Thursday, December 31, 2009

Lembaran 2009 kian berlabuh


Woo sekejap betul tahun dah berganti tahun..Organizer starbuck aku pun tak lunyai lagi daaa..Meh sini nak review sket my 2009 journey..

2009 (Kehidupan Peribadi)


Kadang fikir jangkamasa tu agak lama, kadang pikir sekejap je berlalu. Permulaan tahun yang agak tidak sibuk. Sibuk sikit je tu pun sebab nak menyesuaikan diri dengan kerja yang baru nak masuk 6 bulan masa tu dan sibuk juga melawan perasaan sedih sebab mak dah tak sesihat dulu.

Masuk 2 bulan lepas tahun baru, masa itu sudah mula sibuk. Sibuk in terms of melawan tekanan diri dan keadaan sekeliling, sibuk menguruskan persiapan kahwin. Alhamdullilah lepas perit jerih uruskan semua perkara kawin (termasuk berbaldi2 air mata tekanan segala)maka 30 May 2009 aku telah menjadi isteri orang..Ajaib betul lepas je selamat selesai majlis pada 13 June 2009 di Johor Bahru, segala perit jerih tu dah hilang..Biarlah majlis tak grand bergemerlip bagai tapi keberkatan doa kedua pihak serta tetamu, tidak ada musibah sepanjang majlis, dan penerimaan gembira sebagai pasangan baru dalam dua dua buah keluarga amat menggembirakan.

2 bulan jugak aku 'kosong'..harapan tu punya la tinggi menggunung. Betapa sedihnya tengok kawan kawan lain dah double line..Lepas saja 2 bulan tekanan tu, aku dah malas nak fikir..Sudah nya genap bulan ke 3 aku pun dah jadi double line. Happy lah.. kire nya aku boleh la merasai nikmat nikmat hidup yang normal..Instinct aku kan kuat sebelum tu aku dah mimpi yang aku mengandung dan selepas buat tester keadaan nya sama macam mimpi. Yippii!!

2009 (Kewangan)


2009 juga aku dah berjaya lupuskan penggunaan credit card setelah berzaman berazam nak jadi cash person. Akhirnya berjaya even masa mula mula rasa perit la juga dah tak boleh nak swipe swipe..Mana takna dulu masa bujang leh la soping sesuka hati bill tunang tak nampak..Sekarang ni nak sorok apa lagi kan..Hahaha terpaksa la membuat cerita sedih pada si suami..Hahaha. Tapi sekurang kurang nya ketenangan di rasai. Biarla tak boleh nak bergaya sakan macam dulu tapi hati tak susah bila tiba billing time..Sekarang pun masih lagi nak sesuaikan diri sebabnya cuti dah habis untuk kawin haritu dan sekarang bila nak cuti terpaksa berunpaid leave. InsyaAllah mulai tahun depan harapannya kewangan bertambah lancar dan bertambah2 rezeki.


2009 (Kerjaya)


Aku masih kekal di sini. Adakala yang ada naik ada turun, ada masa datang kerja seronok, ada masa datang kerja rasa nak tampor sorang sorang, tetapi alhamdullilah untuk department ini aku masih the only one yang menerajuinya. Apa yang aku dapat belajar ialah SABAR dan CDH (Carut dalam hati) saje. Hahaha


2009 (Kesihatan)


Starting 2009 aku lemau. Selalu demam la tak sihat la.. Mungkin masa tu tekanan nak kawin jugak kan. Tapi selepas itu sehingga kini (dalam keadaan mengandung) alhamdullilah semakin sihat dan jarang demam dan berat badan makin turun even dalam mengandung..


2010

Tidak ada apa seperti biasa aku adalah orang yang tidak pernah berazam tetapi selalu berdoa dan berazam biarlah walau tak ada apa yang bombastic berlaku pun, sekurang2 nya bagi lah kehidupan sepanjang tahun itu berjalan lancar. Harapan dan doa saya semoga dengan kehadiran si kecil orang baru yang di nanti nantikan, akan membawa seribu satu hikmah kebaikan dan kemurahan rezeki bagi mama dan abah dia. Semoga suami juga akan mendapat apa yang telah lama kami idam idam kan..Amin...

4 comments:

Iszuanie Che Ilias said...

jgn luper suh si kecik doakan acik manja dia yek..... hikhikhikhik

» NAJA « said...

InsyaAllah ye..Tapi acik manje dia kene bagi dia hadiah banyak banyak lah ye hahaha

Iszuanie Che Ilias said...

hikhikhikhik buley nanti acik kasi yekkkk moga membesar dgn sihat dan sentiasa membahagiakan kedua org tua baby.....

Sal Abdul Rahman said...

Amin.....ya rabbal alamin! Semoga selamat semuanya!