Monday, April 5, 2010

30 Weeks update

Pheww dah 3o minggu baby ada dalam perut..
Apa perasaan sekarang??
Tak sabar nak tunggu tempoh matang supaya baby keluar cepat2..
Kalau mengikut perkiraan tepat untuk deliver on 36th week tu means baby akan keluar dalam bulan 5 lah kan instead of due date on 13th June 2010 tu...
Tak kisah lah kuar lah tarikh apa pun yang pasti masa tu mintak2 tak nak sakit dalam office hours dan Mr. Koko ada sekali masa tu..Kalau boleh biar date best2 sikit ok masa besday Abahnya ke 27th May, masa wedding annivesary ke 30 May..Ha kan senang nak celebrate nanti tak susah nak goreng bihun dan beli kek banyak kali (bihun makanan rasmi kerajaan di samping kuah karipap kakakaka)



Nak cerita sakit bersalin ni pun mana2 orang lain lain sakit bersalin nyer..Even 5 6 orang anak bahagian sakit anak2 adalah berbeza beza..Ngeriiiiiiiiiiiiiiiii !!!
Mintak2 lah di mudahkan semua nya umpama sekali push dah keluar terus dia gelak tak nangis...Boleh tak cam tu?? :-))
Since dah parents jauh2 dan saya dan suami survive sendiri..its better for me to pack up awal2..Kadang2 kalo datang sakit sengal2 sikit bahagian2 tertentu risau nyer melantun2..Sampai nak membuang air pun serba tak kena...takut...
Movement baby pun best je melayan. Ada masa dia diam je tah apa benda dia explore dalam perut mak dia ni yang penuh lemak berkrim ni kan..Ada masa dia macam tengah shuffle ataupun tengah praktis Shaolin Kung Fu..Masa tak menentu..Tapi yang pastinya bile sebelum tido malam bagi dia dengar apa2..mula laa shuffle dan aksi2 b-boys dia tu kan..



Lepas dah deliver nanti takde sapa lagi dah nak duduk semeja sekerusi dengan aku kat ofis kan..Sementara dia ada ni boleh kadang2 bebel ngan dia masa kat ofis..pas dah bersalin nanti baby dah tak teman kat ofis lagi dahh. Kesian dia kecik2 halus dah duduk2 ngan kawan2 kat nursery..Ohohoho cakap pasal nursery ni mana la aku nak letak si kecik ni nanti kan..Sini adalah majoriti kaum Cina..susah nak jumpe Islamic Nursery apetah lagi nak jumpe makcik2 baby sitter..Husband pulak declined idea if nak hantar baby ke baby sitter sebab dia kata baik hantar nursery kalau hantar kat orang nanti susah nak cuti kenduri la cuti sakit la ape la masa tak menentu at least kalau nursery jadual dah fixed. Ada sapa2 nak benti keje tolong jaga anak aku tak??



Barang2 pun boleh kata dah siap tinggal barut baby je belum beli..baju pun nak tambah sikit lagi (sikit ke?)..dan yang paling penting...nama pun belum cari dan decide..hahahahha....Panggil je la Muhammad sebab tu dah tentu ada dalam nama dia nanti :p

3 comments:

eyswanie said...

hikhikhikhik suker aku baca konyer kisah misah nih.....

Sal Abdul Rahman said...

aku laa..aku benti keje jaga muhammad! eh jgn panggei dyer en.mat ek..nt sama lak rasa nya cam gaya aku panggil uban..!

» NAJA « said...

u nak berenti keje puan sal..bagus2 nanti pagi2 aku hantar ke kg batu okeh!