Friday, July 31, 2009

Tak suka tahap ke - 2

Walaupun ini sebenar satu kehendak je
Tapi jangan laaa kamu nak lebih2 pulak
Ini sudah melampaui batasan mengamok tahap keliwon versi keranda terbang malam tadi


Makin lama makin hazabness service kamu
Dulu2 yang brand philips dengan nokia punya decoder superb tak penah rosak
Tapi sekarang cap apa-tak-tahu terhegeh2 baru nak respon dah la tak lawa kaler hitam


Dan..
Datang pulak surat beracun
Nak naik lagi monthly fees kamu sebab kata kamu channel sport tu mahal
Bagi aku channel itu sangat annoying tatkala ada aku sedang bersilat kat dapur aku dengar bunyi orang tepuk tangan, bunyi kereta lumba, bunyi orang sorak, tak cukup dengan tu kadang kadang (masa rumah lama) orang jerit macam dekat stadium gara gara 22 orang kejar sebiji bola. Kadang channel tu pulak senyap tapi ada adegan orang tonjol2 bola guna kayu bagi masuk lobang bila tersasar semua orang akan bunyi "huowoooooo arghhhhh uhhhhh" (pssstt..rancangan kegemaran husband).dan husband akan emo di depan TV dan mula mogok tamau tolong potong sayur..Sigh!!!
Dan sebab adegan2 tu lah saya tak boleh tengok cerita Melayu kegemaran saya!! +0%7^$@#@#!! Saya lebih rela tengok Kisah Benar TV3 hari2 dari suruh hadap channel sport tu. Lebih rela hadap pelakon2 KB tu yang sekor2 muka macam kulit bawang layu. Sanggup!!


Tapi takde choice lain. Sebab kalau tak mahu channel tu saya kena tukarganti dengan Channel BBC,CNN segalabagai yang saya atau kami berdua langsung tak kan tune atau channel kartun yang saya kami tak akan tune jugak! Dan nak terminate account memang tak boleh..So!!! Hadap je la bil tiap2 bulan cam tu..Ke sampai habis EPL bil akan back to normal?


Isu ini tahap ke 2 bengang selepas isu dekoder slow respon ibarat sebijik dekoder yang mintak penampor..Sighhh...

4 comments:

nizam_5282 said...

Orang pempuan memang cenggitu... Asik nak komplen je kegemaran orang lelaki...

Cuba dibanding kalo cenel masak-masak suruh lelaki tgk? Sanggup lelaki lepak mamak lagi baik... Hehehe...

Iszuanie Che Ilias said...

ni astro nyer hal lah nih.......grrrrrrrr

» NAJA « said...

i luvvvvv AFC 703!!

astro mmg jahat..mentang2 dia takde competitor

mummysyafie said...

aiza, leh add akak kat ym tak? ada nak bagitau pasal hamper tu

mummysyafie@yahoo.com