Tuesday, August 27, 2013

Teringat


Tatkala dok berwhatsapp dengan siblings, my brother tanya "Jaja,sila bagi aku senarai barang baby"
Adik ipar due bulan 11 ke bulan 12 entah so dah tiba masa derang nak shopping kot
1st timer lah katakan, gigih aku google balik check list..maklum lah dah lama tinggalkan arena bayi ni..dah 3 tahun lebih.

Tiba tiba rasa geli hati, teringat terimbau kenangan masa dalam pantang dan pengalaman menjaga anak sendiri di rumah sendiri tanpa ada pantauan orang2 tua yang jauh di hometown.

Anakku Qhalyf R. memang jenis kuat nangis dan volume maksimum punya. Dari dia keluar dari labour room, tak masuk pun lagi dalam katil baby tepi kita tu kan, dia macam atas troli tu lagi dia dah melalak2...check2 tengok dia berak. Ha ha ha punya la kuat nangis ingatkan kena cubit ke apa..

So masa dalam pantang, kat rumah mak, memang 1 rumah berjaga sebab dia nangis nangis nangis punya la kuat...Aku rasa sangat restless, sangat down semua ada...Ngeri nak ingat balik, tapi since bukak citer ni mmg teringat terus. Since mak pun tak berapa sihat, nak susahkan abah sangat pun tak best la kan, walau abah tetap tolong dodoikan dia dalam buai sampai subuh **oh cry** sampai terbukak la jahitan czer aku. kena pergi refer ke klinik wanita pulak. Mak hanya mampu bangun dan tengok yelah nak pangku cucu mana la beliau larat kan. Sedihnya.

Sampai umur dia masuk 2 tahun baru dia lega menangis sikit, kurang dalam 50% gitu, tapi still bangun malam juga 3 4 kali nak susu, sampai umur dia masuk 3 tahun dah pandai dan faham cakap baru la tak bangun malam, kalau dia bangun mintak susu aku cakap "tidor balik, subuh nanti baru mama buat" hahahaha kejam tak aku??

Gelihati teringat kisah kami suami isteri yang jauh dari parents or siblings ni, time anak menangis, sorang jadi tok bomoh sorang jadi tukang sarkis semua ada, full swing! memang jenuh sampai bertekak kami sesama sendiri sebab restless semua, alhamdullillah dah tau punca dia apa maka baru kami tau cara cara nak handle situasi tu.

Harap adik baby nanti mama & babah dah bersedia dan kalau boleh tak mahu kejadian yg sama berulang lagi..dan pengalaman yang lepas juga membuatkan mama decide no more pantang @ hometown (sebenornya alasan tepat : babah! jangan curik tulang!!).
Alasan berlapiknya cakap lah "alaaa si Qhalyf ni mana boleh jauh dengan babah dia" ni ayat cover line dengan orang la bila orang tanya nape tak pantang kat rumah mak @ mil :p

Mama juga tak boleh handle perasaan teringat Babah ohoiii laa....kita bukan jenis kerja yang outstation ... kita mmg lambat or cepat sehari mesti bersua muka, ni ko suruh aku 60 hari tak tengok muka haa merana tak?? Kalau dulu masa Qhalyf tahan lagi masa tu babah tak start belajar kan.boleh weken je balik tengok anak bini dalam pantang..Ini tiap minggu ada kelas mana masa dia nak balik tengok mama dan anak anak...Phewwww....kumpul je la duit ye cari sorang daily basis confinement lady :p

Tengok punya kuat meraung sampai berkerut dahi bertukar kaler. Harap kamu be good dan berjaya dunia akhirat ye abang!

4 comments:

Qhaifa Nur said...

bab anak menangis kuat paling takut..sakit ke macam-macam fikir..
alhamdulillah 5 anak...orang cakap senang nak jaga...

Qhalyf..moga jadi anak yang soleh...

» NAJA « said...

Amin utk doa akak tu...
mungkin masa mengandung qhalyf senang pembawakannya
so masa berpantang dan baby siap la saya kan
skrg dah lega dah alhamdullillah..
Tq kak

DedDy AdaM said...

haha..bab jadi bomo siam, bab karaoke malam2, bab jadi doktor ambik suhu, bab itu bab ini..skang anak jantan ai ayat dia camnie lak.." x nak kawan..x nak kawan.." mcm la ada kawan lain selain mummy ngan deddy..hahaha merajuk kunun,

tapi first 2 year..memang perkara yg paling sacrify sekali ialah masa tido..mmg standerd..kalo pegi keje mata x macam panda..mmg x sah,

» NAJA « said...

haaa betul....dua tahun pertama memang tak cukup tido woooo....