betul ke? Jangan percaya lah kan…Baik buat FB tu tempat merepek meraban lagi bagus kan..


Ok cerita kegenapan ni ade 3 kegenapan lah at this moment..Moment moment pelik pukul pat pagi taip blog kekdah tak boleh tido dok pedih hulu hati, panas rasa nak terkirap2 sebab rambut panjang (I hate berambut panjanggggg!!), tido mengiring kanan tak kena (ade orang garu2 dari dalam perut), ngiring kiri tak kene, ngadap siling tak kene rasa napas pendek, dan akhirnya mendecide basuh baju pukul 4 pagi, update blog dan segalanya memang sangat terbaik lah! Teringat zaman2 berleher jinjang (bile masa?) zaman study ler tu bantai telan duramin konon nak jadi kurus melidi sampai jadi sasau aku pukul 2 3 pagi boleh cuci tandas…Clap lagi! (Nasib aku boleh preggy, kan selalu ubat kurus ade side effect!) Nasib wohohoho…Duramin a.k.a RACUN TIKUS!!!! Dem!!


Kegenapan pertama ialah on 27th May haritu my husband baru la nak seusia dengan ku..Kire dia boleh perasan muda la sebulan lepas birthday aku. Chit! Takde ape celebration pun..Nak beli kek sebijik pun alahai yang birthday aku tu bercinta nak habiskan..Hadiah kite postpone dulu ye dear doakan I dapat dorian runtuh berpokok2 minggu depan baru kite boleh cari 2 benda idaman..(tu pun kalo sempat)…Mana tau dalam hati u kata, selagi tak dapat tu I tak leh beranak ke kan..Ishh! simpang lah macam tu..Anyway Selamat Hari Lahir yang ke 28 tahun buat my husband..Semoga di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di lindungiNya, di permudahkan urusan dunia akhirat, di murahkan rezeki (ni boleh tempang sekaki) dan sentiasa kekal menjadi suami dan bakal ABAH yang terbaik! I love u lah Tarosan Mushashi Oruchimaru dan kalo boleh kurang2kan lah dating dengan game u tu..Agak lepas ni anak dah keluar u dating lelama dengan game kesayangan u tu I letak je anak atas keyboard lappy ni..Hah hah hah..



Kegenapan kedua juga tanggal tarikh hari ni 30th May ni ialah ulangtahun pertama perkahwinan ku…Alhamdullilah tak sangka betul la rasa macam baru 2 3 kelip mata ni dah setahun....Kalo time gini kan dalam pukul 430 pagi tahun lepas aku rasa aku pun belum lelap lagi terasa di awangan dek kerana baru bertukar status jadi Puan..La ni di awangan dek tukar status nak jadi mak tapi belum lagi contraction nye datang tapi di ambang ambang lah jugak kan..Syukur tak terhingga terlalu banyak keghairahan dan peristiwa Hari Ini Dalam Sejarah betul bulan May ni sampai tak tau nak excited pada mana 1 occasion kan..Dan harapan macam tinggal harapan je sebab keteringinan nak anak dalam bulan May ni seolah2 macam tak kesampaian je sebab bulan May tinggal 1 hari je lagi..Clap baby clap!! Doesn’t matter! Ape pun yang penting semoga ikatan kekeluargaan ini akan kekal utuh sampai ke akhir hayat, sentiasa di limpahi keberkatanNya..Amin..Yang penting bukan senang nak menginjak kan diri ke fasa kehidupan macam sekarang ni walau masih jauh dan muda lagi perjalanan kami..tapi ianya juga macam satu keberjayaan yang susah nak di luah kan dengan kata2..Ketoleransian, keflexiblan, kesabaran, kekuatan dan segala macam salah guna perkataan KE lah perlu di titiktolak kan dalam menjayakan perhubungan serius ini. Syukran! (Hamek ko dah lama kak Ezah tak buat demam ayat majalah Mangga kan!)



