Thursday, June 25, 2009

AYAM GAJUS(Chinese Style)



AYAM GAJUS(Chinese Style)


Bahan-bahan
500 g daging ayam dipotong dadu
125 g gajus
4 ulas cendawan kering
1/2 biji cili capsicum hijau }dihiris dadu
1/2 biji cili capsicum merah }dihiris dadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil tepung jagung
2 tangkai daun bawang } di hiris
minyak kacang untuk menumis
Sos
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap cair
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
Semua bahan sos dicampurkan dalam satu mangkuk
Cara-cara membuat
Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam.
Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga kuning. Keluarkan gajus dari kuali.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Keluarkan ayam. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya dalam 1 sudu besar sahaja.
Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan semua capsicum dan cendawan
Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan ayam, gajus dan daun bawang. Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan

Pehhh sedapnye aku rasa ayam ni..rasa tengok kat skrin je::0

2 comments:

nizam_5282 said...

Yey ke Yay?

» NAJA « said...

Muhammad Shukor Bin Abu Bakar ye bukan Yahya Thani Usop. Harap maklum