Akak dan kawan akak pun ade satu hobi, iaitu suka bercakap dan berkata2, tak kira di mana kami berdua dari dulu hingga sekarang kami asyiklah bercerita. Tak kira di kelas, di jamban sekolah tukar baju pendidikan jasmani, di pusat tuisyen, di depan rumah dan di mana mana sahaja kami akan berborak. Di sebabkan hobi itu lah terlahirlah seorang pemidato Piala Di Raja (kawan akak) dan pemantun daerah mewakili 2 buah sekolah selama 4 tahun berturut turut (akak lar).Setiap kali amek report card mesti cikgu mengadu kami berdua kuat bercakap. non stop talking. Tapi akak pelik jugak kerana sejak tingkatan 3 sampai tingkatan 5 cikgu tak penah pulak suruh kamu duduk jauh. Alih2 sebelah akak jugak dia tempek. Boleh? Oleh kerana akak dan kawan akak suka sangat berborak, balik sekolah saja kalau tak ada sekolah petang kami akan bergayut telefon sehingga terbelit wayar telefon dan masing masing akan berhenti letak gagang telefon bila dengar kerata mak bapak masing masing dah depan pagar rumah.
Kisah yang akak sampai ni kan jugak berkenaan motor, kawan akak dan juga telefon. Alkisahnya di suatu pagi semasa umat umat lain pergi berjemaah Solat sunat Aidilladha, akak dan kawan akak tak pegi pun. Kami di rumah masing masing. Mandi pun tidak. Akak anggap dia mesti sibuk buat kerja menghidang di rumah. Maklum la hari raya kan. Akak pun sama. Tapi tiba tiba akak menjadi bosan memotong timun laksa arahan dari mak akak. Cepat cepat akak potong timun tu lumat lumat. Akak mula berfikir nak meronggeng ke rumah kawan akak itu menaiki motor. Tapi dalam hati akak, akak teringin nak makan laksa mak akak dulu, tapi gedik punya pasal akak kata tak apalah balik nanti la makan puas puas. Akak pun terus naik motor pakai treksuit tak pakai helmet dan tak mandi pergi ke rumah kawan akak.
Sesampai di rumah kawan akak, akak tengok dia pun macam akak. Tak mandi dan tak pakai baju raya pun. Dia siap pakai kain pantai. Ala apatah nama dia akak lupa lak masa taip ni. Setelah makan sikit sikit kat rumah kawan akak, kami bercadang untuk pergi ke public phone di depan taman perumahan kawan akak tu. Kami pun bergembira macam kera kena belacan, tanpa masing masing tak memakai helmet, akak pecut tak sabar nak bergayut gayutan dengan monyet monyet lain.
Tiba di suatu jalan sempit bersimpang siur ibarat lidah ular ataupun umpama lidah mak andam bridal akak di JB yang celakakk tu , akak rasakan motor EX5 turbo bapak akak menjadi jadi lajunya. Mencanak canak naik meternya sehingga merah RPMnye. Akak pelik tapi akak suka je tak ada daya pulak nak selow kan perahan minyak tu..
Tiba tiba...Ada pulak makhluk hitam kecil melintas depan akak dengan jayanya menaiki sebuah basikal BMX tayar mati. Akak apelagi dengan motor turbo tu akak redah dan pasrah saja lah. Selepas bercium bercumbuan dengan basikal BMX tu, keadaan jadi senyap dan berdebu. Akak dah terbaring ala ala dugong di salai atas jalanraya tu dannnn..kawan akak pulak ibarat orang tertidur di atas tilam VONO sedapnya. Cuak jugak akak dah inna kah kawan akak tu, tiba tiba kawan akak bergerak, tengok akak dan gelak kuat kuat. Dia tak perasan kah akak yang dugong ini telah di himpap motor turbo bapak akak tu? Setelah berjaya mengesan luka luka yang akak dapat, baru kami tersedar..