Kegenapan ketiga ialah si kecil dalam perut a.k.a tilam vono kak Ezah ni dah genap 38minggu hari ni..Sejak dua menjak time2 nak tengok dunia ni main kelakar2 pulak dia kat dalam tu..Buat orang kat luar2 dia ni dok risau lah emosi terlebih lah macam2 tau dia main acah2..Wahai anak ku Khalifah kecil rezeki kurniaan Allah..Keluar lah anak ku dari perut mama ni dengan mudah dan normal dan cepat..Mama dah tak sabar sangat sangat sangat tahu tak + mama dah tak larat nak pegi keje pagi2 bawak perut mama ni..Walau pun sentiasa dapat privilege tapi ketidaklaratan tu lagi hebat tahu tak..Ape yang seronok sangat dok dalam perut sempit2 tu…Dok kat dunia luar ni lagi best boleh kacau abah main game, boleh balik umah opah dan nenek, boleh jumpe kakak hanis dan adik adik nya terutamanya kakak tiki yang tak sabar nak cucuk awak (btw kakak hanis suruh mama letak nama awak Muhd. Shahir Bin Muhd Shukor) kata dia nanti besar hensem macam Shahir AF8..Haaa hensem nyer (auntie Manje ko jgn nak sibuk line aku!) Berangan kakak hanis kan! Hahaha…Everybody is waiting for you dear! Last Tuesday pun masa mama check up Dr Khairina buat surat suruh mama refer to O&G Selayang pasal awak a bit oblique (senget ke kiri) lepas dia dan konco2nya tu tekan perut mama macam nak buat roti canai diaorang kata u pegi sana lah ye refer sana sebab u ni macam dah dekat nak due..Since mama pegi check up sorang kebetulan masa tu Selasa memang hari wajibalghunnah Abah meeting dekat ofis lagi dan ade expatriate dan boss boss America yang datang so mama terpaksa sms je sambil bercucuran air mata di taman astakona klinik tu..Kene pulak masa tu konon nak dok dalam kereta cari2 kunci kereta tah mana pulak cicir nye lagi la bercucuran air mata kan! Drama Queen sgt! Kene pulak suara Dr. Khairina terngiang ngiang kat telinga mama..Sebab mama kata kat dia betul ke Dr. dari apa yang saya baca kalau position baby sedikit senget doctor akan just seluk dan betul2 kan je kepala baby to make it centre…Nooooo dia kata…tu zaman bila..Nowadays kalo abnormal lying ni u had no choice selain dari czer…Huwaaa kan mama dah kata mama tak mau la czer2 segala ni…So lepas Abah dah sampai (Abah macam guna kuasa kelajuan cahaya pulak dari ofis dia sampai klinik kan! Hebat clap! Clap!) so since doctor dah bagi choice either to HKL or HS so terus decide ke HS je..Takde la lama sangat deal with Dr. Gibran (Hensem weh!) dan Dr. Mastura (Perghh leleh lawa gils!) after review segala thru dia punya machine ‘don’t worry puan..see here clearly your uri is here..this is your baby’s head turn down and there is nothing blocking jalan keluarnya..and right now your baby is clearly in the middle position and ready to engage dan dia should be engage dah sekarang tapi belum pun engage (nah lagi satu buat orang risau) (selepas henyak perut mama cam uli roti canai kuasa 88 punya kuat nasib doctor tu hensem hahahaha) legaaaaaa sgt! And pls baby pls behave yourself inside jangan la buat aksi2 pelik kat dalam tu kang stuck kang susah lagi…Dan tolong la masuk port cepat2..Jangan la asyik nak tolong garu perut mama dari dalam belah kanan ni dan tolak2 lutut anda sampai terbonjol2 perut..Kesian mama tau..Sudahnya sebelum bergerak ke HS masa tu kunci kereta ku telah di jumpai di gerai makcik kuih depan klinik sambil dengan mata2 bengkak merah lepas nangis ‘makcik tumpang Tanya ade tak kunci kereta yang tertinggal kat sini?’ Ada…Ada ha ko tu nangis2 tu takut la tu kunci hilang ye! Erkk sukahati je makcik tu propah kak Ezah..walhal masa tu kak Ezah dah tak heran dah kunci ape nak hilang…Yang kak Ezah pikir masa tu ialah hal czer czer czer!!


Panjang nye guwe menaip..Mata pun belum ngantuk. Cadangnya (cadang kali ke 100 dah) nak morning walk dekat bukit depan rumah tapi ni tak tido lagi ni entah berjaya ke tak kan! Hahahaha..Harini juga setelah puas mengelak dah dekat berbulan2 dengan kakak ofismate ku pasal Roti Jala besungguh2 dia nak buatkan..sampai takde alasan nak tolak so gigihkan jugak la pegi amek kat rumah dia..Terima kasih ye Kak Min! Jasa mu di kenang!


Sudah lah! Nak masuk baju dalam mesin 2nd round pulak…Selamat Maju Jaya daaaaa……


p/s: 2 blog terapat ku telah ku khatam cerita2 mereka berperang dengan sakit nak bersalin tiba2 rasa kecut perut pulak....



p/s: Family from JB nak sampai KL hari Jumaat..bestnya kalau dah habis pantang boleh join family getaway ke Langkawi sambil tunggu Abah habis kursus (ape laa orang Govt ni tak sudah2 kursus..tak tengok ke orang dah berumur ke tak jauh2 alam pulak tu melampau)



p/s: Tibe2 rasa nak beli set tilam lengkap bantal selimut segala for baby..Rasa yang ade ni terlalu tebal dan tak berapa nak flexi la..Harap2 sempat!

1 comment:

Sal Abdul Rahman said...

congrats & semoga selamat semuanya! ko mmg derama queen hahhaha! misti makcik kuih tu dh lama perati kamu dok sendu2 kt situ nok.. ;p