Eh di mana makhluk tadi? Ghaib sudah. Pelik. Cari punya cari punya cari...rupanya makhluk itu sudah senyap dalam longkang busuk. Mau tak gegar jantung dan bulu roma akak. Akak dah tak pikir lain masa itu, akak pikir akak telah membunuh seorang manusia dan akak akan ke tali gantung nanti.matilaa statement berbaur banduan..ahahaha, tapi akak dan kawan akak still gelak gelak suka. Akak pun tanpa berlengah terjun lah ke longkang busuk dan tampar pipi makhluk itu kuat kuat, akak pun rasa lah nadi dia macam cara cara akak belajar PBSM di sekolah tapi tak sanggup pulak nak CPR makhluk tu, kawan akak pun tak pulak offer diri nak comolot dengan makhluk itu sebab nanti bau daun kari sapa mau tanggung kan...tampar punya tampar...
Akhirnya makhluk itu tersedar dari tidur nya yang ala ala di Legend Water Chalet PD tu. Makhluk itu nangis nangis sambil bertelinga darah dan mata capek dan basikal dah jadi macam karipap inti sardin penangan perahan minyak motor turbo bapak akak. Akak pun baik hati rasa bersalah gilbabs anta dia baik ke rumah dan akak tak ingat apa lagi akak buat dan yang akak ingat kami balik rumah kawan akak ikut pintu dapur dan telefon bapak akak. Masa di rumah kawan akak tu akak terdengar sudah bunyi ambulan membingitkan satu taman perumahan tu. Ko tak cuak? Makhluk itu telah di bawak ke hospital kerana klinik berhampiran semua telah tutup akibat musim perayaan.
Akak telah pasrah tunggu bapak akak sampai dan akak terbayangkan bapak akak bawak rotan duri sembilu kat akak. Mak kawan akak pun akak tak pasti dok marah apa dan kami berdua rasa amat kelakar dan takut. Akak sambil tunggu bapak akak dengan takutnya sempat berfikir lokap atau penjara mana akan akak diami dan makanan apa yang bakal di hidangkan pada akak.
Bapak akak yang terkenal dengan ke cool an nyer menjemput akak balik dan tiba di rumah semua orang terdiam dan semua orang suruh akak mandi dan cepat cepat makan laksa. Wah! Apekah? Selesai makan akan pun dilahabaukan bapak akak cukup2, mesti korang ingat akak kene tibai kan..mana boleh! Akak di marah dengan kata kata berbisa sahaja dan statement mak akak yang akak akan ingat dan jadikan pengajaran "kalau teringin nak makan apa apa sebelum keluar rumah, jamah la sikit pun jadi lah" apakah relevan nya hanya orang orang tua saja yang tau.
Petang itu sesudah selesai menenangkan fikiran akak dan bapak akan dan pakcik akak yang otai telah pergi ke rumah makhluk itu kembali demi membayar gantirugi berbentuk wang. Syukur akak tidak di heret ke balai polis dan selepas itu akak hanya bertahan 2 minggu saja tak naik motor kemudian mula balik aktiviti akak dan kawan akak sampai la kami mula merantau..
Itu saja nak cerita akak adegan yang akak tak boleh lupa dengan kawan akak yang kurang daya tahan imunisasi nyer terhadap perkara mistik. Sekian..
6 comments:
Macam haram ayat ceritera ni... Aku gelak tak tentu hala membayangkan ayat ko yang begitu hampeh... Ahakss...
muahahhahahhahahaa!!!!!!
akhirnya permintaan aku ditunaikan!
blog ini akan jd saksi kepada anak2, cucu2, cicit2, piat2 & piut2 kita nt bahawa nenek2 mereka ini sgt gewdixx di zaman remaja mereka!
hah haha hah!
haha..adess...seb bek xpch pewot eden golak nih...lawok le kome dua nih..ahaks..hehehe..
ahkak! btw, nama kain pantai ittew adalah pario okeh! and maser tuh aku siap pakei lipstik kaler merah sbb nk matching pario merah aku ittew! sgt kampongs kan? kezis!
hak hak hak
haha...ini mmg ala2 gila-gila
time tuh aku rs public phone sgt canggih :p
yer yer sue! kala ittew public phone adalah umpama i-phone kpd warga tanjong..kekkekeke
btw ja, wan baca ceritera kamu nie & tergelak2 sengal di ptg hr hah hah!
Post a Comment